Ketukan Lembut Ibu Rasa Sekitar 18 Ke 20 Minggu Tandanya Pergerakan Awal Bayi


Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripadanya.
Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Dari minggu ke-20 hingga ke-24 
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).
Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.
Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
Pada minggu ke-32 
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36 
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.
Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.
Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.
Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.
Sumber: Klinik Dr Asmah
 
The post Ketukan Lembut Ibu Rasa Sekitar 18 Ke 20 Minggu Tandanya Pergerakan Awal Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ketukan-lembut-ibu-rasa-sekitar-18-ke-20-minggu-tandanya-pergerakan-awal-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kandungan Overdue Ibu Mesti Aktif Bergerak Pantau Pergerakan Bayi Sedia Kemungkinan Bayi Besar Prosedur Indius

Kandungan Overdue Ibu Mesti Aktif Bergerak Pantau Pergerakan Bayi Sedia Kemungkinan Bayi Besar Prosedur Indius

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 376 hits
Kandungan overdue ibu perlu memastikan diri sentiasa aktif bergerak tidak lupa pantau pergerakan bayi Bersiap sedia kemungkinan bayi besar proses kelahiran melalui prosedur indius Tentu ada ibu yang anak pertama overdue dan bimbang kandunga...
Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

Bocoran Jadwal Tidur Minum Asi Dan Ganti Popok Untuk Bayi Berusia 1 4 Minggu Calon Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 352 hits
Jangan bingung apalagi panik baca dulu sontekan jadwal tidur pup dan mimik ASI bayi di masa awal hidupnya ini Meski lelah jangan lupa bahagia ya Mama
Bayi 5 Minggu Maut Selepas Disunat Ibu Bapanya Di Rumah

Bayi 5 Minggu Maut Selepas Disunat Ibu Bapanya Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 544 hits
Bayi 5 minggu maut selepas disunat ibu bapanya di rumahSeorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas disunat oleh ibu bapanya di rumah lapor Dalam kejadian pada waktu tengah hari Jumaat lalu mangsa yang juga meng...
Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 692 hits
Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir Walaubagaimanapun kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepa...
Setiap Hari Ibu Tak Putus Doa Derita Kulit Rapuh Pergerakan Faris Terhad Seumur Hidup

Setiap Hari Ibu Tak Putus Doa Derita Kulit Rapuh Pergerakan Faris Terhad Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 327 hits
Seawal lahir adik Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi 5 dah tiada kulit di bahagian sebelah kanan kakinya dari paras lutut hingga tapak kaki Dilahirkan cukup bulan tetapi terpaksa czer kerana kedudukannya yang songsang keadaan Faris mengejut...
Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 429 hits
Saya Tak pandai didik anak macam anda Ibu MUA 11 tahun luah rasa sedih anak dike cam netizen Sebelum ini telah tular kemahiran bersolek seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun ramai yang tidak percaya bahawa kanak kanak ini mampu mem...
Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 366 hits
The ReporterKetika mengunjungi sebuah pusat beli belah di Dongguan China pada Sabtu 30 Mac seorang ibu mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan ketika menuruni eskalator Namun secara tiba tiba bayinya terlepas dari dukungannya dan terjat...
Atlet Silat Wanita Koma Akibat Otak Beng Kak Lebih 2 Minggu Ibu Bapa Terpa Ksa Menumpang Di Hospital

Atlet Silat Wanita Koma Akibat Otak Beng Kak Lebih 2 Minggu Ibu Bapa Terpa Ksa Menumpang Di Hospital

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 571 hits
Atlet silat wanita koma akibat otak beng kak lebih 2 minggu ibu bapa terpa ksa menumpang di hospital LEBIH dua minggu atlet muda silat gayong wanita negara Ainbatrisyia Amran masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kekejangan otot sebai...
Bayi Tak Boleh Berpisah Dengan Ibu Ayah Atau Penjaga

Bayi Tak Boleh Berpisah Dengan Ibu Ayah Atau Penjaga

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 528 hits
Apa nak buat Situasi bayi tak boleh berpisah dengan ibu ayah ni memang agak berat sikit nak dihadapi Selalunya perkara ini berlaku apabila bayi dah mula kenal orang Boleh terjadi seawal usia 7 bulan Keadaan paling kritikal adalah di antara ...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Intan Najuwa Cantik Lepas Bersalin Kongsi Gambar Dengan Baby Imane Dalam Pantang Pun Comel

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay