Air Ketum Ada Potensi Ubati Kemurungan Boleh Sebabkan Kemurungan


Ketagihan seseorang individu terhadap pengambilan ‘jus ketum’ atau air ketum boleh mengakibatkan kemurungan sekali gus menjejaskan kualiti hidup mereka untuk jangka masa panjang, kata pakar psikiatri di Hospital Pantai, Sungai Petani.

Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah berkata walaupun kajian mendapati bahan ‘Mitragynine’ dan ‘7-Hydroxymitragynine’ yang terkandung dalam daun ketum mampu merangsang sistem otak manusia untuk berasa gembira dan teruja, namun ia hanya berkesan dalam tempoh masa pendek.

Menurut beliau, pengambilan air ketum secara berlebihan dan berpanjangan akan menyebabkan seseorang individu itu menjadi ketagih sehingga mereka boleh mengalami kemurungan sekiranya tidak meminum air ketum.


“Dua bahan ini akan buat seseorang itu rasa gembira, teruja dan mahu bersosial. Ia membuatkan mereka rasa seronok untuk jangka masa pendek. Apabila rasa seronok, mereka akan sentiasa ulang dan terus minum secara berterusan sehingga muncul ketagihan,” katanya ketika ditemui Bernama di Sungai Petani, baru-baru ini.


Dr Mohammad Farris berkata ketum sememangnya memiliki potensi untuk mengubati kemurungan, antikeradangan dan ubat penenang, namun pengambilan secara kerap dan berlebihan hanya mengundang kesan negatif kepada seseorang individu itu untuk jangka panjang.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikiatri Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia itu juga menarik perhatian bahawa kemurungan disebabkan ketagihan ketum bagaimanapun tidak menjadikan individu itu agresif sehingga mencederakan orang lain atau diri sendiri.

“Setakat ini belum ada kes mahupun hasil kajian menunjukkan kesan ketagihan ketum ini boleh menyebabkan seseorang itu boleh sakit mental ataupun boleh bunuh diri. Ia berlainan dengan pengambilan ganja yang boleh buat seseorang itu jadi skizofrenia,” katanya.

Dr Mohammad Farris berkata meskipun kesan pengambilan ketum tidak seteruk pengambilan ganja, namun orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terjebak meminum air ketum walaupun dengan alasan untuk dijadikan sebagai ubat tradisional.

“Ketum orang selalu sebut sebagai ubat tradisional tetapi mereka tidak sedar kalau digunakan dalam kuantiti yang banyak dan juga kronik, ia boleh jadi ketagih dan ketagihan jadi akan lebih teruk kalau mengambil empat gelas atau lebih dalam sehari,” katanya yang turut menjelaskan pengambilan air ketum boleh menjejaskan fungsi jantung.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Farris berkata ketagihan ketum boleh dirawat melalui ubat-ubatan dan psikoterapi serta ubat paling bersesuaian yang kurang kesan sampingan untuk memulihkan penagih ketum ialah ‘Suboxone’.

Sehubungan itu, beliau meminta penagih ketum tampil mendapatkan rawatan sebaiknya dengan pakar dalam kadar segera untuk memastikan ketagihan mereka tidak kronik sekali gus mereka boleh menjalani kehidupan biasa secara normal.

“Ketagihan ketum boleh dipulihkan, tetapi ada risiko untuk mereka mengambil semula ketum. Namun, jika penagih ketum ini ambil ubat dan jalani proses psikoterapi dengan berkesan, mereka boleh pulih dan hilang kebergantungan kepada jus ketum ini,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/air-ketum-ada-potensi-ubati-kemurungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketagihan Air Ketum Boleh Sebabkan Kemurungan Pakar Psikiatri

Ketagihan Air Ketum Boleh Sebabkan Kemurungan Pakar Psikiatri

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 369 hits
Ketagihan seseorang individu terhadap pengambilan jus ketum atau air ketum boleh mengakibatkan kemurungan sekali gus menjejaskan kualiti hidup mereka untuk jangka masa panjang kata pakar psikiatri di Hospital Pantai Sungai Petani Dr Mohamma...
Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh Untuk Kurangkan Perit Tekak Batuk Berkahak Boleh Cuba

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh Untuk Kurangkan Perit Tekak Batuk Berkahak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 321 hits
Mengalami perit tekak atau batuk berkahak memang tak selesa Biarpun sudah minum banyak air masak tetap terasa sakitnya Nak bercakap pun tak keluar suara Sekiranya anda mengalami masalah ini bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Dengan h...
Mangsa Boleh Bertindak Balas Hingga Sebabkan Kematian Penyerang Jika Libatkan 6 Situasi Ini

Mangsa Boleh Bertindak Balas Hingga Sebabkan Kematian Penyerang Jika Libatkan 6 Situasi Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 215 hits
Bila berada dalam keadaan bahaya dan terancam fitrah manusia akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri Malah ada yang mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila situasi mendesak Sebagai contoh tiga beradik di Rusia yang didak...
Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 238 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 608 hits
Betul ke Botol berisi air sirap boleh elakkan kucing kencing di pokok bunga Hari hari memang umi suka menjengah pokok bunga umi tu sebelum masuk rumah Kalau The post appeared first on
Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 509 hits
Seorang lelaki ditahan ketika sedang menjinjing sebuah baldi berisi 10 bungkus air ketum di sebuah rumah di Jalan Padang Serai Batu 6 Lunas di sini semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata lelaki...
Panduan Daftar E Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

Panduan Daftar E Bil Air Selangor Dengan Mudah Dan Boleh Menang Kereta

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 695 hits
Daftar E Bil Air Selangor Dan Boleh Menang Kereta Ramai yang berkeluh kesah tentang bil elektrik yang naik mendadak dan tak kurang juga yang bercakap pasal bil air selangor semasa PKP ni pun agak tinggi juga Jadinya saya pun nak berkongsi s...
Awas Telur Tamat Tempoh Boleh Sebabkan Keracunan

Awas Telur Tamat Tempoh Boleh Sebabkan Keracunan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 562 hits
Seram dan sedih dengar pasal keracunan makan puding buih beberapa hari lepas Punca keracunan disebabkan puding buih tu menggunakan telur yang dah basi atau pun yang dah tamat tempoh Jangan buat main kalau makan sesuatu yang dah tamat tempoh...
Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 972 hits
Gigi macam dalam gambar ni memang ramai sangat anak anak yang datang ke klinik gigi seperti ini Nampak macam normal sebab kebanyakkan budak budak ada pattern gigi seperti ini Ini BUKAN NORMAL ini sangat tak bagus dan perlu dicegah daripada ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis