Ketahui 6 Jenis Hantu Jepun Yang Suka Menghantui Tandas


Jepun mempunyai kepercayaan terhadap makhluk-makhluk yang menyeramkan, roh-roh menakutkan dan hantu-hantu yang penuh dendam. Di Jepun, makhluk-makhluk yang menakutkan ini dikenali sebagai ‘Yokai’. Dalam kepercayaan masyarakat Jepun terdapat pelbagai jenis ‘Youkai’ yang berbeza-beza dan menarik untuk diketahui. Hantu-hantu ‘Youkai’ ini terdiri daripada hantu yang tidak berbahaya sehinggalah kepada pemangsa yang berbahaya.

Cerita rakyat Jepun terdapat dalam pelbagai versi dan bermacam-macam jenis hantu yang mendiami sesuatu tempat di negara Jepun. Ini menimbulkan persepsi bahawa setiap tempat di Jepun mempunyai makhluk mistik tersendiri. Bahkan setiap bangunan dan bandar mempunyai cerita hantu tersendiri, termasuklah di dalam tandas. Tandas di Jepun dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.
Ada yang pemalu, kasar bahkan ada juga yang berbahaya. Dalam banyak-banyak jenis hantu yang dipercayai tinggal di dalam tandas dalam kepercayaan Jepun, ini adalah 6 jenis hantu yang paling popular yang di antaranya mungkin akan anda temui jika melancong ke Jepun.

1. Hantu Hanako
Mungkin inilah hantu tandas Jepun yang paling terkenal, Hanako sebenarnya adalah roh. Pada dasarnya, Hanako adalah makhluk yang menyeramkan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak Jepun untuk menguji keberaniannya, biasanya mereka akan mengetuk pintu bilik mandi dan berkata “Apakah Hanako-san ada di dalam?” dan lalu hantu Hanako (dipercayai) akan berkata, “Ya, aku ada di dalam”.

Keterangan mengenai asal-usul Hanako sangat banyak, biasanya digambarkan bahawa Hanako-san memiliki rambut gaya bob dan menggunakan baju berwarna merah. Daripada asal-usul Hanako yang pelbagai, ada antaranya yang mengatakan bahawa Hanako-san adalah hantu kanak-kanak yang terbunuh akibat bom pada perang dunia ke-2 ketika dia berada di sekolah.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa Hanako-san adalah anak kecil yang menjadi mangsa korban kekejaman orang tuanya dan dibunuh di dalam tandas.

2. Hantu Akaname
Akaname yang bererti si Penjilat, adalah hantu Jepun yang dipercayai hidup di dalam tandas dengan cara menjilati kotoran dan debu yang terkumpul. Hantu ini dikatakan akan muncul dalam bentuk manusia, tetapi kulitnya berwarna merah dan mengelupas seperti orang yang terlalu lama berendam di dalam air panas. Akaname juga memiliki lidah yang panjang. Cara menghindari ‘Yokai’ ini sangat mudah iaitu membersihkan tandas secara teratur.
Orang Jepun memang pandai mengubah segala sesuatu menjadi comel, bahkan hantu seperti ini pun boleh kelihatan comel. Dalam manga Neko Musume Michikusa Nikki, Akaname digambarkan sebagai budak lelaki yang mempunyai rambut perang dan berlidah panjang yang suka menjilat-jilat sesuatu.

Bahkan Akaname juga diguna pakai dalam budaya Barat, dalam bentuk buku kanak-kanak bertajuk “The Filth Licker” karya Cristy Burne.

3. Hantu Noppera-Bo
Serangan dan gangguan utama dari Noppera-bo (hantu tanpa wajah) adalah dengan menakut-nakutkan manusia dengan muncul di berbagai tempat, kebiasaannya di dalam tandas wanita.

Selalunya Noppera-Bo akan muncul secara tiba-tiba dengan menunjukkan muka tanpa wajah. Mereka juga kadang-kadang muncul dengan hanya menampakkan mulut dan gigi.

Noppera-bo juga dikenali sebagai ‘Youkai’ antarabangsa yang bermaksud adalah ia adalah hantu (Youkai) yang sangat terkenal di dunia. Terdapat banyak penampakan Noppera-Bo yang terjadi di Hawaii, di mana mereka lebih dikenali sebagai Mujina.

4. Hantu Aka Manto
Aka Manto yang beerti jubah merah adalah cerita hantu Jepun mengenai roh yang berniat jahat yang menghantui tandas awam dan sekolah, yang akan meminta pengguna tandas jika mereka mahukan jubah merah atau biru.

Aka Manto sering digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat kacak semasa hidupnya dan sentiasa diburu oleh peminat-peminatnya. Disebabkan itu, beliau kononnya memakai topeng untuk menyembunyikan mukanya.
Mengikut lagenda kisah Aka Manto, jika seseorang itu duduk di dalam tandas (biasanya tandas terakhir), suara misteri akan meminta mereka jika mereka mahukan jubah merah atau jubah biru.

Dalam versi lainnya, Aka Manto kadang-kadang dirujuk sebagai Aoi Manto (Jubah Biru). Jika mereka memilih warna merah, kulit di bahagian belakang mereka akan disiat untuk menyerupai jubah merah.

Jika mereka meminta warna biru, semua darah akan mengalir keluar dari tubuh mereka. Satu lagi versi cerita ini mengatakan bahawa jika mereka meminta jubah kuning, kepala mereka ditolak masuk ke dalam tandas yang baru sahaja mereka gunakan.

5. Hantu Akai Kami Aoi Kami
Seperti Aka Manto, Akai Kami Aoi Kami (bererti Kertas Merah Kertas Biru) juga menakuti mangsanya dengan suara-suara ghaib. Dalam hal ini Akai Kami Aoi Kami akan meminta mangsanya memilih di antara Kertas Biru atau Kertas Merah.

Kedua-dua pilihan tersebut tidak memberi kesudahan yang baik. Dalam beberapa lagenda, jika anda memilih kertas biru maka anda akan dicekik sehingga mati (jadi badan mangsa akan bertukar menjadi biru) atau darah mangsanya akan menjadi mengalir keluar sehingga habis. Memilih kertas merah pula akan meyebabkan leher mangsanya ditoreh atau kulit mangsa disiat-siat.
Jika mangsa kononnya adalah seorang yang pintar dan menjawab apa-apa warna yang lain selain warna merah atau biru, mangsa akan diseret ke neraka. Mengikut beberapa cerita, jawapan terbaik yang boleh diberikan kepada Akai Kami Aoi Kami adalah dengan menjawab warna kuning, jawapan ini hanya akan menyebabkan mangsa dicurahkan dengan air kencing di atas kepala mangsa tetapi mangsa akan terus hidup.

6. Hantu Reiko Kashima
Reiko Kashima adalah lagenda seram Jepun tentang hantu wanita tanpa kaki yang menghantui tandas-tandas sekolah. Reiko Kashima asalnya adalah seorang perempuan yang tinggal di Hokkaido, Jepun.

Pada suatu malam, Reiko telah diserang oleh sekumpulan lelaki. Beliau telah dipukul dengan teruk, didera dan kemudian ditinggal untuk mati. Dia cuba untuk meminta bantuan, namun tiada siapa pun yang peduli. Kemudiannya, dia berjaya merangkak ke atas landasan kereta api di mana dia telah pengsan di situ.

Tak lama selepas itu, kereta api datang dan melanggarnya, menyebabkan beliau terkorban dan memotong beliau dalam dua bahagian, badannya terputus pada bahagian pinggang.
Reiko kemudian menjadi hantu yang berdendam dan mencari kakinya yang hilang. Selalunya boleh terserempak dengan Reiko Kashima di dalam tandas sekolah, tetapi dia boleh (dan akan) menjelma dalam tandas anda pada waktu tengah-tengah malam.

Dikatakan bahawa jika anda mendengar tentang Reiko Kashima, kemudian dia akan muncul di dalam tandas anda dalam tempoh sebulan. Jaga-jaga, ada yang memerhatikan anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2019/08/ketahui-6-jenis-hantu-jepun-yang-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Jenis Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Mereka Suka

20 Jenis Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Mereka Suka

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 484 hits
Mungkin anda ada kawan atau kekasih hati perempuan dan cadang utk bg hadiah Jadi disini akan dikongsikan jenis yg sesuai utk mereka Ianya akan memberi
10 Koleksi Kisah Hantu Urban Legend Yang Menghantui Setiap Pelajar Di Asrama

10 Koleksi Kisah Hantu Urban Legend Yang Menghantui Setiap Pelajar Di Asrama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 526 hits
1 Dah ingat ke dah tahu Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur Ceritanya macam ni Kat asrama pompuan ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia Satu malam tu ...
12 Jenis Hantu Melayu Yang Popular Dan Sering Kita Dengar

12 Jenis Hantu Melayu Yang Popular Dan Sering Kita Dengar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 695 hits
Pernah tak anda tahu jenis jenis hantu dan kelebihan yang ada pada mereka Kali ini kami membawakan kepada anda 12 jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu di negara kita 1 LangsuirLangsuir adalah sejenis makhluk halus p...
Punca Orang Jepun Suka Sangat Tinggal Di Malaysia

Punca Orang Jepun Suka Sangat Tinggal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 665 hits
1 Kat media sosial heboh pasal orang Jepun puji cara kerajaan Malaysia menangani penularan wabak Coronavirus selepas ia dihighlight oleh Jepun dilihat negara yang maju dalam pelbagai aspek dari sudut pendidikan teknologi infrastruktur dan s...
Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 447 hits
Kalau sebelum ni aku buat topik Sekarang kita reverse topik Negara luar pun ada yang tiru lagu kita Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura Lagu tahun 1994 tu Videoklip dia keluar tahun 1996 Lagu dia kena tiru oleh Korea Lagu OST untuk...
Jangan Ambil Mudah1 3 Kesan Paling Mengerikan Isteri Suka Isap Ke Malu An Suami Setiap Hari

Jangan Ambil Mudah1 3 Kesan Paling Mengerikan Isteri Suka Isap Ke Malu An Suami Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1135 hits
JANGAN Ambil Mudah1 3 Kesan paling mengerikan isteri suka isap Ke malu an suami setiap hari Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang doktor selepas suami itu telah menganggap dia telah diserang penyakit jantung Dia dihantar terus ...
Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 412 hits
Keputusan dan pengumuman yang ditunggu akhirnya sudah tiba Malam ini majlis presiden Pakatan Harapan memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu meletak jawatan dan bersara pada atau sebelum Mei ini Beliau boleh terus memegang jaw...
Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 378 hits
Dari penulis novel sampailah pengarah di Malaysia memang suka meniru Memang bukan semua tapi susah nak cari orang yang boleh hasilkan lagu atau cerita yang bukan ciplak dari luar negara Kita ambil contoh drama Malaysia Sweet Dreams tiru dra...
Minumlah Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil Kalau Tak Suka Paksa Diri

Minumlah Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil Kalau Tak Suka Paksa Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 594 hits
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu Tetapi terpaksalah minum untu...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik