Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah


SUNGAI BULOH - Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.
Shafa'aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.
"Ini kerana maklumat yang diberikan dalam video berkenaan tidak tepat sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.
"Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan enam serbuan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.
"Lima daripadanya kosong, manakala satu premis masih beroperasi," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas empat tablet jenama jumper; satu tablet kawalan utama jenama jumper; satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM114.
"Lima premis di tempat berlainan didapati dalam keadaan berkunci dan polis terpaksa menggunakan pemotong besi dan kuku kambing untuk membuka pintu premis. Pemeriksaan dalam premis itu didapati tidak beroperasi.
"Semua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.
Sepanjang tahun ini, Shafa'aton berkata, IPD Sungai Buloh melakukan sembilan serbuan dengan kejayaan tujuh tangkapan ke atas penjaga premis perjudian; lapan tangkapan pemain; lima rampasan komputer riba dan 23 rampasan tablet dengan jumlah wang tunai sebanyak RM546.
Beliau mempersoal motif individu yang menularkan video berkenaan dengan mendakwa nyawanya terancam kerana membuat pendedahan itu.
"Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya," katanya.
Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.
Selain itu dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.
Dua video dengan tempoh 13.28 saat dan 8.29 saat itu ditonton oleh jutaan orang. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/ketua-polis-daerah-sungai-buloh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Kegiatan Judi Di Sungai Buloh Tidak Benar Polis Mahu Panggil Individu Tular Video

Dakwaan Kegiatan Judi Di Sungai Buloh Tidak Benar Polis Mahu Panggil Individu Tular Video

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 485 hits
Polis menyifatkan dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular di Facebook petang semalam tidak benar dan hanya tohmahan Ketua polis daerah Sungai Buloh Shafa aton Abu Bakar berkata individu terbabit tidak...
Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 449 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh dekat sini Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Buki
Tular Video Kegiatan Haram Di Sungai Buloh Ketua Polis Negara Gesa Tindakan Pantas

Tular Video Kegiatan Haram Di Sungai Buloh Ketua Polis Negara Gesa Tindakan Pantas

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 396 hits
Terdahulu tular mengenai video di Facebook memaparkan pendedahan mengenai kegiatan haram yang melibatkan mesin judi penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh Memberi maklum balas berikutan isu...
Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 669 hits
PDRM SUNGAI BULOH Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pengguna laman sosial kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa aton Abu Bakar...
Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 457 hits
SUNGAI BULOH Pengusaha Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 mendakwa ada individu mengaku sebagai Ayahanda menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru...
Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 544 hits
Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam merampas barang barang ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL SUNGAI BULOH Majlis Bandaraya Shah Alam dan pelbag...
Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 321 hits
Anggota Majlis Perbandaran Shah Alam memecahkan sebahagian batu konkrit ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Sebarang tindakan terma...
Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 480 hits
Sumber Facebook MR Rakyat sekarang bukan bodoh ulang sekali lagi rakyat tak bodoh Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda dig...
5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 509 hits
Pemilik gerai burger yang mendedahkan kewujudan kegiatan perjudian di Sungai Buloh meminta orang ramai untuk berhenti mengecam polis Mohd Asri Hamid atau turut dikenali sebagai Asri Janggut berkata pihak polis mendapat banyak kritikan susul...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan