Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita
Kalau sebelum ni aku buat topik Kenapa Kita Tiru Luar Negara. Sekarang kita reverse topik. Negara luar pun ada yang tiru lagu kita
Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura? Lagu tahun 1994 tu. Videoklip dia keluar tahun 1996
Lagu dia kena tiru oleh Korea. Lagu OST untuk drama terkenal Full House lak tu. Tajuknya "Destiny" dinyanyikan oleh artis Korea bernama Why
Lagu Meniti Hari pada minit 2.00 dan ke atas ditiru oleh lagu Destiny.
Lagu terkenal Amy Mastura pada tahun 1994 diciplak untuk drama Full House pada tahun 2004. Tiru tetap tiru walaupun tak tiru 100% dan takde saman-menyaman kecuali ada bukti menyatakan sebaliknya
Kalau nak sangat tahu pasal saman, teruskan baca. Ada sorang artis tanah air yang berjaya menang saman sebab lagu dia kena ciplak. Siapakah dia
Pernah dengar lagu Iwan berjudul "Yang Sedang Sedang Saja"? Jangan main-main lagu tu pernah kena ciplak jadi lagu hindustan. Lagu Yang Sedang Sedang Saja tu tahun 1997 tiba-tiba ada lagu yang sama tapi dalam bahasa hindustan muncul pada tahun 1999
Lagu dangdut tempatan pun kena tiru. Nampak tak betapa berkualitinya lagu dangdut Malaysia tahun 90-an
Iwan menang saman terhadap penerbit Bollywood, Sanjeev Darshan kerana membuat saduran lagu "Yang Sedang-sedang Saja" tanpa kebenaran untuk filem lakonan Aamir Khan berjudul Mann dimana lagu itu diberi judul "Tinak Tin Tana" dalam bahasa Hindi
Jumlah menang saman Iwan aku tak tahu. Kalau ada yang tahu boleh share melalui komen
Kalau korang tahu ada lagi karya negara kita yang ditiru atau diciplak oleh negara luar tanpa izin, sila tinggalkan komen
P/s : Aku tak suka tengok Amy Mastura melatah sebab nampak fake
SourceIwan Syahman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bebasperibadimu.blogspot.com/2019/08/kenapa-negara-luar-suka-tiru-kita.html