Ziarah Raya Dipercayai Punca Kluster Baharu Covid 19 Disebuah Pangsapuri






Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu kluster baharu di pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster berkenaan dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.



"Bagaimanapun, melalui penyiasatan dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz itu yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.



"Sehingga kini, terdapat enam kes dalam kluster ini iaitu tiga kes membabitkan penghuni pangsapuri dan tiga kes lain di luar kawasan pangsapuri.



"Mereka dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection)," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.



Beliau berkata, kes positif kluster itu membabitkan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan.



Menurutnya, punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan Covid-19 berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.



"Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat bagi enam kes dijalankan. Setakat ini seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring.



"Daripada jumlah itu, enam kes positif, 76 kes adalah negatif dan 38 masih menunggu keputusan.



"Selain tindakan Active Case Detection yang mula dilaksanakan di pangsapuri berkenaan, beberapa langkah kawalan penularan turut giat dijalankan antaranya pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyah kuman dan nyah cemar, hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan Covid-19," katanya.



Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat meskipun Syawal dan sambutan Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan, diadakan rumah terbuka dan perhimpunan secara beramai-ramai, masyarakat masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ia dilarang sama sekali dan orang ramai digesa supaya elakkan aktiviti kunjung-mengunjung.
Sumber: Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/585202/aktiviti-ziarah-aidilfitri-punca-kluster-pangsapuri-cheras-metrotv

Marilah sama-sama kita berdoa semoga tiada lagi kluster yang akan muncul.
PKP adalah sesuatu yang ingin kita elakkan kerana ramai yang terputus punca rezeki kerana PKP.
Selagi kita mematuhi SOP kita pasti mampu memutuskan rantaian Covid-19 ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2020/06/ziarah-raya-dipercayai-punca-kluster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Kampung Sungai Kui Catat 11 Kes Baharu Covid 19

Kluster Kampung Sungai Kui Catat 11 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 366 hits
SHAH ALAM 22 MEI Terdapat 11 kes baharu positif Covid 19 dikesan berlaku bagi kluster Kampung Sungai Lui Hulu Langat sehingga tengah hari ini kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruh...
Terkini Kkm Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif

Terkini Kkm Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 336 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat satu kluster baharu Covid 19 telah dikenal pasti di negara ini iaitu Kluster Pangsapuri Cheras Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasmi KKM kluster tersebut adalah daripada penularan rak...
Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berpunca Dari Aktiviti Kunjung Mengunjung Sebelum Pada Hari Raya Kkm

Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berpunca Dari Aktiviti Kunjung Mengunjung Sebelum Pada Hari Raya Kkm

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 210 hits
Kemunculan kluster baharu Covid 19 di Pangsapuri Cheras kemungkinan bear adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia kes pertama dikesan hasil d...
Tiga Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Di Pahang

Tiga Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Di Pahang

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 310 hits
Terdapat tiga kluster baharu dikesan di Pahang melibatkan sebuah ladang di Bera kilang papan di Maran dan sebuah syarikat pembinaan di Maran Merujuk jadual Laporan Kluster COVID 19 Yang Aktif Di Malaysia terdapat tujuh kes di ladang di Bera...
Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 236 hits
Astro Awani Usaha pencegahan COVID 19 di tempat kerja akan menjadi sia sia jika tiada langkah sama diamalkan di tempat penginapan pekerja asing Gambar fail PUTRAJAYA Penginapan sempit dan amalan kebersihan diri yang kurang memuaskan menjadi...
Tiada Kematian Covid 19 Kes Baharu 15

Tiada Kematian Covid 19 Kes Baharu 15

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Tiada kematian Covid 19 dilaporkan hari ini manakala kes baru pula menurun daripada 3 angka kepada 2 angka Angka korban kekal pada 115 orang sementara 15 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 7 619 orang dijangkiti C...
2 Kes Baharu Covid 19 Dari Daerah Ranau Diklasifikasi Sebagai Kes Import Dari Sarawak

2 Kes Baharu Covid 19 Dari Daerah Ranau Diklasifikasi Sebagai Kes Import Dari Sarawak

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 275 hits
2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import COVID 19 2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import Kes positif COVID 19 terbaharu bagi daerah Ranau semalam dikategorikan sebagai kes import kerana telah ...
Covid 19 Kes Melebihi Tiga Angka 172 Kes Baharu

Covid 19 Kes Melebihi Tiga Angka 172 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 351 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 172 kes baharu yang dilaporkan lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 25 Mei Kes positif baharu Covid 19 di Mala...
Covid 19 Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu

Covid 19 Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 315 hits
Dunia menyaksikan 5 5 juta angka Wabak COVID 19 saat umat Islam menyambut AidilFitri Di Asia pula berjumlah 960 418 kes Sementara di Malaysia pula berjumlah 7 245 kes Berikut adalah data data penting kes Wabak COVID 19 di peringkat Global T...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch