Kandungan Overdue Ibu Mesti Aktif Bergerak Pantau Pergerakan Bayi Sedia Kemungkinan Bayi Besar Prosedur Indius


Kandungan overdue, ibu perlu memastikan diri sentiasa aktif bergerak & tidak lupa pantau pergerakan bayi. Bersiap sedia kemungkinan bayi besar & proses kelahiran melalui prosedur indius.
Tentu ada ibu yang anak pertama overdue dan bimbang kandungan kedua juga overdue dan perlu indius.  Menurut Dr Maiza Binti Tusimin, Ketua Jabatan / Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra MalaysiaTempoh normal kehamilan adalah  di antara 37 hingga 42 minggu, juga dikenali sebagai tempoh matang kehamilan.

Manakala kehamilan yang melewati tempoh 42 minggu pula diklasifikasikan sebagai kehamilan postmatang ; postterm pregnancy atau dalam bahasa mudah, overdue.
HANYA 4% WANITA BERSALIN PADA TARIKH JANGKAAN
Menurut data klinikal, hanya 4% (1 dari 20) wanita akan bersalin pada tarikh jangkaan bersalin mereka dan sebanyak  10% wanita akan mengalami kelahiran postmatang. Penetapan tarikh bersalin adalah amat penting bagi menentukan sama ada ibu hamil benar-benar postmatang.
Penetapan tarikh kelahiran secara tepat perlu dilakukan pada usia awal kehamilan dengan  menggunakan tarikh hari pertama haid yang terakhir berdasarkan pengiraan peraturan Naegele’s dan juga menjalani  ujian imbasan ultrasound awal (dating scan).
PENYEBAB KANDUNGAN POSTMATANG
Dalam kebanyakan kes, penyebab kepada  kehamilan postmatang adalah tidak diketahui. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang meletakkan ibu hamil dalam kategori berisiko tinggi untuk kehamilan postmatang iaitu :
Kehamilan pertama Ibu yang mempunyai sejarah kehamilan postmatang sebelumnya Faktor genetik juga boleh memainkan peranan. Satu kajian menunjukkan peningkatan risiko kehamilan postmatang pada wanita yang sendiri lahir  sebagai bayi postmatang!
4 RISIKO KANDUNGAN POSTMATANG
Risiko kelahiran postmatang yang paling mencemaskan bakal ibu adalah risiko kematian bayi di dalam kandungan.
Insiden kematian bayi meningkat pada kehamilan yang berterusan melebihi 42 minggu. Walau bagaimanapun, risiko ini agak kecil, dengan hanya 4 hingga 7 kematian bagi setiap 1000 kelahiran (berbanding 2 hingga 3 kematian bagi setiap 1000 kelahiran untuk kehamilan normal). Risiko yang lain ialah termasuk;
#1: SAIZ BADAN BAYI BESAR
Bayi postmatang mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengalami komplikasi yang berkaitan dengan saiz badan yang lebih besar (makrosomia); yang ditakrifkan sebagai seberat melebihi daripada 4kg. Ini berkait rapat dengan komplikasi trauma kelahiran pada bayi (distosia bahu)

#2: ‘POSTMATURITY SYNDROME’
Keadaan ini merujuk kepada janin yang pertumbuhannya dalam rahim ibu terbantut selepas tarikh jangkaan, lazimnya disebabkan oleh masalah dengan pengaliran darah ke janin melalui plasenta.
#3: SINDROM ASPIRASI MEKONIUM
Ia lebih dikenali sebagai keadaan di mana bayi ‘tertelan najis’. Lebih banyak hari postmatang, bayi lebih cenderung untuk mengalami sindrom ini yang boleh menyebabkan masalah pernafasan apabila bayi dilahirkan.
#4: RISIKO KEPADA IBU
Risiko kepada ibu termasuk masalah ketika kelahiran, kecederaan pada perineum dan juga peningkatan  kadar kelahiran caesarean.
APA YANG PAKAR PERBIDANAN BOLEH LAKUKAN UNTUK IBU?
Apabila ibu melewati usia kandungan 40 minggu, ibu perlu memantau pergerakan bayi melalui FKC (sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam), menghadiri lawatan susulan antenatal setiap minggu dan segera ke hospital sekiranya pergerakan bayi kurang memuaskan atau pecah air ketuban.

Kandungan air ketuban dan degupan jantung bayi akan dipantau pada setiap lawatan susulan antenatal. Polisi kebanyakan hospital  untuk kehamilan postmatang adalah untuk melakukan prosedur ‘induce’ atau memaksa kelahiran pada minggu ke 41 atau paling lewat pada usia kandungan 41 minggu 2 hari. Hospital tidak akan  sesekali membenarkan kehamilan melebihi 42 minggu kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi dalam kandungan.

6 TIPS UNTUK IBU HAMIL POSTMATANG
Sentiasa aktif bergerak dan tidak hanya berbaring sahaja. Lakukan senaman mudah dan tidak membahayakan seperti berjalan, yoga atau senaman Kegel . Sentiasa peka dan pantau pergerakan bayi. Jangan takut untuk menjalani hubungan intim! (Kajian klinikal menunjukkan air mani suami mengandungi prostaglandin yang menyebabkan kontraksi dan mencetuskan proses kelahiran) Bertenang kerana stres menyebabkan badan ibu lebih tidak bersedia untuk bersalin. Amalkan doa & zikir. The post Kandungan Overdue, Ibu Mesti Aktif Bergerak & Pantau Pergerakan Bayi. Sedia Kemungkinan Bayi Besar & Prosedur Indius appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kandungan-overdue-pastikan-ibu-aktif-bergerak-pantau-pergerakan-bayi-bersedia-kemungkinan-bayi-besar-prosedur-indius/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Malas Kira 10 Kali Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Penting Untuk Tahu Bayi Aktif

Jangan Malas Kira 10 Kali Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Penting Untuk Tahu Bayi Aktif

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 319 hits
Bermacam kenangan pahit dan manis yang dilalui oleh ibu mengandung Jika awal kehamilan ibu perlu melalui kesukaran morning sickness yang sangat tidak selesa Tetapi apabila selesai trimester pertama gejala mual loya muntah dan hilang selera ...
Hamil Lagi Jika Ibu Tak Sedia Jangan Sedih Positifkan Diri Kerana Bayi Tahu Emosi Ibunya

Hamil Lagi Jika Ibu Tak Sedia Jangan Sedih Positifkan Diri Kerana Bayi Tahu Emosi Ibunya

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 451 hits
Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung Malah ada...
Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 537 hits
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan Kalau tak berhati hati bayi boleh mati dalam kandungan Semakin meningkat usia kandungan ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin ...
Rahsia Bayi Pintar Dapat Rangsangan Sejak Dalam Kandungan Dengar Suara Mama Lagilah Aktif

Rahsia Bayi Pintar Dapat Rangsangan Sejak Dalam Kandungan Dengar Suara Mama Lagilah Aktif

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 321 hits
Siapa yang tidak mahu mendapat anak sihat dan pintar Itu semua impian setiap yang bergelar ibu ayah Anak yang cergas cerdik dan ceria bukan boleh diperoleh tanpa sebarang rangsangan Pelbagai usaha perlu ibu ayah lakukan jika ingin mencapai ...
Anak Masih Kecil Niena Kembali Aktif Main Futsal Semangat Ibu Muda Ini Harus Diberikan Pujian

Anak Masih Kecil Niena Kembali Aktif Main Futsal Semangat Ibu Muda Ini Harus Diberikan Pujian

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 283 hits
Baru baru ini Niena Azmann isteri kepada gitaris kumpulan Kristal Rody memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen tentang tahap kesihatannya selepas melahirkan si comel Adithya Jabbar Di dalam postingnya itu Niena memberitahu yang dia sudah puli...
Di Mana Ada Ibu Situlah Anak Ada Ibaratnya Ibu Kena Sedia Jadi Magnet Sepanjang Masa

Di Mana Ada Ibu Situlah Anak Ada Ibaratnya Ibu Kena Sedia Jadi Magnet Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 276 hits
Mak Ke Magnet Kenapa boleh diumpamakan seperti ini bila ada anak Ramai juga yang kata bila ada mak di situ pasti anak pun ada sekali walaupun ayah ada depan mata Melainkan jika anak tu memang manja dengan ayah mak bolehlah tarik nafas lega ...
Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 451 hits
Risaunya bila bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum sebab abang kakak menyusu masa ibu hamil Jangan bimbang mama si kecil tetap ada bahagiannya Ada situasi ibu sedang hamil dan dalam proses nak hentikan penyusuan anak kedua Sudah bermaca...
Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan Polis

Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan Polis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 302 hits
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini beliau dimaklumkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan hilang ingatan berikutan kecederaan yang dialami ketika insiden di tapak Kuil Sri Maha M...
Setiap Hari Ibu Tak Putus Doa Derita Kulit Rapuh Pergerakan Faris Terhad Seumur Hidup

Setiap Hari Ibu Tak Putus Doa Derita Kulit Rapuh Pergerakan Faris Terhad Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 326 hits
Seawal lahir adik Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi 5 dah tiada kulit di bahagian sebelah kanan kakinya dari paras lutut hingga tapak kaki Dilahirkan cukup bulan tetapi terpaksa czer kerana kedudukannya yang songsang keadaan Faris mengejut...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord