Khasiat Buah Avocado Yang Kita Tidak Tahu






AVOCADO sudah menjadi buah-buahan yang mesti ada di rumah bagi mereka sedang diet.
Ia menjadi menjadi pelengkap dalam hidangan sarapan yang dimakan bersama roti bakar, salad atau dijadikan jus minuman.
Avokado atau nama saintifiknya 'Persea Americana' boleh diolah dalam pasta dan makan lain mengikut kreativiti mereka yang mengamalkan 'eat clean'.
Buah ini boleh digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh.


1.Sumber nutrien sangat baik
Untuk satu hidangan 201 gram avocado mengandungi:
Kalori: 322
Lemak: 30 gram (g)
Protein: 4g
Karbohidrat: 17g
Serat: 14g
Vitamin C: 22 peratus daripada keperluan nilai harian (DV)
Vitamin E: 28 peratus daripada DV
Vitamin K: 35 peratus daripada DV
Roboflavin (B2): 20 peratus daripada DV
Niasin (B3): 22 peratus daripada DV
Asid pantothenik (B5): 56 peratus daripada DV
'Pyridoxine' (B6): 30 peratus daripada DV
Folat: 41 peratus daripada DV
Magnesium: 14 peratus daripada DV
Potasium: 21 peratus daripada DV
Tembaga: 42 peratus daripada DV
Nutrien yang tinggi ini menjadi pelengkap kepada mereka yang sering kekurangan nutrien semasa berdiet termasuk magnesium, B6, vitamin C, vitamin E dan folat.
Kajian terhadap 4,730 individu dewasa di Amerika Syarikat mendapati kurang tiga peratus individu mengambil zat kalium lebih banyak daripada jumlah ditetapkan iaitu 4,700 miligram (mg) sehari.
Kalium diperlukan untuk beberapa fungsi badan yang kritikal termasuk tekanan darah dan fungsi sistem saraf.
Mengambil jumlah kalium yang disarankan setiap hari boleh membantu melindungi diri daripada tekanan darah tinggi dan angin ahmar.
Avocado juga mempunyai nutrien penting untuk kesihatan sistem imun termasuk vitamin C, B6 dan E.
2. Bermanfaat untuk kesihatan usus
Avokado mengandungi serat yang tinggi iaitu kira-kira 14 gram dalam setiap biji.
Ia melengkapkan hampir separuh daripada keperluan DV semasa untuk nutrien penting ini.
Sangat penting mendapatkan serat mencukupi dalam diet harian untuk penjagaan kesihatan sistem pencernaan kerana ia membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Satu kajian ke atas 163 individu dewasa yang dianggap mempunyai berat badan berlebihan mendapati, mengambil 175 gram (lelaki) atau 140 gram (wanita) buah avocado setiap hari selama 12 minggu, mempunyai kepekatan asid hempedu najis lebih rendah dan meningkatkan kepelbagaian bakteria.
Kepekatan asid hempedu yang tinggi boleh menyebabkan keradangan usus dan mempunyai kaitan dengan pertumbuhan mikrob dikaitkan dengan masalah kesihatan negatif seperti barah usus besar.
3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.
Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat.
Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.
4. Diperkaya sebatian antioksidan dan antikeradangan
Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.
Bahan ini terbukti mempunyai aktiviti antioksidan, 'neuroprotective' dan 'cardioprotective' yang ketara.
Contoh, karotenoid yang ada dalam avocado termasuk lutein,
ɑ-karotena, dan β-karotena terbukti mempunyai kesan antioksidan kuat, melindungi daripada kerosakan oksidatif, dikaitkan dengan perkembangan banyak penyakit kronik.
Makan avocado dengan kerap boleh juga membantu meningkatkan pertahanan antioksidan badan.
5. Membantu menggalakkan berat badan yang sihat
Walaupun avocado tinggi kalori, tetapi ia penuh dengan nutrien dan membantu membuatkan rasa kenyang disebabkan kandungan serat yang tinggi dan lemak sihat.
Penyelidikan menunjukkan corak pemakanan yang tinggi makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh membantu penurunan berat badan.
Selain itu, orang yang makan lebih banyak serat cenderung mengekalkan berat badan lebih sihat berbanding mereka mengikuti diet rendah serat.
Oleh itu, avocado adalah pilihan makan yang tepat bagi mereka yang menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan.
6. Pilihan bijak semasa mengandung dan menyusu
Keperluan nutrien meningkat dengan ketara semasa hamil dan menyusukan bayi.
Contoh, semasa hamil, keperluan folat meningkat daripada 400 miligram (mg) kepada 600mg.
Keperluan kalium pula meningkat daripada 2,600mg kepada 2,900mg.
Vitamin C pula meningkat kepada 85mg daripada 75mg.
Keperluan folat meningkat dengan ketara semasa hamil. Malangnya, ramai wanita hamil di seluruh dunia kekurangan pengambilan folat disyorkan dan ia boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan.
Satu biji avokado memberikan 27 peratus daripada pengambilan folat yang disyorkan semasa kehamilan.
Makan avocado juga boleh membantu mencapai tahap pengambilan disyorkan untuk nutrien diperlukan dalam jumlah yang lebih besar dalam tempoh berkenaan seperti vitamin C, kalium serta B6.
Selain itu, kandungan tinggi serta avocado boleh membantu mencegah sembelit, yang sangat biasa dialami wanita semasa hamil.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceritapapamama.blogspot.com/2022/01/khasiat-buah-avocado-yang-kita-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

11 Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 81 hits
11 khasiat buah delima yang merupakan salah satu buah yang kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan Tidak hairanlah ramai yang menggemari buah delima kerana banyak khasiat yang akan diterima jika kita ker...
Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 110 hits
Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah Kisah dan asal usul kur...
5 Resipi Buah Pic Menyelerakan Untuk Dinikmati Bersama

5 Resipi Buah Pic Menyelerakan Untuk Dinikmati Bersama

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 61 hits
Buah Pic Manis wangi dan menyegarkan Buah pic ialah buah yang sinonim dengan masyarakat Barat Hampir setiap musim panas buah pic akan menjadi bahan utama dalam kebanyakan masakan mereka baik sebagai minuman pembuka selera salad mahupun penc...
Jom Cuba Turunkan Berat Badan Dengan Air Buah

Jom Cuba Turunkan Berat Badan Dengan Air Buah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 99 hits
Turunkan berat badan di tahun 2022 mungkin menjadi salah satu azam korang Kalau betul eh azam kita samalah Hahhaa Kalau tengok sis tak adalah nampak montel sangat Cuma untuk diri sendiri sis rasa tak selesa dengan pertambahan 4kg Tambahan p...
Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 96 hits
Makan sejuk sejuk memang nikmat Bagi penggemar manisan anda patut cuba resipi Agar Agar Buah Fruit Jelly perkongsian saudari Miz s Shaliza ni Mudah sedap dan pelbagai rasa Anda boleh menggunakan apa sahaja buah kegemaran Buat sendiri memang...
Buah Tangan

Buah Tangan

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 131 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah kek untuk dibawa esok dah siap KK siapkan terus risau petang nanti ada kerja kek istimewa KK buat untuk kawan di Terengganu Kek red velvet dengan lapisan krim keju extra sos coklat di atas...
Resipi Salad Buah Paling Mudah Rasa Pun Sedap Segar

Resipi Salad Buah Paling Mudah Rasa Pun Sedap Segar

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 69 hits
Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini Enak dimakan sejuk ia merupakan campuran buah buahan yang digaul bersama sos ringkas Kombinasi campuran buahan buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini L...
Rainbow Cake Birthday Untuk Anak Buah

Rainbow Cake Birthday Untuk Anak Buah

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 95 hits
Dah niat dah balik kampung nak belikan kek birthday untuk anak buah Family kakak duduk berdekatan dengan rumah mak abah je Boleh pulak masa birthday anak buah 13 Disember tu saya lupa 14 haribulan tu baru teringat dan wish dia happy birthda...
Raffi Ahmad Didatangi Brigjen Tni Anak Buah Menhan Prabowo Ada Apa

Raffi Ahmad Didatangi Brigjen Tni Anak Buah Menhan Prabowo Ada Apa

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 74 hits
Kediaman Raffi Ahmad didatangi oleh Brigjen TNI anak buah Menhan Prabowo Nampak Raffi menyambut dengan penuh hangat Ada apa ya Simak ulasannya berikut ini
Cooperatives In Plantation Sector Can Hire Foreign Workers Says Noh Omar

Janna Nick Tahan Malu Terjatuh Kerusi Di Icsyvm Siapa Gelak Esok Cirit

Serius Dah 12 Tahun Kenal Ahli Running Man Terkejut Tahu Kerjaya Ibu Song Jihyo Dulu

How To Select An Essay Service

Kadar Inflasi Di Malaysia Masih Rendah Jadi Ia Masih Baik Menteri Kewangan

Cinta Pernah Ditolak Berkali Kali Wanita Tak Sangka Berjodoh Lelaki Tua 18 Tahun

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Bulughul Maram Shalat Bakda Shalat Membaca Istighfar Tiga Kali Lalu Allahumma Antas Salaam



Dimanakah Lokasi Paling Jauh Manusia Pernah Jelajah

Kenapa Banyak Syarikat Luar Masuk Melabur di Indonesia

7 Punca Utama Berlakunya Krisis Makanan

Kisah 4 Beradik Wanita yang Sangat Dibenci Rakyat Mexico

5 Barangan Paling Mahal Dimusnahkan Dalam Filem


Rishikesh House By Rajiv Saini In India

Buasir Otak Tv Orang Yang Mula Mula Jumpa Melaka

Bm Vs English

Krisis Sudah Bermula

Wanita Salehah Sifat Keutamaan Dan Hadits Yang Membicarakannya

Introducing Wordpress Starter Make Your Mark