Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun
hi semua, Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun || artikel kali ini mrs pip ingin share tentang faktor trafik blog menurun. Mungkin sudah ramai yang tahu apa yang menyebabkan sesebuah blog itu kehilangan pageviews, namun mungkin saja ada di antara kita yang tidak tahu kenapa blog kita mengalami kehilangan trafik secara tiba-tiba.
Terus terang, melihat kehilangan trafik pada blog yang selama ini trafiknya nampak elok, sangatlah mendukacitakan bagi seorang blogger.
Banyak usaha , kerja keras, masa, tenaga, idea yang dicurahkan untuk membangunkan blog tersebut, namun semuanya terasa seperti sia-sia apabila statistik blog hari demi hari kelihatan menurun, sehingga merasakan ada baiknya untuk menutup sahaja blog kerana rasa kecewa
Blog mrs pip sedang mengalami penurunan trafik / pageviews secara tiba-tiba, tidak diketahui punca sebenar. Pada sekitar pertengahan tahun lepas ketika Google menukar algoritmanya, blog ini juga tidak terkecuali terkena tempiasnya, dan sekali lagi sekitar minggu terakhir bulan Mei tahun ini, blog mengalami penurunan trafik yang sangat ketara
Jadi, ayuh kita rungkai antara faktor yang mungkin menyebabkan masalah penurunan trafik di blog, dan ada diantara sebab-sebab trafik blog turun tidak pernah diketahui oleh mrs pip pun sebelum ini
14 Sebab Kenapa Trafik Blog Menurun / Merosot
1. Bilangan konten diblog yang sedikit / tidak berkualiti
Untuk blog yang masih baru, di mana kontennya sangat sedikit , misalnya kurang daripada 10 artikel, mungkin saja trafiknya berkurangan. Tidak dinafikan, blog yang mempunyai konten yang banyak lebih mudah mendapat trafik berbanding konten yang sedikit
Namun tidak semua blog yang mempunyai konten yang sedikit, maka trafiknya juga sedikit, kerana ada blog yang menulis dengan konten yang baik mampu meraih trafik yang tinggi walaupun bilangan kontennya masih sedikit
Untuk blog mrs pip, konten blog sudah boleh dikira banyak memandangkan blog menyediakan artikel baru dan artikel lama dikemaskini, dan blog ini sudahpun memasuki usia 5 tahun, selain mrs pip sendiri mula memperbaiki cara penulisan artikel sekitar penghujung tahun 2018.
Adakah blog ini tidak menyediakan konten-konten yang berkualiti sehingga trafik jatuh merudum
2. Jarang update artikel
Trafik blog boleh menurun apabila blogger jarang mengupdate artikel di blog. Pelawat setia mungkin merasakan blog sudah dibiarkan lalu mereka beralih ke blog yang lain. Trafik blog mungkin boleh sustain kalau artikel blog ditulis dengan isi-isi yang evergreen yang sentiasa menjadi bahan carian di search engine, namun agak mustahil untuk menulis semua artikel berbaur evergreen kan
3. Jarang mempromosikan artikel blog
Biasanya, ramai blogger yang berkongsi kemaskini artikel terbaru blog mereka di media sosial dan kebiasaannya perkongsian dibuat di Group Facebook atau Facebook Page persendirian.
Tapi tidak semua yang rajin untuk mempromosikan artikel blog kerana kekangan masa untuk melakukannya secara manual, dan ada sesetengah blogger yang blognya tersekat daripada dibenarkan dikongsi di Facebook
Selain itu, bagi blog yang kurang popular seperti blog mrs pip sendiri, untuk mengharapkan organic traffic daripada search engine agak sukar, dan perlu bersaing dengan blog yang mantap dari segi penulisan SEO dan blog ranking, jadi perkongsian URL artikel di media sosial misalnya mampu membantu sedikit sebanyak kenaikan trafik blog
Boleh guna IFTTT untuk auto publish artikel blog di Twitter dan FB Page
4.Penggunaan SEO yang tidak tepat / salah
Bercerita mengenai SEO, ianya ilmu blogging yang sangat panjang untuk dihuraikan. Nampak seperti mudah untuk menerapkan SEO, namun kalau tersilap langkah dalam penggunaan, maka boleh menjatuhkan trafik pada sesebuah blog
Ada beberapa perkara SEO yang harus difahami dengan baik seperti SEO on pages, SEO off pages, White Hat SEO, Black Hat SEO, Grey Hat SEO.
SEO yang baik pada sesebuah blog mampu disukai oleh search engine, jadi blog lebih mudah kelihatan pada halaman utama search engine
Jangan memanipulasikan SEO kerana risau blog dikenakan penalti / sandbox oleh Google
5. Perubahan pada algoritma Google
Tidak dapat dinafikan, Google sentiasa mengubah algoritmanya , sama ada perubahannya dilakukan secara kecil-kecilan mahupun drastik. Dan mengikut apa yang mrs pip baca, Google mengubah algo-nya sehingga mencecah ribuan kali dalam setahun
Agak sukar untuk kita catch-up dengan penukaran algo Google, dan seperti biasa Google akan menasihati pemilik laman web untuk sentiasa memperbaiki konten masing-masing
6. Mengganti template blog / menukar domain
Mengganti template dikatakan boleh membuatkan trafik blog menurun, kerana pada waktu template ditukar, robot (seperti Googlebot misalnya) sedang mengambil masa untuk crawl template terkini, kerana mungkin ada perubahan arahan crawling antara template lama dan template baru, begitu juga dengan menukar domain baru, ianya mengambil sedikit masa untuk diindex
Menggantikan template terbaru, disarankan menggunakan template yang responsive dan user friendly, punya struktur meta-tag yang baik. Dan ada yang menyarankan untuk menggunakan template premium yang berkualiti
Tapi, tidak semua blogger bijak untuk memilih dan memahami apa itu template berkualiti, responsive lagi friendly kan. Ada yang berkongsi pengalaman membeli template premium yang memenuhi kriteria di atas, namun terpaksa menukar ke template percuma kerana masalah trafik semakin menurun dengan template premium. Adakah kerana alasan meta-tag yang tidak baik
Hurm, adakah ini salah satu kenapa blog mrs pip mengalami penurunan trafik kerana menukar template kepada yang premium yang dikatakan mesra SEO dan Adsense?
Dalam membangunkan sesebuah blog, kenalah berani mencuba melakukan perubahan. Sekiranya blog mrs pip masih tidak mampu memperbaiki trafik blog dalam masa 3 bulan ini, mungkin mrs pip kembali saja ke template percuma yang disediakan blogger
7. Penggunaan keyword yang berlebihan
Pemilihan keyword perlulah sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan, dan haruslah memilih keyword yang betul
Ada banyak cara untuk mencari keyword yang sesuai di dalam penggunaan sesebuah artikel, dan mrs pip pun baru tahu teknik pemilihan keyword dan pantang larang penggunaan keyword selepas membaca blog pakar SEO seperti blog Neil Patel, Ahrefs, dan Wordstream
Jangan menggunakan kata kunci yang berulang ulang (stuffing keywords) sehingga menyusahkan search engine untuk memahami artikel blog dan merasakan artikel tersebut adalah spam.
8. Tidak menghantar / salah hantar URL blog untuk diindeks oleh Webmaster
Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai Google Search Console dan kepentingannya dalam memberitahu pembangun blog sekiranya laman web mereka mempunyai masalah untuk diindex oleh search engine
Selain Google Search Console, boleh juga hantar link blog ke Webmaster yang lain seperti Yahoo Webmaster dan Bing Webmaster
Dan jangan lupa untuk mengindex sitemap blog secara berkala untuk memastikan search engine tidak terlepas pandang daripada mengindex isi kandungan blog anda
9. Terdapat broken link pada blog & invalid offer link
Broken link pada blog juga boleh menyebabkan penurunan trafik blog kerana tautan yang ada pada blog tidak lagi valid menyebabkan Google akan triggered yang blog mungkin sudah lama terbiar / tidak lagi berfungsi
Ada banyak sebab bagaimana broken link boleh terjadi pada blog, antaranya
user profile di ruang komen tidak lagi validlive link yang ditinggalkan di ruang komen oleh para pengkomen tidak lagi wujudlink artikel yang sudah terhapus / not found 404link telah diprivatekan dan banyak lagi sebab berlakunya broken link
Penggunaan offer link yang banyak dengan memautkan 'URL keluar' akan membebankan kualiti blog dan sekiranya anda meletakkan offer link, pastikan anda menyambung kepada link yang berkualiti dan boleh dipercayai.
10. Komen Spam
Fuh, berderet komen berbaur spam yang blog mrs pip pernah terima, dan semuanya mrs pip tidak publish, malah dipadam terus untuk mengelakkan masalah risiko pelawat lain dari ter-klik komen spam yang akan membawa mereka ke laman web yang tidak elok
Selain itu, Google sendiri tidak suka sebarang aktiviti spam diblog dan boleh menyebabkan trafik merosot jika dikesan
11. Loading blog yang lambat
Ini sangat straight forward. Kalau loading blog lambat , maka kita boleh kehilangan pengunjung. Zaman sekarang ni, semua mau cepat. Kalau lambat loading, sesaat dua saja terus blog kita dipangkah pengunjung. Malas mahu tunggu loading lama-lama kan
Jadi, apakah blog mrs pip ni loading lembab atau cepat pada kelajuan internet yang maksima? Kena tanya pengunjung blog ni. Cuba kamu komen sikit dulu blog ni laju atau lembap
12. Memasang terlalu banyak iklan
Kalau pasang iklan, biarlah berpada-pada. Jangan pasang iklan yang terlalu banyak sehingga mengganggu pembacaan pelawat blog
Syiok membaca artikel, tiba-tiba ada gangguan iklan sama ada pop-up mahupun iklan bersepah-sepah dalam satu-satu artikel. Selain itu, kalau kebetulan keluar iklan yang sakitkan mata , x-Rated misalnya, nah terus ditutup laman web oleh pengunjung kan
13. Tidak menggunakan HTTPS
HTTP dan HTTPS kelihatan seperti tidak ada perbezaan namun dari segi keselamatan, dan keamanan, maka website lebih baik berlalih menggunakan HTTPS
Dikatakan penggunaan HTTPS lebih selamat kerana mempunyai SSL (Secure Socket Layer) agar komunikasi melalui pelayar web seperti Chrome dan Fox dengan laman web dirahsiakan, encrypted untuk keselamatan penggodam
Kerana ianya lebih selamat, maka boleh menarik trafik ke blog yang menggunakan HTTPS, tetapi mrs pip tertanya-tanya adakah HTTPS mampu menghalang laman web untuk dihack dan di re-directs ke laman web yang lain seperti ke laman web perjudian misalnya
14. Laman web kena HACK!
Yes, seriously blog mrs pip rasanya berjaya di hack oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab! Ada beberapa info yang mrs pip dapat, cara blog dihack adalah apabila URL Blog ada ketikanya akan diarah ke laman web yang kita sendiri tidak pernah tahu dan kenal
Pengalaman mrs pip apabila blog secara tidak semena-mena di re-directs ke laman CDNGATEAWAY.NET, dan selang beberapa saat kemudian, CDNGATEAWAY ini akan membuka laman web perjudian, atau laman web spam iklan Celcom misalnya
Ada kenalan mrs pip yang memberitahu apabila mereka membuka blog ini, mereka akan mendapat notifikasi bahawa blog ini mengandungi TROJAN!
Sebelum ini, mrs pip mengunakan template percuma dari 3rd party dan mungkin juga template tersebut mengandungi script yang membenarkan blog di spam / di hack / ada malware dan sebagainya
Untuk plugin pula, mrs pip pernah menggunakan 3rd party plugin untuk meletakkan link gambar instagram di blog, dan kemungkinan juga ada script yang tidak sepatutnya disertakan
Untuk iklan pula, mrs pip tidak pernah meletakkan sebarang iklan lain melainkan iklan adsense di blog
Dan buat masa sekarang, agak sukar untuk mrs pip kenal pasti bagaimana blog terkena hack.
Menurut seorang blogger otai yang mrs pip tanya (sudah agak lama blogger ini tidak menulis di blog) mengenai kejadian pelik blog yang secara tiba-tiba boleh redirects ke laman web yang tidak seharusnya, dia menasihati untuk menukar kata laluan blog (password) , dan melaporkan hal tersebut ke hosting provider
Memandangkan hosting provider ialah Blogger (aka Google), jadi mungkin saja mrs pip akan membuat aduan /pertanyaan ke blogger community dalam masa yang terdekat
Selain itu, disebabkan redirects pelik ini juga memungkinkan kenapa URL blog mrs pip disekat oleh Facebook dan Instagram
Dalam banyak-banyak sebab kenapa trafik blog boleh turun, mrs pip sangat yakin faktor ke-14 inilah yang menyebabkan trafik blog semakin susut. Tiada sesiapa yang berminat untuk rasa ditipu apabila laman web yang ingin dibuka tiba-tiba bertukar ke laman web yang meragukan
Kalau dilihat di statistik dashboard blogger, Google seakan-akan tidak crawl blog mrs pip dan kebanyakkan trafik (top referrers) yang datang adalah dari tempat lain yang tidak dinyatakan sumbernya
Untuk artikel akan datang, Insya Allah mrs pip akan share kepada anda bagaimana untuk memeriksa / mengetahui blog berada dalam keadaan meragukan.
Kalau mengikut pemeriksaan di Google Developer, blog kelihatan tidak bermasalah, namun tidak kalau diperiksa dilaman web yang menyediakan pemerikasaan anti spamming / malware, blog menerima amaran tidak selamat untuk dikunjungi.
Pada saat artikel ini ditulis, mrs pip sudah pun menukar password blog seperti yang disarankan, dan menggunakan 2 step verification untuk login ke akaun Google, selain menukar email back up yang baru
Kalau ada sesiapa yang ada maklumat bagaimana untuk hilangkan redirects merapu CDNGATEAWAY tu, tolong bagitau / share dengan mrs pip ya.
Doakan blog mrs pip kembali pulih seperti sediakala dan semoga trafik meroket dengan baik, amin
Semoga entry ini memberi manfaat untuk semua
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/06/ketahui-sebab-punca-kenapa-trafik-blog-menurun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)