Dakwaan Kegiatan Judi Di Sungai Buloh Tidak Benar Polis Mahu Panggil Individu Tular Video


Polis menyifatkan dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular di Facebook petang semalam tidak benar dan hanya tohmahan.
Ketua polis daerah Sungai Buloh Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh di kawasan berkenaan.
Katanya, tindakan pengadu itu memuat naik 2 video secara langsung menerusi akaun Facebook “Hot Burger Malaysia” semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej ketua polis daerah Sungai Buloh, ibu pejabat polis daerah (IPD) Sungai Buloh, ketua polis balai sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan ketua polis Selangor.
“Ini kerana maklumat diberikan dalam video berkenaan tidak tepat sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.
“Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan 6 serbuan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.
“Lima daripadanya kosong, manakala 1 premis masih beroperasi,” katanya pada sidang media hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu polis menahan 2 lelaki Bangladesh dan merampas 5 tablet, 1 unit modem dan wang tunai berjumlah RM114.
“Lima premis di tempat berlainan didapati dalam keadaan berkunci dan polis terpaksa menggunakan pemotong besi dan kuku kambing untuk membuka pintu premis. Pemeriksaan dalam premis itu didapati tidak beroperasi.
“Semua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sepanjang tahun ini, Shafa’aton berkata, IPD Sungai Buloh melakukan 9 serbuan dengan kejayaan 7 tangkapan ke atas penjaga premis perjudian, 8 tangkapan pemain, 5 rampasan komputer riba dan 23 rampasan tablet dengan jumlah wang tunai sebanyak RM546.
Beliau mempersoalkan motif individu yang menularkan video berkenaan dengan mendakwa nyawanya terancam kerana membuat pendedahan itu.
“Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya,” katanya.
Dalam video tular yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, sejak petang semalam, pengadu membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.
Selain itu, dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket menjalankan kegiatan haram berkenaan.
Sebelum sidang media polis Sungai Buloh, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.
Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan itu menerusi video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu. FMT
The post Dakwaan kegiatan judi di Sungai Buloh tidak benar, polis mahu panggil individu tular video appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/09/dakwaan-kegiatan-judi-di-sungai-buloh-tidak-benar-polis-mahu-panggil-individu-tular-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Video Kegiatan Haram Di Sungai Buloh Ketua Polis Negara Gesa Tindakan Pantas

Tular Video Kegiatan Haram Di Sungai Buloh Ketua Polis Negara Gesa Tindakan Pantas

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 398 hits
Terdahulu tular mengenai video di Facebook memaparkan pendedahan mengenai kegiatan haram yang melibatkan mesin judi penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh Memberi maklum balas berikutan isu...
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 777 hits
SUNGAI BULOH Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata individu terba...
Polis Buat 6 Serbuan Terhadap Kegiatan Perjudian Di Sungai Buloh Setelah Isu Ini Viral

Polis Buat 6 Serbuan Terhadap Kegiatan Perjudian Di Sungai Buloh Setelah Isu Ini Viral

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 288 hits
Polis dilaporkan melakukan enam serbuan terhadap kegiatan perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh semalam Ia dipercayai susulan satu rakaman video yang antara lain berkenaan kegiatan tersebut yang tular di media sosial petang semalam ...
Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh dekat sini Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Buki
Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 674 hits
PDRM SUNGAI BULOH Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pengguna laman sosial kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa aton Abu Bakar...
Video Tular Jenayah Di Sungai Buloh Kpn Jamin Akan Ambil Tindakan Tegas

Video Tular Jenayah Di Sungai Buloh Kpn Jamin Akan Ambil Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh Sambil ber...
Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 583 hits
832 total views 832 views today POLIS Diraja Malaysia membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata lapora...
Puteri Umno Bimbang Keselamatan Keluarga Individu Tular Video Judi

Puteri Umno Bimbang Keselamatan Keluarga Individu Tular Video Judi

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 300 hits
Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan berkata aktiviti perjudian adalah isu yang berlaku sejak dulu dan sukar dibendung PETALING JAYA Puteri Umno bimbang keselamatan individu difahamkan pemilik gerai burger dan ahli keluarganya susulan tindak...
Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 323 hits
Anggota Majlis Perbandaran Shah Alam memecahkan sebahagian batu konkrit ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Sebarang tindakan terma...
The Future Of Green Energy

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Buffet Ramadan Johor Di Bara Stulang Jb Dengan Menu Ala Carte

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini

Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Collaborate And Innovate For Economic Resilience

From 5 Sen To Rm5 In A Space Of 60 Years

Muslims In Indonesia To Begin Fasting Tomorrow

Aiken Bha Pha Bright Pore Refining Exfoliating Gel

Gula Dan Kanser Memahami Hubungannya

2025 Predictions Future Of Domains