Ketupat Daun Buluh Kuih Tradisi Siam Diminati Melayu



Ketupat daun buluh? Itu pertanyaan mereka yang tidak mengetahui adanya ketupat daun buluh apabila diberitahu atau mendapat maklumat mengenai ketupat daun buluh.

Biasanya kita tahu dan biasa mengenai ketupat daun palas, ketupat daun kelapa dan ketupat daun pisang. Nama ketupat daun buluh kerana ia dibalut menggunakan daun buluh.

Ketupat daun buluh dikatakan kuih tradisi kaum Siam dan Cina. Orang Cina memanggilnya kue chang. Melalui hubungan dalam masyarakat ramai juga orang Melayu yang membuat dan meminati ketupat daun buluh. Di Kedah, ketupat daun buluh menjadi hidangan wajib semasa hari raya bagi sesetengah keluarga.

Ketupat daun buluh dibuat menggunakan beras pulut, sama seperti ketupat daun palas. Beras pulut sebelum dimasak direndam terlebih dahulu dalam 'air abu' untuk menjadikan ia kenyat dan liat apabila dimasak.

Daun buluh yang digunakan untuk membalut atau membungkus pulut adalah dari jenis daun lebar, licin dan tidak 'berbulu' yang tidak menyebabkan getal atau miang.

Pulut yang telah direndam atau digaulkan dengan air abu akan dibungkus di dalam daun buluh. Beras pulut itu akan bertukar kekuning-kuningan.

Cara hendak bungkus ada kaedah atau seni tersendiri. Apa yang penting beras pulut itu tidak terkeluar semasa hendak memasak nanti.

Ketupat daun buluh akan dimasakkan sepertimana memasak ketupat daun kelapa. Masa memasak lebih kurang empat jam untuk masak sepenuhnya.

Rasa ketupat daun buluh biasanya tawar. Ada juga yang memasukkan inti seperti kekacang atau serunding. 

Tekstur ketupat daun buluh adalah padat, liat dan kenyal, seakan-akan nasi himpit.  Inilah ciri-ciri keistimewaan ketupat daun buluh.

Ketupat daun buluh dimakan sama ada dicicih dengan kuah kari, rendang, manisan, air gula melaka, susu atau dimakan dengan serunding.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/gsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1149 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
Kuih Muih Tradisi Kelantan Nama Pelik Tapi Sedap Cukup Lemak Manisnya

Kuih Muih Tradisi Kelantan Nama Pelik Tapi Sedap Cukup Lemak Manisnya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 2013 hits
Kebanyakan kuih muih di Kelantan berasaskan tepung pulut beras santan dan wajib manis sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik pelik Ternyata orang orang Cik Siti Wan Kebang kreatif buat kuih Tak percaya cuba beberapa jenis k...
Umno Melayu Tak Layan Pelawaan Ppbm Pasti Mati Selepas Dr M

Umno Melayu Tak Layan Pelawaan Ppbm Pasti Mati Selepas Dr M

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 382 hits
Umno percaya orang Melayu akan menepis pelawaan Dr Mahathir Mohamad yang mengajak parti parti Melayu menyertai PPBM kerana parti itu pasti mati selepas ketiadaan beliau Sebaliknya Setiausaha Agung Annuar Musa memberi jaminan penyatuan wadah...
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 547 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Mok Mek Selesa Hidup Dengan Cara Melayu

Mok Mek Selesa Hidup Dengan Cara Melayu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 565 hits
Tiada beza di raut wajahnya dengan orang Melayu walaupun sebenarnya berbangsa Cina malah gaya hidup juga tidak ubah seperti masyarakat tempatan Itu antara identiti masyarakat Cina Peranakan di negeri ini terutama yang tinggal di kampung ker...
Rph Bahasa Melayu Tahun 4

Rph Bahasa Melayu Tahun 4

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 858 hits
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 Rancangan Pengajaran Harian ialah satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Rancangan Pengajaran Harian membolehkan guru melaksanakan proses pengajara...
Melayu Alami Krisis Identiti

Melayu Alami Krisis Identiti

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 507 hits
SEBENARNYA pada hari ini orang Melayu khususnya golongan muda sedang mengalami krisis identiti amat serius dalam soal sama ada ingin mengekalkan sifat sifat sebagai Melayu atau mempertahankan ideal dan nilai Islam sebagai seorang Muslim Ini...
Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 484 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengajak semua parti politik Melayu untuk bersama sama menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan ia termasuklah UMNO yang dilihat bertujuan bagi menguatkan kuasa politik Melayu sebag...
Saya Tidak Bersetuju Dengan Saranan Mahathir Agar Kesemua Orang Melayu Bersatu Di Bawah Ppbm

Saya Tidak Bersetuju Dengan Saranan Mahathir Agar Kesemua Orang Melayu Bersatu Di Bawah Ppbm

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 532 hits
Muhammad Khalil Abdul Hadi Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa adalah benar orang Melayu sudah berpecah dan berkecamuk Perpecahan tersebut bertambah buruk dengan wujudnya satu lagi parti politik orang Melayu dengan menjad...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Understanding Malaysia Us Reciprocal Tariff Deal

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tapai Pulut

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Start Work On Election Strategy Soon Shamsul Tells Melaka Bn Ph

16 Bersatu Mps Tell Muhyiddin Punishment Of Leaders Unwise