Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh


 

SUNGAI BULOH: Pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa ada individu mengaku sebagai 'Ayahanda' menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.
Beliau berkata, individu berkenaan menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbit, semalam.
"Individu berkenaan memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan menyatakan tindakan saya itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.
"Saya sudah merujuk perkara itu kepada polis ketika perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan," katanya ditemui media selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini, hari ini.
Ketika tinjauan itu, Mohd Asri menunjukkan lokasi yang didakwanya dijadikan sebagai premis judi dan rokok seludup di kawasan berkenaan.
Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
Mohd Asri berkata, setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berhubung pendedahan itu.
"Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana ketika ini isu masih 'panas'.
"Saya percaya selepas perkara ini reda, pastinya ada risiko kerana mesti ada yang berdendam kepada saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT," katanya.
Ditanya mengenai perjumpaannya bersama Ketua Polis Negara, beliau berkata, pertemuan itu diadakan empat mata.
"Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada polis dan meminta saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.
"Dalam perjumpaan itu juga, Abdul Hamid memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara itu.
"Malah, Ketua Polis Negara juga memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau juga tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.
"Saya sudah memaklumkan kepada polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
"Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Beliau turut memaklumkan telefon bimbit miliknya diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjadi agensi pertama menghubungi beliau berkaitan pendedahannya.
Namun, katanya sehingga hari ini beliau belum dihubungi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/ayahanda-kawasan-tak-puas-hati-asri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asri Janggut Dakwa Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati

Asri Janggut Dakwa Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 433 hits
PENGUSAHA Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh kelmarin Mohd Asri ...
Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh dekat sini Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Buki
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 778 hits
SUNGAI BULOH Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata individu terba...
Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 676 hits
PDRM SUNGAI BULOH Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pengguna laman sosial kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa aton Abu Bakar...
Kecewa Kpd Sungai Buloh Terlalu Cepat Nafi Wujud Premis Judi

Kecewa Kpd Sungai Buloh Terlalu Cepat Nafi Wujud Premis Judi

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 267 hits
Malaysia ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 BANGI Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim meluahkan rasa kecewa terhadap respon awal Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar dalam isu pembongkara...
Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 324 hits
Anggota Majlis Perbandaran Shah Alam memecahkan sebahagian batu konkrit ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Sebarang tindakan terma...
Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 483 hits
Sumber Facebook MR Rakyat sekarang bukan bodoh ulang sekali lagi rakyat tak bodoh Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda dig...
5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

5790 Pusat Judi Sg Buloh Pemilik Gerai Burger Gesa Jangan Kecam Polis Malaysia Kini 10 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 515 hits
Pemilik gerai burger yang mendedahkan kewujudan kegiatan perjudian di Sungai Buloh meminta orang ramai untuk berhenti mengecam polis Mohd Asri Hamid atau turut dikenali sebagai Asri Janggut berkata pihak polis mendapat banyak kritikan susul...
Tiba Tiba Sungai Buloh Di Bantai Mbsa Dek Viralnya Kisah Mesin Judi

Tiba Tiba Sungai Buloh Di Bantai Mbsa Dek Viralnya Kisah Mesin Judi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 357 hits
Last sekali yang paling banyak dirampas tetaplah bukan barang barang haram taukey Cina tapi Khemah berniaga orang melayu Taukey judi tak dapat dikesan pun Dah seronok baring atas duit Tuan tuan kira kira dia simple je Dapat pemimpin bangang...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat