Sikap Over Confident Punca Utama Temuduga Kerja Kerajaan Gagal


As Salam,Sikap "Over Confident " Punca Temuduga Kerja Kerajaan Gagal-Yup.Tentu ramai yang tidak percaya bila saya katakan begitu.Tetapi dengan pengalaman sendiri, saya yakin sikap terlalu yakin atau over confident antara punca utama tiga kali temuduga kerja kerajaan yang saya hadiri menemui kegagalan







Jika anda pembaca setia blog ini, mungkin sedikit sebanyak anda mengenali saya.Jika anda New Visitor di Blog ini, saya ingin perkenalkan diri, saya merupakan seorang Guru.Saya memulakan kerjaya guru hanya pada usia 32 tahun, selepas mendapat tawaran mengikuti KPLI pada tahun 2010.Ketika itu saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata

Sedikit gambaran sebelum saya teruskan cerita ini, saya sebenarnya telah cuba memohon untuk menjadi Guru sejak usia 19 tahun, ketika itu sedang belajar dalam tingkatan 6 Atas di salah sebuah menengah di Kota Tinggi, Johor.Masa tu, memang ramai guru kami yang memberi semangat dan motivasi, berada di tingkatan 6 ni ibarat sebelah kaki kita dah berada di Universiti.Zaman 90-an dulu, berjaya menjejak kaki ke universiti merupakan antara hal yang menjadi kebanggaan keluarga dan diri sendiri

Namun pada masa sama, ada juga guru yang memberi galakan supaya kami memohon peluang belajar di Maktab Perguruan, kerana selepas tamat pengajian di maktab, sah-sah pekerjaan sudah menanti kami.Kerja dengan gomen (goverment) pulak tu.Bakal mak mertua mana yang tak sayang kann.hehe

Dapatkan Tips Menjawab Ujian Psikometrik di SINI-Klik gambar-
Jika dihitung, sejak tahun 1996 saya sudah  menghadiri ujian temuduga dan Ujian Psikometrik ( zaman saya ambik ujian tu dipanggil Ujian INSAK ).Kali pertama ambik Ujian INSAK ni memang failed.Masa tu tak fikir dan tak serius pun.Confident je lebih.Rezeki takde kat situ.Alhamdulillah, saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. 
Tamat pengajian di universiti, saya terus mohon jadi guru sandaran tidak terlatih.Pergi PPD Kota Tinggi, bawak surat berlipat dan bersampul (biru merah) dengan bertulis tangan.Masa tu kalau nak apply jadi guru sandaran memang kena mohon dengan tulisan tangan.Kalau ikutkan memang tulisan tangan saya lawa (kiki).Tapi tulah, confident punya pasal, datang interview, lengang kangkung je.Tak bawak sijil bagai.Pakaian pula tak berapa kemas.Bila saya kenang semula waktu ini, saya tahu saya memang tidak sungguh-sungguh dengan temuduga tersebut sebab saya ambil mudah dan anggap kerja guru "tidak memerlukan pelbagai usaha gigih"-Buku lengkap tentang Panduan Menjawab Ujian Psikometrik-Klik Untk dapatkan Tips-
Sementara mendapat pekerjaan yang sesuai dengan degree yang saya perolehi semasa di universiti, saya jadi guru di salah sebuah sekolah swasta di Bandaraya Johor Bahru.Sambil bekerja, tetaplah saya mohon juga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi membolehkan saya menjadi guru di sekolah kerajaan. Seingat saya, dalam tempoh tersebut dalam 3 hingga 4 kali saya mohon, sebelum mengakhiri zaman bujang saya

Kali ini, saya buat persediaan lebih sikit memandangkan kami diberi makluman supaya bersedia dengan pelbagai dokumen, input-input temuduga dan juga ujian Insak (Ujian Psikometrik ) sekali lagi.Ujian yang bagi saya lebih kurang sahaja soalan-soalannya setiap kali saya jawab.Waktu ini, saya anggap Ujian Psikometrik tu tak penting.Rupanya saya silap!
Selepas saya mengikuti Ujian Psikomterik kali terakhir sekitar tahun 2009, barulah saya tahu bahawa yang menentukan kita mendapat pekerjaan dalam sektor awam, bukanlah semata-mata daripada temuduga yang kita hadiri, malah kebanyakan calon yang memohon kerja kerajaan gagal dalam permohonan mereka selepas tersingkir melalui saringan Ujian Psikomterik.
Apakah Sebenarnya Ujian Psikometrik ?Ujian Psikometrik kini menjadi salah satu kewajipan kepada semua pemohon jawatan di sektor awam.Ujian ini mengukur pola-pola berfikir dan tindakan serta tabiat seseorang dalam menghadapi atau berhadapan dengan situasi tertentu.Dengan skor yang kita perolehi, ia menentuka  kita layak atau tidak bekerja di sektor kerajaan.Dengan skor tersebut juga, para penemuduga sudah dapat kenalpasti kita ni jenis pekerja yang macam mana.
Saya pula lepas temuduga yang terakhir untuk mendapat KPLI apabila membaca mengenai saranan dan input serta tips daripada beberapa laman web yang berkaitan kerjaya di sektor kerajaan

Betullah.Kita ni, kalau tak mahu ubah nasib dan cara kita berfikir, akan jadi macam tu sahajalah nasib kita.Di takuk lama.Pengalaman saya, selepas berjaya melepasi temuduga dan menjawab dengan cara yang betul dalam Ujian Psikometrik, barulah saya nampak, untuk berjaya, kita perlu berubah.Ibaratnya, nak dapat hasil yang berbeza, usaha juga perlu berbeza :)
Memandangkan saya berjaya dengan perkongsian tips dari Team Kerjaya ini, saya juga ingin cadangkan supaya anda yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam, terlebih dahulu khatam Rujukan Ujian Psikomterik- 
Sikap Over Confident seperti yang pernah saya lakukan dahulu rupanya batu penghalang yang menyebabkan saya harus menunggu bertahun-tahun untuk melepasi kelayakan dipanggil mengikuti KPLI.Pada masa sama, rakan yang sebaya saya, yang sudah melepasi ujian itu, kini sudah senior 8 tahun dari saya.Ruginya masa dan seniority!
Cukuplah saya melalui pelbagai "halangan yang saya cipta sendiri" kerana kesombongan, kemalasan untuk berusaha dan berubah-Bagi diri anda, beri peluang diri sendiri untuk mencipta kejayaan dan "berusaha lebih sikit" jika mahu mendapat hasil yang "lebih sedikit" dari orang lain

Tips dan Rahsia Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan-Klik Untuk Dapatkan Tips
Saya kongsikan sekali lagi, tips dan perkongsian terbaik dan terlengkap berkaitan Ujian Psikometrik dan juga Tips Temuduga kerja Kerajaan sekiranya anda memerlukan.Boleh share dengan rakan lain jika mereka memerluka  tips dan panduan yang sama :)
Tips Penting Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Yang Mudah Dan BetulTips Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan Supaya Lebih Berkeyakinan
Harapan saya, semoga apa sahaja yang kita usahakan sama ada untuk mendapat pekerjaan yang baik atau mencapai sesuatu impian atau target dalam hidup kita, jangan sesekali ada sikap terlalu yakin tanpa iringan usaha dan tawakal kepada Allah.Jangan amalkan sikap sambil lewa dan ambil mudah semua perkara. Orang berjaya tidak lahir dari sangkar emas melainkan ada keringat peluh, keazaman dan kemahuan untuk menjadikan hidup lebih bermakna dan diberkati

Selamat Mengubah Hidup, Jika Tidak Kita yang Mulakan, Siapa lagi yang akan buat untuk kita
Terima kasih membaca post ini hingga selesai-Andalah Pemenang sebenar







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/sikap-over-confident-punca-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja

18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 309 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja Sering gagal dalam setiap kali temuduga Sudah berpuluh puluh temuduga kerja dihadiri tetapi tiada satu pun yang melekat Jangan risau ini adalah 18 Seb...
Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 282 hits
Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan Sekarang ini macam macam panduan kerja boleh didapati di media Sana sini ramai yang mencari Walaupun temuduga masih ditunda tarikh Namun persiapan untuk menghandiri temuduga perlu anda titikberatkan ...
Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 348 hits
Pada 23 Mei 2020Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli dan Iskandar Fareez pada Jumaat 22 Mei 2020 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri Keput...
Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 314 hits
PH nak kembalikan sokongan rakyat hanya satu cara iaitu Mahathir kena disingkirkan Anwar menjadi pemimpin yang utama tanpa campurtangan sesiapa Kajian yang dikemukan oleh DAP kepada PKR dalam pertemuan beberapa pimpinan utama DAP dengan Anw...
Tak Payah Cakap Banyak Kerajaan Mahathir Sudah Gagal

Tak Payah Cakap Banyak Kerajaan Mahathir Sudah Gagal

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 362 hits
Najib Razak Secara jujur saya tak gemar usik hal orang lain terutamanya orang yang pernah ada jasa pada saya dan lebih tua berbanding saya Setiap pemimpin negara juga pernah ada jasa pada negara Akan tetapi kini dunia dan Malaysia menghadap...
20 Kakitangan Kerajaan Diberi Kerja Di Rumah

20 Kakitangan Kerajaan Diberi Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 351 hits
20 kakitangan kerajaan diberi kerja di rumah ARAHAN bekerja dari rumah untuk penjawat awam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih kekal hingga hari ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini kera...
Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 274 hits
Astro Awani Usaha pencegahan COVID 19 di tempat kerja akan menjadi sia sia jika tiada langkah sama diamalkan di tempat penginapan pekerja asing Gambar fail PUTRAJAYA Penginapan sempit dan amalan kebersihan diri yang kurang memuaskan menjadi...
Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 342 hits
Leman Raja Lawan Pembalakan Hutan Simpan Tasik Pedu suatu masa dulu Bukti Kerajaan PAS Kedah Tak Mampu UrusTadbir Negeri Rakyat Negeri Kedah pernah membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah suatu masa dulu dimana masa tu Sanusi selaku Setpol ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik