Ketahui 10 Penyebab Utama Jantung Menjadi Besar


Ketahui 10 Punca Utama Jantung Menjadi Besar || Pertama kali aku baca dan ambil tahu. Oleh sebab itu, aku nak share info ni bersama-sama. Moga dihindarkan daripada segala yang membahayakan ini. Amin.
Pernahkah anda dengar mengenai penyakit jantung membengkak? Jantung bengkak atau cardiomegaly bukanlah sejenis penyakit dan selalunya berlaku disebabkan kondisi lain. Namun, apakah punca jantung bengkak?
Terma cardiomegaly merujuk kepada saiz jantung yang semakin membesar atau membengkak. Ia dapat dikesan ketika melakukan ujian X-ray.
Walau bagaimanapun, punca jantung bengkak perlu diperiksa dengan lebih lanjut menggunakan beberapa ujian lain.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai penyakit jantung bengkak serta puncanya? Mari ikuti penjelasan kami di bawah.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.
Apakah maksud jantung bengkak?
Seperti namanya, jantung membengkak (cardiomegaly) bermaksud saiz jantung yang lebih besar daripada normal.
Untuk pengetahuan anda, jantung boleh membesar jika otot bekerja dengan kuat sehinggakan ia menebal dan kamar jantung membesar.
Jantung membengkak boleh berpunca daripada stres jangka pendek terhadap badan seperti kehamilan, atau penyakit seperti lemah otot jantung, penyakit arteri koronari, masalah injap jantung dan aritmia.
Jantung boleh membengkak dengan dua cara:
Dilatation – Dinding jantung menjadi nipis dan lemah ketika jantung menjadi semakin besar. Pembengkakan jantung jenis ini boleh menyebabkan kegagalan jantung.Hypertrophy– Dinding jantung membengkak dan menyebabkan jantung menjadi kurang efisien. Kondisi ini sering terjadi kepada atlet dan wanita mengandung yang menggunakan jantung secara berlebihan.Punca jantung bengkakSebenarnya, ada banyak punca di sebalik penyakit ini. Antaranya ialah:
1. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu punca jantung bengkak. Penyakit ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat ke seluruh badan dan menyebabkan otot jantung menjadi tebal.
Selain itu, hipertensi juga boleh menyebabkan ventrikel kiri untuk membesar dan menyebabkan otot jantung menjadi lemah. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan kamar jantung bahagian atas menjadi besar.
2. Penyakit injap jantung
Di dalam jantung kita, terdapat 4 injap yang berfungsi untuk memastikan darah mengalir mengikut arah yang betul.
Walau bagaimanapun, jika injap ini tercedera oleh kondisi seperti demam reumatik, jangkitan, degupan jantung tidak tetap (aritmia), rawatan kanser atau ubat-ubatan tertentu, jantung anda berisiko untuk membengkak.
Bukan itu sahaja, injap yang tidak berfungsi dengan baik juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul. Oleh sebab itu, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat daripada biasa.
3. Kardiomiopati
Penyakit ini menyebabkan jantung anda mengalami kesukaran untuk mengepam darah ke seluruh badan. Lama-kelamaan, jantung anda akan semakin membesar untuk mengepam lebih banyak darah.
Selalunya, pesakit akan alami simptom seperti sesak nafas dan buku lali membengkak. Pesakit juga mungkin akan alami pening kepala dan juga sakit dada.
4. Hipertensi pulmonari
Hipertensi pulmonari merupakan tekanan darah tinggi di dalam arteri yang menghubungkan organ jantung dan juga paru-paru.
Penyakit ini menyebabkan jantung perlu mengepam darah dengan lebih kuat di antara jantung dan juga paru-paru. Akibatnya, bahagian kanan jantung anda mungkin akan membengkak.
5. Penyakit arteri koronari
Individu yang mengalami kondisi ini mempunyai plak lemak dalam kawasan arteri yang boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan sakit jantung.
Apabila satu bahagian otot pada jantung mati, jantung anda terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.
Lama-kelamaan, jantung akan membengkak kerana terpaksa bekerja dengan lebih keras.
6. Penyakit tiroid
Kedua-dua jenis penyakit tiriod iaitu hipertiriodisme dan hipotiriodisme boleh menyebabkan masalah jantung yang membuatkan jantung membengkak.
Jika kondisi ini tidak dirawat, penyakit tiroid boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol dalam darah, degupan jantung tidak teratur dan jantung membengkak.
7. Pernah mengalami serangan jantung
Jantung manusia boleh menjadi lemah selepas terkena serangan jantung. Oleh sebab itu, otot yang lemah mungkin akan membengkak atau membesar untuk terus berupaya mengepam darah ke seluruh badan.
8. Obesiti
Mempunyai terlalu banyak lemak badan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Seperti yang dijelaskan di atas, tekanan darah tinggi merupakan salah satu punca utama jantung membengkak.
9. Kurang bersenam

Mereka yang mempunyai gaya hidup sedentari lebih berisiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit arteri koronari dan juga tekanan darah tinggi.
Semua penyakit ini akan meningkatkan risiko jantung membengkak pada masa hadapan.
10. Umur yang kian meningkat
Apabila kita semakin tua, arteri kita akan kehilangan keanjalannya.
Apabila salur darah ini jadi semakin ‘keras’, mudah untuk kita mengalami tekanan darah tinggi yang juga merupakan salah satu faktor utama jantung membengkak.
KesimpulanJika anda mempunyai sejarah keluarga mengenai penyakit jantung bengkak seperti kardiomiopati, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Kondisi ini dapat dirawat dan dielakkan jika ia dikesan dengan lebih awal.
Untuk mengelakkan penyakit jantung bengkak, pastikan anda menjauhi faktor risiko penyakit ini seperti amalan merokok, mempunyai tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan juga diabetes.
Pastikan anda makan secara sihat dan selalu bersenam.
Mengawal tekanan darah tinggi dengan diet, senaman dan ubat-ubatan juga boleh mengelakkan anda daripada mengalami masalah jantung membengkak pada masa hadapan.







INFO : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/04/ketahui-10-penyebab-utama-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 187 hits
V AnbalaganPUTRAJAYA Sejumlah besar pinjaman bernilai RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada dana persaraan kerajaan mungkin dicuri tetapi laporan polis tidak dibuat mengenainya hujah peguam ketika prosiding melibatkan rayuan ...
Dari Kecil Hormatkan Ibu Dah Besar Dia Akan Pandang Wanita Dengan Martabat

Dari Kecil Hormatkan Ibu Dah Besar Dia Akan Pandang Wanita Dengan Martabat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 416 hits
Tugas membesarkan anak tidak mudah Namun untuk mendidik dan memastikan mereka membesar menjadi insan yang baik adalah lebih sukar Ada yang mengatakan banyak cabaran untuk membesarka anak perempuan tapi sebenarnya anak lelaki juga sama Tamba...
Suri Nusantara Jaya Importir Besar Daging Sapi Di Indonesia

Suri Nusantara Jaya Importir Besar Daging Sapi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 430 hits
Mendekati bulan Ramadhan dan Lebaran kebutuhan masyarakat akan daging seperti biasanya akan selalu mengalami peningkatan hingga dua kali lipat Kondisi sudah menjadi hal umum sejak zaman dulu Bicara harga sudah pasti harga daging menjelang p...
Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 425 hits
Endrian LiApabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu menyatakan secara spesifik bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti iaitu 1 Negeri negeri Malaya 3 Negeri SingapuraTiga enti...
Filem Godzilla Vs Kong Catat Kutipan Besar Di Musim Pandemik

Filem Godzilla Vs Kong Catat Kutipan Besar Di Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 290 hits
Filem Godzilla vs Kong berjaya mencatatkan kutipan sebanyak AS 48 5 juta dalam tempoh lima hari pertama tayangannya Nampaknya filem Godzilla vs Kong berjaya mengharungi musim pandemik Covid 19 dengan kutipan besar sebanyak AS 32 juta sepanj...
Hiburan Pakai Contact Lense Ke Anak Mata Besar Semula Jadi Puteri Sarah Kongsi Foto Ketika Kecil

Hiburan Pakai Contact Lense Ke Anak Mata Besar Semula Jadi Puteri Sarah Kongsi Foto Ketika Kecil

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 268 hits
Pelakon cantik yang kini semakin aktif berlakon Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan sebuah foto yang memaparkan dirinya pada waktu kecil dahulu di Instagram View this post on InstagramAdvertisementYang menarik perhatian peminat apabila mat...
Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 210 hits
Dia sebut No Anwar No DAP dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan Yang sebenarnya dia hanya mahu No Bersatu kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di amban...
Ecrl 3 0 Kerajaan Pn Pembuli Besar Anaktirikan Negeri Sembilan

Ecrl 3 0 Kerajaan Pn Pembuli Besar Anaktirikan Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 185 hits
Exco Negeri Pakatan Harapan menempelak tindakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang tetap mahu melaksanakan projek Landasan Keretapi Pantai Timur menggunakan jajaran utara seperti yang pernah dicadangkan ketika zaman pentadbir...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara