Hormat Kehendak Akar Umbi Beberapa Bahagian Umno Melaka Tolak Kerjasama Dengan Bersatu


freemalaysiatoday.com
Bernama
-November 1, 2021 7:19 PM
Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad (kanan) mengumumkan beberapa Bahagian Umno di Melaka menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini. (Gambar Bernama)
MELAKA: Beberapa bahagian Umno di negeri ini menolak sebarang kerjasama diadakan antara parti dengan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad yang mewakili kumpulan berkenaan berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati kehendak akar umbi selain terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kerjasama itu tidak dapat diadakan.

“Keputusan yang kami buat adalah atas kehendak akar umbi. Ketetapan ini adalah yang terakhir kita buat. Maknanya kita tidak ada lagi perbincangan atau apa-apa pendekatan untuk bersama dengan Bersatu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Umno Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Timbalan Ketua Umno Alor Gajah Rosepandi Leman.

Dalam pada itu, Mohamad Ali juga mahu Umno memperkukuhkan Mufakat Nasional (MN) bersama PAS bagi menghadapi PRN berkenaan.

“Jadi saya menyeru kepada semua ahli Umno dan PAS untuk kita bersama-sama dalam usaha memenangi PRN Melaka pada kali ini bagi kebaikan rakyat keseluruhan di Melaka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/hormat-kehendak-akar-umbi-beberapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 431 hits
October 27 2021 4 57 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu akan mengambil semua pandangan dan maklum balas dalam merangka kerjasama pada pilihan raya negeri Melaka PETALING JAYA Daripada 10 ahli akar umbi Umno sembilan me...
Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 423 hits
agendaily com4 11 2021Sidang media Ketua ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah ...
Mat Hasan Dedah Majoriti Akar Umbi Umno Meluat Dengan Bersatu

Mat Hasan Dedah Majoriti Akar Umbi Umno Meluat Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 365 hits
October 27 2021 Majoriti akar umbi Umno tidak mahu parti itu bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan kata timbalan presidennya Mohamad Hasan Nampaknya kalau kita letak ukuran 10 sembilan daripadanya tidak mahu...
Tolak Kerjasama Umno Sebenarnya Rela Melaka Diperintah Ph Dan Dap

Tolak Kerjasama Umno Sebenarnya Rela Melaka Diperintah Ph Dan Dap

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 322 hits
agendaily com28 10 2021Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang Pakatan Harapan kalah jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Langkah UMNO dan Barisan Nasional yang menolak kerjasama dengan rakan parti ...
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 423 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 372 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Sembilan Daripada Sepuluh Ahli Akar Umbi Tidak Mahu Umno Bersama Dengan Bersatu

Sembilan Daripada Sepuluh Ahli Akar Umbi Tidak Mahu Umno Bersama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR Majoriti akar umbi UMNO tidak mahu parti itu mengadakan kerjasama dengan parti BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata itu adalah ukuran yang dilihatnya membab...
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Along Kemalangan 11 12 2025

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

Pokok Air Mata Pengantin


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Bangunan Kolej Dijual Dengan Harga 1 Peluang Emas Atau Risiko

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Terpaling Juara Kritik Rxz Members Isu Pemandu Mabuk Senyap Pula Dr Akmal

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Aizul Zahri Lepaskan Aku Chord