10 Koleksi Kisah Hantu Urban Legend Yang Menghantui Setiap Pelajar Di Asrama


1. "Dah ingat ke, dah tahu?"
Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:

Kat asrama pompuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.

Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki.

Lepas tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat." Lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si 'member' tu pulak tiba-tiba tanya "Dah ingat ke dah tahu....????" Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik dorm dia.

Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siottt! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.

Dipetik dari Facebook Wujud.

2. Ada juga versi yang lebih kurang sama tetapi kali ini berlaku di dalam tandas


3. "Dah ke belum?"


4. Mati terkunci dalam locker
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar. Maybe kawan-kawan dia la kot kunci sebab tak tahu dia ada kat dalam.

Dia cuba panggil kawan-kawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara, pelajar tersebut pun mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Ditambah seram lagi, setiap tengah malam jumaat, akan ada dengar bunyi locker tu diketuk dari dalam.

Tragedi ini dikatakan berlaku di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi.

Dipetik dari www.lekatlekit.com.

5. "Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??"
Hari tu saya mula kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam-malam. Kami saling menemani bila nak terkencing malam-malam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita hantu senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah baritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni.

Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh.

Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul-betul depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun menghadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara

“satu, dua, tiga…“

Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula saya mendaftar di asrama.

Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi

“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“

Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi

“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“

Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2.

“Julia !! Ju.. Julia… Julia !!“

Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap

"Julia dah tidur…“

...dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “PERGI!!!!“ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.

Dipetik dari auntieserampunya.blogspot.my.

Ada juga versi lain yang mengatakan 'benda' itu merupakan seorang nenek kebayan yang suka duduk di atas locker sambil menggoyang-goyangkan kakinya.


6. Roommate jelmaan Jin
Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang Cikgu matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomate*nya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.

Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta *roomate*nya menutup suis lampu. Dengan selamba *roomate*nya mengjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.

Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa *roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.

Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah di*check* didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia.

Kisah ini dikatakan berlaku di UUM di Sintok, Kedah.

Dipetik dari Facebook Wujud.

7. Bilik kosong blok A, tingkat 3, nombor 5
Masa mula-mula orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B tingkat 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A tingkat 3 yang tertutup. Bilik nombor 5. Ada sorang budak tu kata, bilik tu memang dah ditutup since 80’s lagi sebab bilik tu dah ada ‘penghuni tetap’.

Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur.

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit je kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu akan ada kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu.

Nak dijadikan cerita, ada seorang budak ni nama dia Sally, dia duduk di asrama blok C. Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang.

Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong Sally panggilkan anak diorang bernama Nurul di bilik A:2:5, betul-betul bawah bilik yang ditutup tu. So Sally pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni pula terletak in between bilik 5 dan 6. Entah macam mana Sally terlajak naik sampai tingkat 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5.

Tapi yang seramnya, pintu bilik tu terbukak, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban tengah sikat-sikat rambut. Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya,

“Assalamualaikum, Nurul siapa? Parents dia tengah tunggu kat bawah.”

Semua pandang, *then ade sorang jawab “Awak salah bilik, dia bilik bawah.”

Sally jawab “Ohh yeke?? Sorry2..time kasih.”

Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik, dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas iaitu A:3:5, kakak-kakak bilik dia terkejut. Kakak-kakak bilik dia cakap bilik tu kosong dan dah bertahun-tahun tutup. Menangis-nangis Sally bila tau cerita pasal bilik tingkat 3 tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut pula panjang-panjang tak perasan paras mana.

Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik. Tu pasal berkunci.

Dikatakan puncanya disebabkan budak-budak bilik tu dulu gatal pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam lagi. Panggil ustaz azankan depan pintu, tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Huuu seram!

Lokasi, sebuah sekolah agama yang agak popular di Klang. Sally dan Nurul bukan nama sebenar.

Dipetik dari debatmalaysia.com.

8. Makcik Karipap
Okey, cerita ni cukup popular dekat kolej student lelaki. Cerita dia macam ni. Macam biasa bila junior baru masuk, mesti akan ada program orientasi selama beberapa hari. Tujuannya tak lain tak bukan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara junior dan senior.

Nak jadikan cerita, ada satu malam ni budak-budak senior nak buli ada sorang budak junior. *Senior tu suruh si junior tu beli karipap kat tingkat tiga blok D. Dia cakap ada orang jual karipap sedap. Padahal, blok D tu tak pernah wujud pun. Saja nak test budak junior ni. So si senior ni pun gelak-gelak sakan lah apa lagi.

Then tiba-tiba lepas beberapa minit, budak junior tu datang bilik senior tu dengan sebilangan karipap yang disuruh beli kat tingkat 3 blok D yang tak wujud tadi tu. Senior semua pelik dan mula rasa lain macam.

Lepastu diorang tanyalah kat si junior tu mana dia dapat karipap tu. Junior tu cakap, dia beli kat tingkat tiga blok D kat seorang mak cik. Lepastu Mak cik tu siap bagi pesanan kat junior tu,

"Cakap dengan senior awak, jangan buli budak junior tau."

Muka budak-budak senior masing-masing dah bertukar pucat. Rasa terkejut sampai menggigil satu badan. Persoalannya, kalau blok D tu tak pernah wujud, macam mana budak junior tu boleh sampai situ?

Dipetik dari shazrizalshahmy.blogspot.my.


9. Hantu Banduan
Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu. So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.

So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot steps ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot, tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.

Lebih kurang 10 minit jugak katil aku digoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega gila.

Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band (orang kata, bilik ni banyak kisah hantu), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih ragu ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik (adik aku bersekolah di sekolah aku dulu) pasal gangguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Dipetik dari ceritaseramsanasini.blogspot.my.

10. Melati
Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.

Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu)

Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.

Dipetik dari www.pru14.tv.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2019/08/10-koleksi-kisah-hantu-urban-legend.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Hantu Hotel Jelai Pahang Kisah Benar

Cerita Hantu Hotel Jelai Pahang Kisah Benar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1023 hits
Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas Kisah sera...
Ketahui 6 Jenis Hantu Jepun Yang Suka Menghantui Tandas

Ketahui 6 Jenis Hantu Jepun Yang Suka Menghantui Tandas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 647 hits
Jepun mempunyai kepercayaan terhadap makhluk makhluk yang menyeramkan roh roh menakutkan dan hantu hantu yang penuh dendam Di Jepun makhluk makhluk yang menakutkan ini dikenali sebagai Yokai Dalam kepercayaan masyarakat Jepun terdapat pelba...
Inilah Cara Solat Sunat Taubat Agar Setiap Hari Dada Rasa Tenang

Inilah Cara Solat Sunat Taubat Agar Setiap Hari Dada Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 671 hits
Solat taubat kena buat selalu Sampai hati tu rasa lapang Rasa bersih Selepas itu rajin nak beribadat Bila dengar nasihat tu hati macam seronok Tak nak lagi buat dosa dosa lama Haa tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima Solat ni elok b...
Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 450 hits
Apa lagi yang mampu ditulis apabila melihat peritnya seorang isteri melalui pemergian suami tersayang tanpa sebarang tanda Kelilangan aktor kacak Ashraf Sinclair pada pagi semalam benar benar merobek hati isterinya yang juga penyanyi terken...
Bukan Saja Saja Setiap Spot Kita Cium Lain Fungsinya Kena Selalu Kiss Anak Ni

Bukan Saja Saja Setiap Spot Kita Cium Lain Fungsinya Kena Selalu Kiss Anak Ni

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 781 hits
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu meluahkan perasaan sayang kepada anak anak Selain memenuhi permintaan anak kita biasanya akan mencium dan memeluk mereka sebagai tanda kasih sayang Tidak salah untuk mencium anak tetapi bukan semua spo...
Peluk Anak Setiap Hari Tak Menjadikan Anak Manja Tapi Anak Akan Jadi Lebih Bijak

Peluk Anak Setiap Hari Tak Menjadikan Anak Manja Tapi Anak Akan Jadi Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 306 hits
Tahukah anda bahawa pelukan boleh mengubat Tahukah anda pelukan boleh menenangkan perasaan yang dipeluk dan yang memeluk Tahukah anda pelukan boleh menguat ikatan kasih sayang pemeluk dan yang dipeluk Jangan pandang rendah KUASA PELUKAN ia ...
Bapa Syria Ajar Anak Perempuan Untuk Ketawa Setiap Kali Bunyi Bom

Bapa Syria Ajar Anak Perempuan Untuk Ketawa Setiap Kali Bunyi Bom

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 364 hits
Kondisi kehidupan di Syria tidak perlu dijelaskan lagi semua tahu sudah hampir 9 tahun Syria berada dalam kemelut perang saudara Sepanjang tempoh tersebut juga beratus ratus ribu pejuang dan orang awam telah terkorban berikutan pengeboman y...
Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 519 hits
Sejak anak lahir sampailah besar kuasa pelukan ibu bapa paling power untuk anak anak Mereka ini amanah nombor satu dari Allah untuk kita menjaganya sebaik mungkin Sebab itu kita kena selalu ingat apa saja yang elok untuk anak buatlah yang t...
Ydpa Interview Setiap 221 Mp

Ydpa Interview Setiap 221 Mp

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 456 hits
I think this is the most wise idea from YDPA Baginda boleh ambil kira duluan Dun Kedah yang tak ada mana mana parti yang ada majoriti jadi Sultan exerise his power to elect the one that in his oppinion that have the most majority Right now ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip