Nasi Lemak Kegemaran Pak Inche


 Assalamualaikum...

TAK jemu ke, makan Nasi Lemak? Tanya Sk, bila Pak Inche kata, masak nasi lemak. Punyalah sakan beli lauk, sotong, daging, ayam bersusun dalam freezer tapi nasi lemak sambal kosong dengan telur lenggang jugak yang dia hendak, hurmmm


 Lepas BDR semalam, teruslah Sk masuk dapur. Sebabnya stok cili giling dah habis. Nak gunting lada buang biji pun malas. Ramai yang kongsi guna 'chopper' untuk buang biji cili tapi nanti dua kali kerja.. jadi, Sk terus tenggekkan periuk berisi air atas dapur. Sementara tunggu air mendidih, Sk cuci lada kering, dan terus rebus. Kemudian kopek bawang, lada yang dah direbus tu, toskan, cuci lagi, kemudian terus kisar bersama bawang, penuh satu jug 😍Senang lain kali nak masak sambal ke, asam pedas ke, nasi goreng ke, mee goreng ke.. haaa...gituh. Tapi sejak pkp ni, larung sungguh la guna cili giling, tak sampai dua minggu dah wassalam 😆
Tengok kat page MATJHN, ramai yang kongsi petua masakan sedap, masukkan daun pandan dalam masakan, jadi, Sk praktikkan masa masak sambal ni, hurmmm.. memang sedap dan harum jer sambal. Sk juga lebihkan minyak sedikit, orang kata, minyak tu yang buat sambal sedap, huhu. Yang penting, sambal mesti kena ada rasa manis. Tapi jangan terlalu manis, takut menangis, hihi


Guna beras bashidup (kata Ummi Cella) cap Manggis.  Beras agak hancur, masa cuci tu pun boleh rasa rapuhnya beras jadi kena cuci manja-manja. Mungkin kalau orang nak masak bubur, sesuai la guna beras ni tapi bila dijadikan nasi berperisa macam nasi lemak atau nasi tomato okey saja cuma sukatan air tu Sk ikut pada sukatan beras. Kalau guna basmathi, kena lebihkan satu sukatan air

Nak cerita jugak, mangkuk yang Sk guna untuk isi nasi ni, baru sampai semalam 😜. Ini Sk order dari personal shopper yang berada di UK secara pre order dengan kurang 50% deposit. Bila barang dah sampai Malaysia, baru kita bayar penuh. Tu yang saja buat isi nasi tambah tu padahal selalunya ambil terus jer dari dalam periuk, kahhhhh

Nama mangkuk ni, BG Harmony Pasta Bowl 9" warna Forest Green. Yang ni susah nak dapat dari Kedai Portmeirion di Malaysia ni sebab kurang permintaan. Paling susah nak dapat warna ni, kalau perasan, Sk selalu guna mangkuk hidang sama jenis macam ni tapi warna coklat atau amber. Yang tu Sk beli dari seller di Malaysia, ready stock tu pun last stock yang ada

Eh, tercerita pasal pinggan mangkuk pulak🤭🤭🤭

Telur yang dilenggang oleh Iman. Okay, lepas ni kalau masak nasi lemak dah boleh lepas tangan bab telur lenggang ni, hahaha. Pak Inche dah siap pecahkan telur, bubuh garam dan pukul telur ni kemudian dia suruh Iman lenggangkan dan siap potong semualah kecil-kecil bentuk segiempat


Cukup syarat nasi lemak dengan ikan bilis, timun dan kacang goreng. Tips untuk goreng kacang yang ibu Sk ajar, goreng bersama bawang putih yang dihiris, bila bawang garing, maknanya kacang dah masak sempurna. Besar-besar kacang tanah ni, puas makan, hihi


Dah tengah nak makan, Pak Inche tanya, tak ada telur rebus ke? Haaa.. ni mesti dah sedap hari tu Sk masak nasi lemak ada telur rebus. Sebenarnya memang nak kukus telur sekali dengan masak nasi tu tapi terlupa. Nak rebus lain rasa macam buang karen membazir air dengan gas aje pulak

Sedap sangat pulak nasi lemak Sk semalam. Berangannya nak bungkus dengan daun pisang tapi malas nak cari di kedai. Kalau jumpa pun entah dah kering daunnya. Hurmmm...perlu tak tanam pokok pisang kat tepi rumah ni??

😂😂😂










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/07/nasi-lemak-kegemaran-pak-inche.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Mudah Masak Nasi Lemak Masak Elok Tak Mentah Untuk Sukatan Empat Pot Beras

Langkah Mudah Masak Nasi Lemak Masak Elok Tak Mentah Untuk Sukatan Empat Pot Beras

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 754 hits
Nasi lemak juga merupakan hidangan signature Malaysia dan terkenal di luar negara Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan tekstur nasi lemak yang sedap dan lembut serta wangi Cara masak Nasi Lemak versi Azy Cullen InsyaAllah mudah dan sena...
A Tale Of Nasi Lemak And Ayam Penyet

A Tale Of Nasi Lemak And Ayam Penyet

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 511 hits
A good friend of mine Din is a very smart entrepreneur While being a speech coach and a speechwriter for some well known personalities in the country he also invests in fancy restaurants and vending machines When the Covid 19 pandemic hit t...
Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau

Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 386 hits
Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa 1 Pilih bawang merah besar India untuk lebih rasa manis berbanding daripada bawang besar Holland Kisar dengan sedikit air saha...
Bersiaran Dari Office Bersama Nasi Lemak Saleha

Bersiaran Dari Office Bersama Nasi Lemak Saleha

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Hi korang Seperti yang dah dimaklumkan semalam hari ni SA bersiaran dari office seawal pagi SA dah ada kat office 7 30 pagi dah masuk sampai KL kul 7 10am Sempat la SA beli sarapan kat Pasar Seni tadi ada booth Nasi Lemak Sa...
Ayam Masak Lemak Daun Kaduk Resepi Asli Terengganu

Ayam Masak Lemak Daun Kaduk Resepi Asli Terengganu

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 645 hits
Resepi Masak Lemak Terengganu ini amat unik sekali Dan memang sedap dan bahannya mudah dan simple je Untuk Resepi Ayam Masak Lemak Daun Kaduk ini adalah 1 2 ekor ayam santan kecil x 2 kotak 3 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci hal...
Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style Sedap

Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 392 hits
Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style SedapBahan bahan 1 kg Siput Sedut 2 batang serai Santan pekat kotak kecil Daun kesum2 keping asam keping gelugorGaram secukup rasaBahan kisar3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 10 biji cili pa...
Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi Tea

Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi Tea

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 746 hits
Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi TeaHi Tea ini sangat digemari di negeri Pantai Timur iaitu negeri TerenganuAnda juga boleh mencubanyaHi tea ambe petang ni Bekang Kuah Manis dan Lemak
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Chili Oil Sk Recommend

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing

Best Online And Offline Marketing

Roti Canai

Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Wasza Edukids Bundle Template

Pengkhianat Pastikan Hukuman Berat Dikenakan Sprm Tahan 2 Pegawai Imigresen Terbabit Counter Setting

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970