Kewafatan Rasulullah Saw



Rasulullah SAW kembali dari haji wada’ setelah Allah SWT menurunkan firman-Nya:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا. فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا.
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.” (An-Nasr: 1-3)

Setelah itu, Rasulullah SAW mula mengucapkan kalimah dan melakukan sesuatu yang menyifatkan perpisahan. Beliau SAW bersabda pada haji wada’:

لتأخذوا عني مناسككم لعلي لا ألقاكم بعد عامي هذا
“Pelajarilah dariku tatacara Haji kalian, boleh jadi aku tidak berjumpa lagi dengan kalian setelah tahun ini.” (HR. Al-Bukhari no. 4430)

Kemudian di Madinah, beliau berziarah ke makam Baqi’, mendoakan keluarganya. Juga menziarahi dan mendoakan syuhada perang Uhud. Beliau juga berkhutbah di hadapan para sahabatnya, berucap pesan seorang yang hendak wafat kepada yang hidup.

Pada akhir bulan Safar tahun 11H, Nabi SAW mula mengeluhkan sakit kepala. Beliau merasakan sakit yang berat. Sepanjang hari-hari sakitnya beliau banyak berwasiat, di antaranya:

Mewasiatkan agar orang-orang Musyrik dikeluarkan dari Jazirah Arab (HR. al-Bukhari, Fathul Bari, 8/132 No. 4431)Berpesan untuk berpegang teguh dengan Al-Quran.Pasukan Usamah bin Zaid hendaknya tetap berangkat memerangi Romawi.Berwasiat agar berbuat baik kepada orang-orang Ansar.Berwasiat agar menjaga solat dan berbuat baik kepada para hamba.
Nabi SAW mengecam dan melaknat orang-orang Yahudi yang menjadikan kuburan para Nabi sebagai masjid. Lalu beliau melarang kubur beliau dijadikan berhala yang disembah.

Di antara pesan beliau SAW adalah agar orang-orang Yahudi dikeluarkan dari Jazirah Arab, sebagaimana termaktub dalam Musnad Imam Ahmad, 1/195.

Beliau SAW berpesan kepada umatnya tentang dunia. Janganlah berlumba-lumba mengejar dunia. Agar dunia tidak membuat umatnya binasa sebagaimana umat-umat sebelumnya binasa kerana dunia.

Dalam keadaan sakit berat, beliau tetap menjaga adab terhadap isteri-isterinya, dan adil terhadap mereka. Nabi SAW meminta izin pada isteri-isterinya untuk dirawat di rumah Aisyah. Mereka pun mengizinkannya.

Kerana sakit yang kian terasa berat, Nabi SAW memerintahkan Abu Bakar untuk mengimamkan masyarakat. Abu Bakar pun menjadi imam solat selama beberapa hari di masa hidup Rasulullah SAW.

Sehari sebelum wafat, beliau bersedekah beberapa dinar, lalu bersabda:

لا نورث، ما تركناه صدقة
“Kami (para Nabi) tidak mewariskan. Apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah.” (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari, 12/8 No. 6730)

Pada hari Isnin, bulan Rabiulawal tahun 11H, Nabi SAW wafat. Hari itu adalah waktu Dhuha yang penuh kesedihan. Wafatnya manusia mulia. Bumi kehilangan orang yang paling mulia yang pernah menginjakkan kaki di atasnya.

Ummul Mukminin Aisyah bercerita: “Ketika kepala beliau terbaring, tidur di atas pehaku, beliau pengsan. Kemudian (saat tersedar) mengarahkan pandangannya ke atas, seraya berucap: ‘Allahumma ar-rafiq al-a’la’.” (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari, 8/150 No. 4463)

Beliau memilih perjumpaan dengan Allah SWT di akhirat. Beliau SAW wafat setelah menyempurnakan risalah dan menyampaikan amanah.

Berita di pagi duka itu tersebar di antara para sahabat. Dunia terasa gelap bagi mereka. mereka bersedih kerana berpisah dengan al-Khalil al-Mustofa. Hati-hati mereka bergoncang. Tak percaya bahawa kekasih mereka telah tiada. Hingga di antara mereka menyanggahnya. Umar bicara: “Rasulullah SAW tidak wafat, beliau tidak akan pergi hingga Allah memerangi orang-orang munafik.” (Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, 8/146)

Abu Bakar hadir, katanya: “Duduklah Umar”, perintah Abu Bakar pada Umar. Namun Umar menolak duduk. Orang-orang mulai mengalihkan diri dari Umar menuju Abu Bakar. Kata Abu Bakar: “Amma ba’du... Siapa di antara kalian yang menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah wafat. Siapa yang menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup dan tidak akan wafat. Kemudian dia membacakan firman Allah:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 144)

Mendengar ayat yang dibacakan Abu Bakar, orang-orang seakan merasakan ayat itu baru turun hari itu. Mereka begitu larut dalam kesedihan. Mereka merasakan kosong. Bagaimana tidak, mereka ditinggal orang yang paling mereka cintai. Orang yang mereka rindu untuk berjumpa setiap hari. Orang yang lebih mereka cintai dari ayah, ibu, anak, dan semua manusia. Mereka lupa akan ayat itu. Dan mereka diingatkan oleh Abu Bakar, seorang yang paling kuat hatinya di antara mereka.

Oleh: Nurfitri Hadi | Kisah Muslim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/kewafatan-rasulullah-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Terindah Genap Usia 2 Tahun Amar Bawa Anaqi Melawat Makam Rasulullah Saw

Hadiah Terindah Genap Usia 2 Tahun Amar Bawa Anaqi Melawat Makam Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 390 hits
Selamat ulang tahun diucapkan kepada Aqeef Anaqi Pejam celik rupanya anak kepada selebriti terkenal Amyra Rosli dan Amar Baharin sudah menginjak usia dua tahun Tiada apa yang lebih menggembirakan hati ibu bapa apabila dapat melihat anak mem...
Kecemburuan Aisyah Apabila Ramai Wanita Ingin Mengahwini Rasulullah Saw

Kecemburuan Aisyah Apabila Ramai Wanita Ingin Mengahwini Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 347 hits
SOALAN Saya pernah mendengar satu hadith dimana Sayyidatina Aisyah R Anha cemburu kerana ramainya wanita yang menawarkan diri mereka untuk dikahwini oleh Nabi Muhammad SAW Boleh disyarahkan hadith tersebut JAWAPAN Firman Allah SWT Dan mana ...
Ini Sedekah Mudah Yang Disukai Rasulullah

Ini Sedekah Mudah Yang Disukai Rasulullah

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 244 hits
Sedekah termasuk amalan yang bersifat sosial Artinya manfaatnya tidak hanya dirasakan oleh orang yang mengerjakannya namun juga dirasakan oleh banyak orang lain Selama ini sedekah dipahami sebatas pemberian sejumlah uang kepada orang miskin...
Kisah Pemindahan 2 Makam Sahabat Rasulullah Yang Menakjubkan

Kisah Pemindahan 2 Makam Sahabat Rasulullah Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 610 hits
Gambar google sekadar hiasan PEMINDAHAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH Pada tahun 1932 raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al Yamani yang berkata Wahai raja Ambillah jenazahku dan jenazah...
Kisah Syaitan Ingin Membunuh Nabi Saw

Kisah Syaitan Ingin Membunuh Nabi Saw

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 450 hits
SOALAN Saya ada mendengar kisah di mana syaitan bukit datang mencari Nabi saw untuk membunuhnya kemudian Nabi saw telah membaca satu doa hingga syaitan itu tidak dapat membunuhnya Apakah kisah ini sahih dan apakah doa yang dibaca oleh Nabi ...
Doa Ziarah Ke Makam Rasulullah Saat Umroh

Doa Ziarah Ke Makam Rasulullah Saat Umroh

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 260 hits
Selain mengucapkan shalawat dan salam ketika ziarah ke makam Nabi Saw kita juga hendaknya membaca ayat dan dua syair berikut agar kita mendapatkan ampunan dari Allah Dengan menghafal ini juga berharap segera bisa ziarah ke makam Nabi Muhamm...
Status Agama Kedua Ibu Bapa Nabi Saw

Status Agama Kedua Ibu Bapa Nabi Saw

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 612 hits
SOALAN Apakah agama kedua ibu bapa Nabi SAW kerana mereka tidak sempat dengan kerasulan Nabi kita JAWAPAN Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir Bermula pendapat dengan selamatnya kedua ibu bapa Nabi SAW ialah pendapat yang sebenar yang ...
Museum Rasulullah Perkenalkan Nabi Muhammad Sebagai Pembawa Misi Rahmatan Lil Alamin

Museum Rasulullah Perkenalkan Nabi Muhammad Sebagai Pembawa Misi Rahmatan Lil Alamin

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 287 hits
Ketum Haedar berharap pembangunan museum Rasulullah di Indonesia akan menjadi sarana memperkenalkan sejarah Rasulullah sebagai nabi akhir zaman Terutama Nabi Muhammad sebagai pembawa misi rahmatan lil alamin atau rahmat bagi semesta
Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor

Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1163 hits
Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor 29 Oktober 2019 Sha bersama rakan rakan pejabat bersama beberapa orang ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah bersama Klien Pengawasan telah berpeluang me...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesan Data Non Farm Payroll Kepada Pasaran Saham Emas Kripto

Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

20 Sebab Dan Perkara Medical Card Tak Cover

Tetamu Tamak Ambil Makanan Dan Tetamu Tidak Diundang

Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik