Khasiat Barli Bijirin Sunnah Kegemaran Rasulullah




Apa itu Makanan Sunnah?
Islam bukan sahaja agama, tetapi juga merupakan cara hidup bagi panduan umat Islam. Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.

Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik- iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.

Apakah Ciri-Ciri Makanan Sunnah?
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi.

Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis
Kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah, dan sering disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging, dan biji jintan jitam (Habbatussauda).

Barli, satu-satunya Bijirin Sunnah
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman.

Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.

Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.

Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.

Manfaat pemakanan Barli
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.

Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Saya ingin berkongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW, serta tiga resepi berkhasiat menggunakan barli yang boleh anda cuba di rumah.

Barli Kaya dengan Serat
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.

Barli dapat Membantu dalam Proses Penurunan Berat Badan
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolic.

Barli bantu dalam memperbaiki kesihatan usus dan penghadaman
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif

Dapat mencegah Batu Karang Hempedu dan mengurangkan risiko pembedahan hempedu.
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.

Beta-glukan dapat bantu mengurangkan tahap kolesterol
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL "jahat" dengan mengikat asid hempedu.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Menambahkan barli kedalam pemakanan anda mungkin dapat mengurangkan risiko masalah penyakit jantung seperti darah tinggi dan juga juga kolesterol jahal.

Magnesium dan Serat Larut dapat melindungi dir daripada penyakit Diabetes.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit type 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah anda. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.

Barli serba boleh dan mudah untuk ditambahkan di dalam pemakanan anda.
Disunting dari : https://nutritiondata.self.com/facts/cereal-grains-and-pasta/5678/2

Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.

Maklumat Nutrisi Barli
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
Kalori: 354 Karbohidrat: 73.5 gra Serat: 17.3 gram Protein: 12.5 gram Lemak: 2.3 gram Tiamin: 43% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RPH) Riboflavin: 17% daripada RPH Niasin: 23% daripada RPH Vitamin B6: 16% daripada RPH Folat: 5% daripada RPH Zat Besi: 20% daripada RPH Magnesium: 33% daripada RPH Fosforus: 26% daripada RPH Potasium: 13% daripada RPH Zinc: 18% daripada RPH Copper: 25% daripada RPH Mangan: 97% daripada RPH Selenium: 54% daripada RPH
Rujukan Hadis
Dari Yousuf bin Abdullah menyatakan “aku terlihat Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian roti barli dan meletakkan kurma di atasnya dan menyatakan bahawasanya ianya adalah sayur kepada roti tersebut (salan). (Abu Dawood) Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri: Di dalam tempoh kehidupan Rasulullah, kami pernah memberikan satu Sa’ (diaanggarkan 3 Kilogram) sebagai sedekah fitrah (kepada fakir miskin). Makanan kami berasaskan barli, kismis (anggur kering), keju kotej ataupun kurma. (Jilid #25, Hadith #586 Bukhari) Rasulullah mencadangkan barli sebagai sumber khasiat yang menyembuhkan penyakit dan lelah. Ummul Manzar menyatakan bahawasanya Nabi Muhammad SAW Bersama Ali telah datang kerumah mereka, beliau mempunyai kurma dan menghidangkan kepada mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya makan kurma tersebut. Ketika Ali (R.A.) memakan sebahagian dari kurma tersebut, Nabi (SAW) menyatakan, “Kamu baru sahaja sembuh dari penyakit, oleh itu disebabkan kamu Lelah, berhenti makan. Kemudiannya Wanita tersebut menghidangkan makanan dari Barli dan Ubi. Kemudian Nabi bersabda kepada Ali, “makanlah dari hidangan itu, sessungghuhnya ia baik untuk dirimu.” (Bukhari, Muslim) Anas bin Malik menyatakan bahawasanya seorang tukang jahit pernah menjemput Nabi (SAW) untuk menikmati hidangan. Dia menyediakan roti barli dan daging bersama labu. Nabi (SAW) dengan gembiranya memakan buah labu dari hidangan kari tersebut. (Bukhari, Muslim) Serbuk Barli (Sattoo/sattu) amat digemari oleh Nabi (SAW). Ketika kejayaan Perang Khaibar, Nabi bersetuju untuk mengahwini Safia, keesokkan harinya baginda telah mengarahkan Anas bin Malik untuk menjemput tetamu pada Dawat-e-Walima keatas Safia. Berdasarkan Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, walima tersebut terdiri daripada kurma dan sattoo, tetapi berdasarkan Bukhari satu hidangan roti disediakan dari kurma, barli dan sattoo dihidangkan kepada tetamu. Dalam Nisai, Abu Dawood, Bukhari, Ibnu Majah, Tirmizi dan Ahmed bin Hambal, terdapat 21 hadis mencadangkan pemakanan Sattoo. Selain hadis ini, terdapat huraian hadis berkenaan Sattoo di dalam hadis berlainan. Air barli amat berkhasiat sebagai penawar masalah buah pinggang, melegakan dahaga dan memberikan khasiat terbaik manusia yang sakit dan lelah. Penyediaan air Barli dihuraikan oleh Ibnu al- Qayyim. Berdasarkan beliau, barli hendaklah dimasak bersama dengan lima kali air, sehingga kandungannya mengandungi 3/4 dan warna campuran tersebut seakan warna susu. Nabi Muhammad (SAW) mencadangkan Talbina atau bubur barli untuk menyembuhkan penyakit dan kemurungan hati. Diperbuat daripada barli, madu dan susu beliau bersabda “ianya dapat menghilangkan kemurungan dari hati pesakit, menghilangkan kemarahan daripadanya seperti mana kamu menghilangkan kotoran dari wajahmu”. (Ibn Maja) Aisha (R.A.) pernah meminta hidangan Talbina kepada pesakit dan pernah menyatakan “walaupun pesakit tidak menyukainya, tetapi ianya amat berkhasiat kepada mereka”. (Bukhari) Aisha (R.A) meriwayatkan bahawasanya jika terdapat saudaranya yang meninggal, para Wanita akan berhimpun dan kemudian beredar (pulang ke rumah mereka) kecuali saudaranya dan saudara rapatnya. Dia akan meminta hidangan satu periuk Talbina untuk dimasak. Kemudian Tharid (hidangan daripada daging dan roti) untuk disediakan dan Talbina akan dituangkan keatas hidangan tersebut. Aishah kemudian mengatakan makanlah ia, sessungguhnya rasulullah bersabda “ Talbina melembutkan hati pesakit dan melegakan mereka dari kesedihan”. (Sahih Al Bukhari Volume 7, Book 65, Number 328)
Artikel oleh
Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)

Resipi Barli



Menu: Talbinah
Saiz Hidangan : 1

Bahan-Bahan
2 sudu makan tepung barli 1 ½ cawan susu (boleh guna susu rendah lemak) 1 sudu makan madu
Cara Memasak
Masukkan tepung barli ke dalam periuk Tambahkan 1 ½ cawan susu Masak dengan api sederhana selama 10 – 15 minit Apabila telah masak, masukkan 1 sudu makan madu sebagai perasa manisan dan hidangkan.
Nota: Tepung barli yang disarankan adalah tepung yang diperbuat daripada barli yang masih belum dikisar atau diproses.



Menu: Salad barli Itali
Saiz hidangan : 2

Bahan- bahan Bahan A
200g barli Mutiara – direbus 200g buah zaitun – dibelah 2 200g tomato – dipotong dadu 1 biji bawang holland – dipotong dadu 1 genggam daun parsley – dicincang
Bahan B
2 sudu makan jus lemon ½ sudu teh mustard 50ml minyak zaitun
Cara Memasak
Campurkan semua bahan A ke dalam satu mangkuk dan gaulkan Campurkan semua bahan B ke dalam satu bekas yang berasingan dan gaul. Campurkan adunan bahan B ke dalam bekas bahan A dan gaul kesemuanya sehingga sebati.
Nota: sebelum barli direbus, digalakkan untuk merendam barli selama 3 jam untuk memudahkan dan mempercepatkan proses merebus barli.



