5 Resipi Buah Pic Menyelerakan Untuk Dinikmati Bersama


Buah Pic – Manis, wangi dan menyegarkan! Buah pic ialah buah yang sinonim dengan masyarakat Barat. Hampir setiap musim panas, buah pic akan menjadi bahan utama dalam kebanyakan masakan mereka, baik sebagai minuman, pembuka selera, salad mahupun pencuci mulut.
Namun begitu, tahukah anda bahawa buah pic juga mempunyai lambang yang cukup signifikan dalam budaya Timur, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina. Buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan pic sebagai lambang kekayaan, kemakmuran, usia panjang dan kesihatan. Oleh itu, memang tidak menghairankanlah apabila buah pic dapat dijumpai di mana-mana pasar raya dengan mudah semasa sambutan Tahun Baru Cina.
1001 Manfaat Kesihatan Buah Pic Anda pasti terfikir, kenapa buah pic ialah simbol usia panjang dan keabadian? Buah pic, seperti kebanyakan buah sitrus lain memang kaya dengan vitamin C. Di samping itu, buah pic juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin A dan E juga yang dipercayai dapat menguatkan sistem imun badan. Selain itu, buah pic juga kaya dengan potasium, komponen nutrien penting untuk mengawal tekanan darah dan bagus untuk kesihatan otot serta saraf anda.
Masih ada banyak lagi manfaat buah pic yang boleh dibincangkan tetapi lebih baik jika anda mencuba resipi-resipi menarik ini untuk mula ‘jatuh cinta’ dengan buah musim panas yang enak ini.
1. Roti Telur Dengan Sos Buah Pic Kredit: Kultural Kreations Roti telur atau French toast adalah salah satu makanan ruji kita semasa bersekolah. Inilah pilihan sarapan ibu-ibu di rumah kerana roti telur mudah disediakan dan dapat membuat anak yang paling cerewet pun makan dengan gembira sekali. Berikan kelainan pada resipi roti telur kegemaran anda dengan menyediakan resipi roti telur dengan sirap buah pic oleh Kulture Kreations untuk sarapan hari minggu nanti!
Bahan-Bahan:
a) Sirap Buah Pic
3 biji buah pic3 sudu besar mentega1/4 cawan gula perang1/4 sudu teh batang kayu manisGaram b) Roti Telur
6 keping roti3 biji telur1 sudu besar ekstrak vanila3 sudu besar mentega1/4 cawan susu Cara-Cara:
a) Kuah Buah Pic
Kupas kulit, buang biji dan hiris buah pic. Masukkan hirisan buah pic, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul hingga rata dan ketepikan.Dalam kuali, cairkan mentega dan gula perang atas api sederhana besar.Apabila gula sudah mencair, masukkan buah pic dan masak selama 5-7 minit sehingga buah pic dikaramel. b) Roti Telur
Dalam mangkuk besar, masukkan telur, ekstrak vanila dan susu. Kacau hingga sebati.Dalam kuali, cairkan mentega atas api sederhana besar.Celupkan roti ke dalam adunan telur sepenuhnya dan goreng kedua-dua bahagian roti selama 4-5 minit pada atau sehingga bertukar perang keemasan. Hidangkan roti di atas pinggan dan tuang kuah buah pic yang disediakan tadi. Anda juga boleh menyalut roti yang dicelup telur tadi dalam mangkuk berisi campuran serbuk kayu manis dan gula perang jika anda mahukan roti telur yang rangup dan manis.
2. Puding Buah Pic Kredit: furtherfood.com Bayangkan hari hujung minggu yang panas dan anda mahukan sesuatu yang menyejukkan. Sesuatu yang agak manis tetapi menyegarkan juga. Apa yang anda mahukan ialah resipi puding paleo buah pic oleh furtherfood.com yang menyihatkan dan enak ini. Tak menyesal mencubanya!
Bahan-Bahan:
a) Puding
1 cawan kacang gajus, dipotong menjadi ketulan kecil3 biji buah pic2 sudu besar madu1 sudu teh ekstrak vanila1 sudu besar jus lemon1/2 cawan santan cair1 sudu besar parutan lemon1/4 sudu teh garam laut b) Hiasan
1/4 cawan buah beri (opsyenal)1 sudu teh kuah santan pekatDaun pudina (opsyenal) Cara-Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan.Kisar hingga mencapai konsistensi yang halus. Jika anda mahukan adunan yang lebih pekat, masukkan 1/4 cawan santan lagi. Anda juga boleh meletakkan 1 sudu besar madu lagi. Tuang adunan yang dikisar ke dalam mangkuk hidangan kecil, kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam.Sebelum menghidang, sediakan kuah santan pekat dengan memanaskan sedikit santan dalam kuali di atas api kecil. Masukkan secubit garam dan siap! Mudah dan senang. Tapi, pastikan kuah santan anda tidak pecah, ya. Sejukkan kuah sedikit sebelum tuang di atas puding.Hias puding dengan buah beri dan daun pudina dan tuang sedikit kuah santan yang disediakan tadi. 3. Buah Pic Renih Kredit: mydeliciousblog.com Pernahkah anda mencuba sajian buah renih atau poached fruit? Sajian pencuci mulut ini lazimnya disediakan menggunakan buah pir kerana teksturnya yang rangup dan wangi dan dipercayai bahawa resipi ini berasal dari Beaujolaise iaitu salah satu kawasan tanaman anggur dan pengeluaran arak di Perancis. Jika anda ingin mencubanya buat pertama kali, kami sarankan anda ikuti resipi ini yang dikongsi di mydelicious.blog.
Bahan-Bahan:
a) Buah
4 biji buah pic b) Sirap Renihan
2 cawan air1 cawan gula1 sudu besar madu1 biji kulit lemon, dipotong menjadi 4 bahagian2 tangkai daun rosemary1/2 batang kayu manis4 biji bunga cengkih1 batang lenggai vanila, dibelah atau 4 sudu besar ekstrak vanila1/2 biji lemon, jus sahaja Cara-Cara:
a) Mengupas Buah Pic
Isi 3/4 periuk dengan air dan didihkan air di atas api sederhana besar. Hiris bentuk ‘X’ di bahagian bawah setiap buah pic dan masukkan buah pic ke dalam air mendidih selama 3-4 minit. Keluarkan buah pic dan letakkan dalam bekas berisi air sejuk untuk merencatkan proses memasak. Kupas kulit buah pic, keluarkan biji dan potong menjadi 4 bahagian. b) Sirap Renihan
Masukkan semua bahan untuk menyediakan sirap renihan dalam ke dalam kuali sederhana besar.Panaskan kuali atas api sederhana besar untuk mencairkan gula, kemudian kecilkan api dan biar merenih.Masukkan ketulan buah pic ke dalam sirap dan sudukan sirap ke atas setiap ketulan buah sehingga setiap ketulan disalut.Biar merenih selama 10 minit. Padamkan api dan biar selama 1-2 minit. Keluarkan lenggai vanila, daun rosemary, bunga cengkih dan kayu manis. Hidangkan buah pic dan sirap, serta-merta, dengan potongan kek mentega atau simpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan selama beberapa hari. 4. Biskut Buah Pic Kredit: sheknows.com Tiada cara yang lebih baik untuk makan buah berbanding menyediakannya dalam bentuk pencuci mulut. Anda tidak perlu berasa teragak-agak untuk mencuba resipi biskut buah pic ini kerana resipi yang dikongsi di sheknows.com adalah menyihatkan dan tidak terlalu manis. Resipi ini sesuai untuk disediakan apabila anda ada buah pic yang masak ranum atau hampir kecut kerana kemanisan isi pic itu sudah memadai untuk menjadikan biskut ini sajian minum petang kegemaran keluarga anda.
Bahan-Bahan:
1 cawan oat1 cawan tepung serbaguna atau campuran tepung sifar-gluten, diayak1/4 cawan parutan kelapa 1/4 cawan gajus, dicincang 1/2 sudu teh serbuk penaik1/2 sudu teh soda penaikSecubit garam laut1 biji telur1/3 cawan gula melaka1/2 cawan pusang, dilenyekkan dan dicampur 2 sudu besar air2 sudu besar mentega, dicairkan 1/2 sudu teh ekstrak vanila1 cawan buah pic, dipotong dadu Cara-Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Lapikkan dulang pembakar dengan kertas bakar atau sapukan mentega pada dasar dulang pembakar.Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan oat, tepung, kelapa parut, kacang gajus, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Kacau rata.Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula, pisang, mentega dan ekstrak vanila. Kacau rata.Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul hingga rata. Kaup buah pic ke dalam adunan. Letakkan 1 sudu besar adunan di atas dulang pembakar, tinggalkan jarak sebanyak 2 inci antara adunan.Bakar selama 12 hingga 14 minit, sehingga biskut menjadi warna keemasan. Biar biskut menyejuk selama 5 minit sebelum memindahkannya ke rak penyejuk. 5. Buah Pic Goreng Kredit: ashleemarie.com Kita ada pisang goreng, keledek goreng, durian goreng, jadi apa kata kita menggoreng buah pic pula? Buah pic goreng mempunyai tekstur seperti pisang goreng; rangup di luar dan gebu di dalam. Setiap gigitan hanya akan membuat anda mahu makan berkali-kali! Resipi buah pic goreng di ashleemarie.com sangat mudah untuk disediakan dan sesuai dijadikan kudapan semasa menonton rancangan kegemaran anda.
Bahan-Bahan:
a) Krim Vanila ala Anglaise
 3/4 cawan krim pekat 1 batang lenggai vanila atau 4 sudu besar ekstrak vanila4 biji telur kuning saiz besar1/3 cawan gula pasir b) Buah Pic Goreng
1 cawan tepung serbaguna 2 sudu teh serbuk penaik1/2 sufu teh garam1 sudu besar gula pasir3/4 cawan susu 1 biji telur, dipukul2 sudu besar, dicairkan 3 biji buah pic, dipotong menjadi 8 hirisan c) Hiasan
2 sudu besar tepung1/2 cawan gula halus1/2 sudu besar serbuk kayu manis Cara- Cara:
a) Krim Vanila ala Anglaise
Jika anda menggunakan lenggai vanila, belah lenggai dan keluarkan biji.Tuang susu dan krim ke dalam periuk dan masukkan lenggai serta biji vanila. Panaskan periuk atas api kecil dan biar merenih.Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning dan gula bersama hingga berwarna pucat.perlahan-lahan, tuangkan susu/krim and dipanaskan ke dalam adunan telur sambil terus memukul telur.Tuang adunan tersebut ke dalam periuk lain dan panaskan atas api sederhana. Terus mengacau adunan hingga memekat dan boleh menyelaputi belakang sudip anda.Tapis adunan ke dalam mangkung dan letakkan mangkuk tersebut ke dalam mangkuk berisi air ais untuk menyejukkan krim dengan cepat.Simpan di dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan. b) Buah Pic Goreng
Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana besar sehingga buih-buih kecil terbentuk.Masukkan tepung, serbuk penaik, garam dan gula di dalam sebuah mangkuk. Kacau rata.Masukkan susu, telur dan mentega cair ke dalam dan kacau hingga adunan menjadi halus.Tepungkan hirisan buah pic dan celup ke dalam adunan. Goreng selama 2-3 minit. Gaul buah pic dalam campuran serbuk kayu manis dan gula sementara masih panas. Hidangkan bersama krim vanila Anglaise. Buah Musim Panas Berkualiti Tinggi Buah pic merupakan antara buah musim panas yang cukup versatil dan menarik untuk dieksperimen di dapur. Oleh sebab buah pic bukanlah buah tempatan, agak sukar untuk kita mencari buah pic yang berkualiti tinggi. Kami sarankan anda untuk mendapatkan buah pic keluaran syarikat Taste Australia. Syarikat ini bermatlamat untuk menyediakan buah-buahan segar dan lazat yang ditanam secara organik oleh keluarga peladang di Australia kepada setiap isi rumah.
Kongsi gambar anda menikmati resipi -resipi buah pic ini bersama keluarga dengan kami dan Taste Australia dan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Fit 2! Maklumat lanjut di laman Instagram Taste Australia. Buat pilihan terbaik demi kesejahteraan keluarga anda.
The post 5 Resipi Buah Pic Menyelerakan untuk Dinikmati Bersama appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/5-resipi-buah-pic-menyelerakan-untuk-dinikmati-bersama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 214 hits
Makan sejuk sejuk memang nikmat Bagi penggemar manisan anda patut cuba resipi Agar Agar Buah Fruit Jelly perkongsian saudari Miz s Shaliza ni Mudah sedap dan pelbagai rasa Anda boleh menggunakan apa sahaja buah kegemaran Buat sendiri memang...
Resipi Salad Buah Paling Mudah Rasa Pun Sedap Segar

Resipi Salad Buah Paling Mudah Rasa Pun Sedap Segar

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 181 hits
Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini Enak dimakan sejuk ia merupakan campuran buah buahan yang digaul bersama sos ringkas Kombinasi campuran buahan buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini L...
Resipi Mudah Cepat Buat Cakoi Lembut Bersama Sos Karamel

Resipi Mudah Cepat Buat Cakoi Lembut Bersama Sos Karamel

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 195 hits
Bagi penggemar cakoi memang kena cuba resipi cakoi simple ini Rasanya yang rangup dan sedap Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah sos karamel Menerusi resipi yang dikongsi Suraya Yaacob bahan yang digunakan pun mudah didapati dan car...
Resipi Telur Dadar Terung Bakar Sangat Sedap Guna 2 Bahan Je

Resipi Telur Dadar Terung Bakar Sangat Sedap Guna 2 Bahan Je

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 245 hits
Ada bermacam macam resipi telur dadar tapi pernah tak anda cuba resipi Telur Dadar Terung Bakar Sangat mudah resipi ni dan hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja iaitu telur dan juga terung yang diperisakan dengan garam Rasanya memang sedap...
Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 196 hits
Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah Kisah dan asal usul kur...
Resipi Aiskrim Ala Magnum Homemade Blend Saja Campur Coklat Padu Sungguh

Resipi Aiskrim Ala Magnum Homemade Blend Saja Campur Coklat Padu Sungguh

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 182 hits
Sesekali apa kata kita cabar diri sendiri untuk sediakan aiskrim homemade buat anak anak Bukan aiskrim biasa tetapi aiskrim coklat hebat ala Magnum Memang terbaik Resipi simple tapi cukup enak Anak berebut rebut makan Jom cuba resipi perkon...
Baru Sebulan Derma Buah Pinggang Hati Lelaki Ini Remuk Ditinggalkan Kekasih Yang Berkahwin Dengan Lelaki Lain

Baru Sebulan Derma Buah Pinggang Hati Lelaki Ini Remuk Ditinggalkan Kekasih Yang Berkahwin Dengan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 174 hits
Tular dilaman sosial Tiktok seorang lelaki bernama Uziel Mart nez yang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ditinggalkan teman wanitanya selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu Menerusi perkongsian video ol...
Resipi Nasi Ulam Yang Sedap Dan Lebih Sihat

Resipi Nasi Ulam Yang Sedap Dan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 271 hits
Nasi Ulam memang kedengaran agak aneh sedikit bagi yang kurang gemar makan ulam ulaman Tapi sebenarnya rasa nasi ulam ni sangat sedap Resipi yang dikongsikan oleh Zaihanififie Abu Bakar di Facebook ni sangat mudah disediakan Lepas ni dah bo...
Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda Sangat Sedap Cukup Rasa

Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda Sangat Sedap Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 189 hits
Bagi penggemar hidangan kerabu sajian Kerabu Kaki Ayam perkongsian saudari Ninie Zaini ni antara yang mudah dan boleh dicuba Tidak menggunakan banyak bahan malah ia juga mempunyai rasa yang sedap Cukup rasa pedas manis masam dan masinnya Pe...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Tak Cukup Tangan Caprice Terkejut Terima Lebih 900 Aduan Baru

Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat