Kisah Syaitan Ingin Membunuh Nabi Saw
SOALAN:
Saya ada mendengar kisah di mana syaitan bukit datang mencari Nabi saw untuk membunuhnya kemudian Nabi saw telah membaca satu doa hingga syaitan itu tidak dapat membunuhnya. Apakah kisah ini sahih dan apakah doa yang dibaca oleh Nabi itu?
JAWAPAN:
Kisah ini adalah benar dan diriwayatkan dalam beberapa hadith. Ada hadithnya yang sahih dan ada yang hasan.
Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Khanbash r.a katanya: “Seorang lelaki datang bertanya kepadanya kisah bagaimana Rasulullah berbuat ketika syaitan-syaitan datang mendekati kepada Nabi saw, lalu beliau bercerita:
“Suatu ketika turun syaitan-syaitan daripada segala bukit dan lembah mencari Rasulullah saw maka pada sesetengah syaitan itu ada obor api bertujuan membakar akan Rasulullah saw. Maka ketika Nabi nampak akan kedatangan syaitan itu lalu baginda menghilangkan diri lalu datang Jibril a.s dan berkata: “Baca olehmu wahai Muhammad.” Baginda berkata: “Apa yang hendak aku baca?”
Berkata Jibril: “Bacalah doa ini:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنْ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha Sempurna, yang tiada dapat melewatinya orang yang baik mahu pun orang yang jahat dari keburukan semua makhluk yang telah Allah cipta dan yang Dia kembang biakkan dan tidak kembang biakkan dari keburukan yang turun dari langit dan dari segala keburukan yang naik ke langit dan dari keburukan makhluk yang berada di bumi dan dari keburukan makhluk yang keluar dari dalam bumi dan dari keburukan fitnah yang ada pada malam hari dan yang ada pada siang hari dan dari keburukan semua makhluk yang lalu kecuali yang datang membawa kebaikan. Wahai Tuhan yang amat pemurah.”
Lalu dipadamkan api yang dibawa oleh syaitan itu dan Allah membinasakan mereka.”
[Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi pada kitab Asma’ Was Sifat dengan sanad yang sahih dan oleh Al-Munziri pada kitab At-Targhib Wa Tarhib dengan sanad yang elok]
Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/11/kisah-syaitan-ingin-membunuh-nabi-saw.html