Menu : Roti Barli
Saiz hidangan : 3-5

Bahan-bahan

Bahan A
250 g tepung roti 50 g tepung barli 25 g gula 5 g garam 2 g bread improver (penaik roti) 4 g yis
Bahan B
150ml air suam 30ml minyak jagung
Cara Memasak:
Campur dan ayakkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk Masukkan 150ml air suam ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata. Tambahkan 30ml minyak jagung dan uli sehingga membentuk doh yang lembut. Setelah doh lembut, biarkan doh dan tutup dengan kain lembab selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik sekali ganda, ratakan doh dan gulung dengan kemas. Masukkan ke dalam bekas pembakar roti dan biarkan doh naik sekali lagi selama satu jam. Sapu permukaan atas doh dengan telur dan bakar pada suhu 160ºC selama 40-45

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2021/07/khasiat-barli-bijirin-sunnah-kegemaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndN

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Kegemaran Pak Inche

Nasi Lemak Kegemaran Pak Inche

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum TAK jemu ke makan Nasi Lemak Tanya Sk bila Pak Inche kata masak nasi lemak Punyalah sakan beli lauk sotong daging ayam bersusun dalam freezer tapi nasi lemak sambal kosong dengan telur lenggang jugak yang dia hendak hurmmm L...
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan Rm 50 000 Untuk Dimenangi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 317 hits
Anugerah Guardian 2021 Kembali Jom Undi Jenama Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Dan RM 50 000 Untuk Dimenangi Assalammualaikum semua Anugerah Guardian kembali lagi untuk tahun ke 20 Ini adalah di antara anugerah yang paling Ruby nantikan ...
Shalat Sunnah Rawatib Niat Tata Cara Waktu Dan Keutamaan

Shalat Sunnah Rawatib Niat Tata Cara Waktu Dan Keutamaan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 289 hits
Di antara shalat sunnah yang memiliki keutamaan besar adalah shalat sunnah rawatib Apa itu shalat sunnah rawatib Kapan waktunya bagaimana niat dan tata caranya serta apa saja keutamaannya Berikut ini pembahasannya Pengertian Shalat Sunnah R...
Makanan Kegemaran Rasululah S A W

Makanan Kegemaran Rasululah S A W

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 238 hits
1 Barli Bagus untuk demam jika dibuat sup 2 Kurma Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan 3 Buah Tin Buah dari syurga Boleh mengubati buasir 4 Anggur Nabi suka buah anggur Ia membersihkan da...
Apakah Kaitan Minuman Manis Dan Sejuk Dengan Rasulullah Saw

Apakah Kaitan Minuman Manis Dan Sejuk Dengan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 226 hits
APAKAH KAITAN MINUMAN MANIS DAN SEJUK DENGAN RASULULLAH SAW Assalammualaikum WBTAisyah ra meriwayatkan sebuah hadis bahawasanya Adalah minuman yang paling disukai Nabi SAW ialah yang manis dan sejuk Hadis riwayat At Tarmizi Ahmad Hakim dan ...
Amaran Rasulullah Kepada Orang Yang Perangai Buruk Siku Ustaz Kazim Elias

Amaran Rasulullah Kepada Orang Yang Perangai Buruk Siku Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 194 hits
Amaran Rasulullah Kepada Orang Yang Perangai BURUK SIKU Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
100 Doa Rasulullah Saw Bahagian 3

100 Doa Rasulullah Saw Bahagian 3

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 234 hits
100 DOA RASULULLAH SAW BAHAGIAN 3 Doa adalah senjata mukmin Apa jua masalah ujian dan nikmat kekuatannya adalah doa Maksud doa adalah meminta daripada Allah Kenapa kena berdoa Kerana kita hanya seorang hamba yang lemah kerana tu kita wajib ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer