Kisah Asal Usul Dan Khasiat Buah Kurma Ajwa


Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah ‘ٱللَّهِ’.
Kredit Foto : Google
Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya ketika Baginda ﷺ berbuka puasa.

Rasulullah ﷺ sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ﷺ yang mulia.


Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ﷺ menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.

Dari sumber-sumber yang lain pula mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ﷺ adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.

Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ﷺ. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah.

Kredit Foto : Google
Pada masa ini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Maka tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Itu pun ada pembekal yang menjual buah kurma ajwa yang belum masak untuk mendapat untung dengan merendamkannya dengan pemanis buatan.

Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu. Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.

Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg., manakala di Malaysia harganya boleh mencapai RM 80.00 – RM 160.00/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati, jus pekat dan minuman serta mudah didapati di negara kita.

Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat kebaikan daripada kurma ajwa ini, dengan mengambil kurma ajwa ini secara teratur InsyaAllah boleh terhindar daripada perbagai penyakit sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/01/kisah-asal-usul-dan-khasiat-buah-kurma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Buah Avocado Yang Kita Tidak Tahu

Khasiat Buah Avocado Yang Kita Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 398 hits
AVOCADO sudah menjadi buah buahan yang mesti ada di rumah bagi mereka sedang diet Ia menjadi menjadi pelengkap dalam hidangan sarapan yang dimakan bersama roti bakar salad atau dijadikan jus minuman Avokado atau nama saintifiknya Persea Ame...
Kisah Hebat Mukjizat Nabi Pokok Kurma Bergerak Dan Bercakap Dengan Rasulullah Ustaz Kazim Elias

Kisah Hebat Mukjizat Nabi Pokok Kurma Bergerak Dan Bercakap Dengan Rasulullah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 289 hits
Kisah Hebat Mukjizat Nabi Pokok Kurma Bergerak Dan Bercakap Dengan Rasulullah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kpk Usut Asal Usul Uang Rp1 5 M Yang Dibawa Eks Bupati Musi Banyuasin Saat Ott

Kpk Usut Asal Usul Uang Rp1 5 M Yang Dibawa Eks Bupati Musi Banyuasin Saat Ott

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 202 hits
KPK Senin memeriksa Dodi dengan status sebagai tersangka dalam penyidikan kasus dugaan suap terkait pengadaan barang dan jasa di Dinas PUPR Kabupaten Musi Banyuasin Sumatera Selatan
11 Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

11 Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 246 hits
11 khasiat buah delima yang merupakan salah satu buah yang kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan Tidak hairanlah ramai yang menggemari buah delima kerana banyak khasiat yang akan diterima jika kita ker...
Asal Usul Kekuatan Supranatural Moon Knight Penggemar Marvel Wajib Tahu

Asal Usul Kekuatan Supranatural Moon Knight Penggemar Marvel Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 227 hits
Moon Knight menjadi karakter superhero Marvel yang memiliki kekuatan unik dan memiliki kepribadian ganda
Rupanya Banyak Khasiat Peria Katak Tapi Tak Ramai Yang Tahu

Rupanya Banyak Khasiat Peria Katak Tapi Tak Ramai Yang Tahu

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 374 hits
Peria katak di kategorikan sebagai sayuran Ciri ciri peria katak adalah mempunyai rasa yang pahit dan struktur badan sayur yang menggerutu serta bersaiz panjang seakan timun Dengan khasiat tersebut ia mampu memperbaiki masalah kesihatan ter...
Kasus Narkoba Pekerja Asal Indramayu Divonis Pengadilan Hong Kong 20 Tahun Bui

Kasus Narkoba Pekerja Asal Indramayu Divonis Pengadilan Hong Kong 20 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 213 hits
Juwarih mengatakan dari keterangan pihak keluarga pekerja migran yang bernama Yayu Masih warga Desa Tukdana Kecamatan Indramayu tekah divonis hukuman penjara 20 tahun pada Agustus 2021
Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Doa Hari Arafah

10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Lelaki 50 50 Choi

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional

Lirik Lagu Bulan Bawa Aku Pulang Maudy Ayunda

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann

Peniaga Kecil Tak Lagi Perlu Permit Lpg