Ketika Itu Saya Baru Keluar Duit Persiapan Perkahwinan Lesap Angkara Toyol
“Ketika Itu Saya Baru Keluar..” – Duit Persiapan Perkahwinan Lesap Angkara Toyol. Seorang penduduk mengesyaki kehilangan sejumlah wang yang sepatutnya digunakan bagi persiapan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu ini di Taman Bukit Tembakau, Umbai di sini mungkin angkara toyol.
Penduduk terbabit yang mahu dikenali sebagai Liza, 47, mendakwa terserempak dengan makhluk itu sebelum menyedari kehilangan wang berkenaan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam pada Isnin lalu itu turut disaksikan dua orang anak lelakinya berusia 27 dan 18 tahun.
“Ketika itu saya baru saja keluar dari bilik air dan terlihat pintu dapur terbuka sedangkan kebiasaannya ia ditutup. Sebaik mahu menutupnya, tiba-tiba terlihat makhluk berkenaan dalam keadaan sedang memanjat pagar di belakang rumah dalam jarak kira-kira semeter lebih saja dengan saya.
“Makhluk itu memusingkan kepalanya dan memandang ke arah saya dengan mata yang merah menyala, bersaiz badan sebesar bayi, mengeluarkan taring serta cuping telinganya besar,” katanya ketika menceritakan pengalaman menyeramkan itu di rumahnya di sini hari ini.
Liza berkata, selepas ketakutan dan menjerit meminta tolong, dua orang anaknya terus menuju ke arahnya dan mereka turut ternampak makhluk itu lari ke arah memanjat bumbung rumah.
Kesan cakaran pada cermin dipercayai kuku makhluk berkenaan yang cuba memanjat tingkat cermin di belakang rumah.
Kesan cakaran pada cermin dipercayai kuku makhluk berkenaan yang cuba memanjat tingkat cermin di belakang rumah.
“Kejadian turut disedari beberapa jiran dan penduduk taman berkenaan, lalu turut membantu menjejak makhluk berkenaan di beberapa lokasi di kawasan terbabit tetapi gagal menemuinya.
“Cuma anak-anak perasan, ada beberapa kesan cakaran pada kepingan cermin tingkap di belakang rumah dipercayai bekas kuku makhluk itu,” katanya.
Menurutnya, selang beberapa minit dia cuba memeriksa wang yang disimpannya namun mendapati ia hilang dan percaya ada kaitan dengan kemunculan makhluk berkenaan.
Hilang
“Wang yang hilang berjumlah kira-kira RM3,000, yang sepatutnya digunakan untuk membeli ayam serta perkakas memasak lain. Kali terakhir saya melihat wang itu masih ada pada sebelah pagi hari yang sama sebelum kejadian.
“Sebelum ini memang pernah mendengar orang lain kehilangan duit disebabkan toyol, masa itu saya tidak ambil kisah sebab antara percaya dengan tidak. Tetapi kali ini terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu betapa
seramnya makhluk itu dan sampai sekarang saya trauma, ketakutan, susah nak tidur kerana asyik terbayang rupanya,” luahnya.
Sementara itu, suaminya yang dikenali sebagai Man, 49, berkata, majlis perkahwinan anak keenamnya bakal berlangsung Sabtu ini kemungkinan akan dijalankan secara ala kadar disebabkan kejadian yang menimpa keluarganya itu.
“Ini kali ketiga saya mengadakan majlis perkahwinan untuk anak dan sebelum ini tidak pernah alami kejadian aneh dan menyeramkan seperti ini.
“Kami ada juga merujuk individu yang arif dengan makhluk halus dan mereka pun ada memberikan pandangan tersendiri tetapi saya enggan memberikan sebarang tafsiran kerana bimbang disalah erti oleh masyarakat. Saya anggap ini adalah takdir dan ujian dari ALLAH,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post “Ketika Itu Saya Baru Keluar..” – Duit Persiapan Perkahwinan Lesap Angkara Toyol appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/ketika-itu-saya-baru-keluar-duit-persiapan-perkahwinan-lesap-angkara-toyol/