Ketagihan Air Ketum Boleh Sebabkan Kemurungan Pakar Psikiatri


Ketagihan seseorang individu terhadap pengambilan ‘jus ketum’ atau air ketum boleh mengakibatkan kemurungan sekali gus menjejaskan kualiti hidup mereka untuk jangka masa panjang, kata pakar psikiatri di Hospital Pantai, Sungai Petani.
Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah berkata walaupun kajian mendapati bahan ‘Mitragynine’ dan ‘7-Hydroxymitragynine’ yang terkandung dalam daun ketum mampu merangsang sistem otak manusia untuk berasa gembira dan teruja, namun ia hanya berkesan dalam tempoh masa pendek.
Menurut beliau, pengambilan air ketum secara berlebihan dan berpanjangan akan menyebabkan seseorang individu itu menjadi ketagih sehingga mereka boleh mengalami kemurungan sekiranya tidak meminum air ketum.
“Dua bahan ini akan buat seseorang itu rasa gembira, teruja dan mahu bersosial. Ia membuatkan mereka rasa seronok untuk jangka masa pendek. Apabila rasa seronok, mereka akan sentiasa ulang dan terus minum secara berterusan sehingga muncul ketagihan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Mohammad Farris berkata ketum sememangnya memiliki potensi untuk mengubati kemurungan, antikeradangan dan ubat penenang, namun pengambilan secara kerap dan berlebihan hanya mengundang kesan negatif kepada seseorang individu itu untuk jangka panjang.
Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikiatri Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia itu juga menarik perhatian bahawa kemurungan disebabkan ketagihan ketum bagaimanapun tidak menjadikan individu itu agresif sehingga mencederakan orang lain atau diri sendiri.
“Setakat ini belum ada kes mahupun hasil kajian menunjukkan kesan ketagihan ketum ini boleh menyebabkan seseorang itu boleh sakit mental ataupun boleh bunuh diri. Ia berlainan dengan pengambilan ganja yang boleh buat seseorang itu jadi skizofrenia,” katanya.
Dr Mohammad Farris berkata meskipun kesan pengambilan ketum tidak seteruk pengambilan ganja, namun orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terjebak meminum air ketum walaupun dengan alasan untuk dijadikan sebagai ubat tradisional.
“Ketum orang selalu sebut sebagai ubat tradisional tetapi mereka tidak sedar kalau digunakan dalam kuantiti yang banyak dan juga kronik, ia boleh jadi ketagih dan ketagihan jadi akan lebih teruk kalau mengambil empat gelas atau lebih dalam sehari,” katanya yang turut menjelaskan pengambilan air ketum boleh menjejaskan fungsi jantung.
Dalam pada itu, Dr Mohammad Farris berkata ketagihan ketum boleh dirawat melalui ubat-ubatan dan psikoterapi serta ubat paling bersesuaian yang kurang kesan sampingan untuk memulihkan penagih ketum ialah ‘Suboxone’.
Sehubungan itu, beliau meminta penagih ketum tampil mendapatkan rawatan sebaiknya dengan pakar dalam kadar segera untuk memastikan ketagihan mereka tidak kronik sekali gus mereka boleh menjalani kehidupan biasa secara normal.
“Ketagihan ketum boleh dipulihkan, tetapi ada risiko untuk mereka mengambil semula ketum. Namun, jika penagih ketum ini ambil ubat dan jalani proses psikoterapi dengan berkesan, mereka boleh pulih dan hilang kebergantungan kepada jus ketum ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Ketagihan Air Ketum Boleh Sebabkan Kemurungan – Pakar Psikiatri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/15/ketagihan-air-ketum-boleh-sebabkan-kemurungan-pakar-psikiatri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Ketum Ada Potensi Ubati Kemurungan Boleh Sebabkan Kemurungan

Air Ketum Ada Potensi Ubati Kemurungan Boleh Sebabkan Kemurungan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 366 hits
Ketagihan seseorang individu terhadap pengambilan jus ketum atau air ketum boleh mengakibatkan kemurungan sekali gus menjejaskan kualiti hidup mereka untuk jangka masa panjang kata pakar psikiatri di Hospital Pantai Sungai Petani Dr Mohamma...
Panduan Daftar E Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

Panduan Daftar E Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 709 hits
Daftar E Bil Air Selangor Dan Boleh Menang Kereta Ramai yang berkeluh kesah tentang bil elektrik yang naik mendadak dan tak kurang juga yang bercakap pasal bil air selangor semasa PKP ni pun agak tinggi juga Jadinya saya pun nak berkongsi s...
Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 985 hits
Gigi macam dalam gambar ni memang ramai sangat anak anak yang datang ke klinik gigi seperti ini Nampak macam normal sebab kebanyakkan budak budak ada pattern gigi seperti ini Ini BUKAN NORMAL ini sangat tak bagus dan perlu dicegah daripada ...
Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 517 hits
Seorang lelaki ditahan ketika sedang menjinjing sebuah baldi berisi 10 bungkus air ketum di sebuah rumah di Jalan Padang Serai Batu 6 Lunas di sini semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata lelaki...
Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 248 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 625 hits
Betul ke Botol berisi air sirap boleh elakkan kucing kencing di pokok bunga Hari hari memang umi suka menjengah pokok bunga umi tu sebelum masuk rumah Kalau The post appeared first on
Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh Untuk Kurangkan Perit Tekak Batuk Berkahak Boleh Cuba

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh Untuk Kurangkan Perit Tekak Batuk Berkahak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 332 hits
Mengalami perit tekak atau batuk berkahak memang tak selesa Biarpun sudah minum banyak air masak tetap terasa sakitnya Nak bercakap pun tak keluar suara Sekiranya anda mengalami masalah ini bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Dengan h...
Bantu Suami Kurangkan Ketagihan Merokok Buatkan Air Halba Untuk Dia Minum Senang Je Resipinya

Bantu Suami Kurangkan Ketagihan Merokok Buatkan Air Halba Untuk Dia Minum Senang Je Resipinya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 273 hits
Bukan sahaja ketika berpantang atau menyusukan bayi penggunaan halba juga digalakkan pada waktu waktu lain Halba mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan secara semulajadi Selain membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan halba juga di...
The World Of The Doctor Jeon Mido Mahu Lee Moosaeng Jadi Pakar Psikiatri Dalam Musim Kedua Hospital Playlist

The World Of The Doctor Jeon Mido Mahu Lee Moosaeng Jadi Pakar Psikiatri Dalam Musim Kedua Hospital Playlist

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 322 hits
Dek kepopularitian Hospital Playlist semakin ramai peminat K Drama yang mula mengenali para pelakon yang tidak dikenali di dalamnya seperti Jeon Mi do Siapa sangka wanita yang hanya aktif dalam muzikal sebelum ini mampu menjayakan watak sem...
All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Manfaat Flyers Untuk Pemasaran Tempatan Yang Berkesan

Mengapa Memilih Bahan Percetakan Berkualiti Untuk Perniagaan Anda

Ucapan Kepada Saudara Dan Sahabat Yang Akan Pergi Menunaikan Haji

Apa Itu Wang What Is Money

Zamree Sendiri Kesepian Chord

Eda Ezrin Nyut Nyut Saye Sengoti Chord