Lihat Foto Foto Baru Perkahwinan Bintang The Flash Grant Gustin La Thoma Di Kolopis Penampang
Lihat Foto-foto Baru 'The Flash' Star Grant Gustin & Perkahwinan Kadazan LA Thoma di Kolopis, Penampang | Imej dari Fahad Nasir & Yusuf Ahmad Photography Video By Bryan Kouju Studio Akhirnya...Pelakon The Flash Kongsi Gambar Perkahwinannya Dengan Wanita Sabah!
Pelakon siri TV The Flash, Thomas Grant Gustin, 27 telah mengahwini tunangnya, wanita berasal dari Sabah, Andrea Thoma, 29 pada 15 Disember lalu. Sejak berita pertunangannya dengan gadis Sabah menjadi bualan, pergerakan bintang siri The Flash iaitu Grant Gustin, 27, terus menjadi tumpuan.
Rakyat Malaysia begitu teruja sebaik dia mengumumkan sudah bertunang dengan Andrea Thoma, 29, gadis kacukan Amerika Syarikat -Kadazan pada April tahun lalu.
Terbaru, Grant meluangkan masa untuk melawat kampung halaman ibu Andrea di Kolopis, Penampang, Sabah bagi melangsungkan upacara perkahwinan secara tertutup.
Ternyata, sekali lagi Internet dibanjiri cerita pasangan itu.
“Kami mengadakan upacara simbolik mengikut tradisi Kadazan bagi menghormati nenek moyang LA. Kami sangat gembira di Sabah,” katanya.
Grant dan tunangnya menjadi perbualan hangat pada 18 Disember lalu sebaik pelakon terbabit memuat naik foto pertamanya berada di Kota Kinabalu, Sabah.
Ia sekali gus membuatkan media sosial dibanjiri dengan cerita mereka dan mengucapkan selamat datang buat mereka.
Bukan sehari dua, pasangan ini mengambil masa berminggu-minggu untuk memanfaatkan kunjungan kali ini apatah lagi keluarga Andrea masih ramai di sini.
Mereka dilihat menghabiskan masa dengan menghadiri majlis keramaian di rumah sanak-saudara.
Di kesempatan itu, pasangan terbabit tidak ketinggalan melakukan upacara tradisi kaum Kadazan yang berlangsung di rumah keluarga Andrea yang turut dihadiri rakan karib Grant.
Kunjungan itu tidak lain adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan selain tidak melupakan asal-usul.
Pelakon itu juga kini mula mengikut tradisi berkenaan.
Selepas seminggu melangsungkan perkahwinan, Grant akhirnya berkongsi gambar yang diambil sekitar majlis perkahwinan mereka menerusi akaun Instagram miliknya pada malam tadi.
"12.15.18" tulisnya ringkas di ruangan kapsyen menunjukkan tarikh perkahwinannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Grant mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan memuji keindahan majlis tersebut.
View this post on Instagram
12.15.18 ❤️A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on Dec 20, 2018 at 10:28am PST
Sebelum ini, perkahwinan mereka pernah didedahkan oleh pihak pengurusan Grant yang dikenali sebagai Robert Adam Stein di laman Instagram.
"What heartfelt joy is was to watch Grant and La, surrounded by their family and friends, come together for a loving union.
"Wishing them both a Lifetime of Love and Happiness, they are so blessed to have one another to spend the rest of their lives together," tulisnya sebagai kapsyen.
Pasangan ini telah terlebih dahulu menerima ucapan tahniah di ruangan komen hasil perkongsian tersebut.
View this post on Instagram
What heartfelt joy is was to watch Grant and LA, surrounded by their family and friends, come together for a loving union. Wishing them both a Lifetime of Love and Happiness. They are so blessed to have one another to spend the rest of their lives together.A post shared by Robert Stein (@robertadamstein) on Dec 16, 2018 at 1:09pm PST
LA Thoma turut berkongsi video mengenai keseluruhan upacara di Instagram.
Andrea "LA" Thoma Gustin, yang berkahwin dengan bintang Flash Grant Gustin tahun lepas, telah berkongsi beberapa foto baru majlis perkahwinan Kadazan pasangan itu di Sabah
Thoma, yang separuh Kadazan di sebelah ibunya, menyiarkan gambar dan video majlis di Instagram untuk menandakan ulang tahun ke-31 beliau.
"Kami dapat menghormati nenek moyang suku Kadazan saya melalui upacara perkawinan tradisional yang disebut Miohon Pinisi. Itu adalah hadiah yang dapat merayakan dan menghubungkan ke warisan budaya ibu saya yang menyambut Grant dengan tangan terbuka," tulisnya.
Tahniah sekali lagi kepada pasangan bahagia! Lihat lebih banyak gambar dari upacara di sini:
Yusuf Ahmad, seorang jurugambar yang berpangkalan di Kota Kinabalu yang mengambil gambar majlis itu, turut memuatkan beberapa gambar dari acara itu. Anda boleh melihatnya di laman Facebooknya di sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2019/07/lihat-foto-foto-baru-perkahwinan.html