Kesultanan Melayu Melaka Sejarah Awal Kejatuhan Kerajaan


Sebelum kita dijajah dengan kuasa luar, Tanah Melayu lebih dikenali sebagai Alam Melayu, di mana di sini telah terdapatnya beberapa kerajaan. Antara kerajaan yang berada di Alam Melayu ini ialah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. 
Kerajaan ini telah ditubuhkan oleh Parameswara pada awal abad ke-15. Dibawah pemerintahan beliau, kerajaan Melayu Melaka ini telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan utama di Selat Melaka. 
Untuk mengetahui sejarah awal kerajaan ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Sejarah Awal Kesultanan Melayu Melaka Sejarah awal pertubuhan Kesultanan Melayu Melaka, bermula apabila Parameswara, yang merupakan putera raja dari Palembang mengundurkan diri setelah beliau kalah dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada abad ke-14. 
Pada awalnya beliau dan pengikut-pengikutnya telah melarikan diri ke Muar, kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam yang berdekatan dengan Sungai Melaka. Sewaktu di sungai Melaka ini, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih.
Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan telah membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Nama negeri pula diberikan sempena nama pohon tempat bersandarnya baginda pada waktu itu.
Daripada situlah kewujudan Kerajaan Melayu Melaka ini bermula, dan di bawah pentadbiran Parameswara, Melaka telah terkenal sebagai pusat perdagangan utama di Timur ketika itu. Namun begitu, kehebatan kerajaan ini terhenti setelah mereka di jajah Portugis, pada tahun 1511.
Kronologi Kesultanan Melayu Melaka Berikut merupakan kronologi pemulaan Kesultanaan Melayu Melaka sehingga pengambil alihan Portugis pada tahun 1511:
KURUN KE-15
1400 – Parameswara, putera raja dari Palembang, setelah ditumpaskan oleh Majapahit menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka. 1403 – Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China – Melaka. 1405 – Parameswara menghantar utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin. 1409 – Laksamana Cheng Ho (Zheng He), ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. 1411 – Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar untuk melawat Yung Lo, Maharaja Dinasti Ming di Cina. 1414 – Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424). 1424 – Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja, menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Baginda telah memerintah mengikut ajaran Islam, mengasaskan etika istana dan menyebarkan Islam. 1444 – Raja Ibrahim, putera bongsu Sultan Muhammad Shah, menjadi pemerintah selepas kemangkatan ayahandanya. 1445 – Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid. 1446 – Raja Kassim, kekanda Sultan Abu Syahid, menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. 1447 – Serangan Siam yang pertama ke atas Melaka berlaku, tetapi disekat oleh angkatan perang Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar. 1456 – Tun Perak dilantik menjadi Bendahara atau Perdana Menteri dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau menjadi terkenal kerana pentadbiran yang baik dan bertanggungjawab dalam memajukan Melaka. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. 1458 – Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po. 1477 – Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. 1488 – Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah. 1498 – Tun Perak meninggal dunia. KURUN KE-16
1500 – Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar Kesultanan Melaka. 1509 – Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan. 1510 – Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah. 1511 – Alfonso DeAlbuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
Kekayaan Ekonomi Kekayaan ekonomi Melaka dipacu oleh kawalan laluan perdagangan yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Cukai yang dikenakan ke atas pedagang asing juga menjadi sumber pendapatan penting bagi kerajaan. 
Di pelabuhan ini, pelbagai barang dagangan dari serata dunia telah dijualkan. Antaranya ialah:
Sutera dan porselin dari Cina Kain dan coromandel dari India Kapur barus dari Borneo Cendana dari Timor Buah pala dan bunga cengkih dari Molucas Emas dan lada hitam dari Sumatera Timah dari Tanah Melayu. Pentadbiran Sistematik Pentadbiran raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah sangat sistematik dan tersusun. Perkara ini boleh dilihat melalui pengwujudan “Sistem Pembesar Empat Lipatan”, di mana setiap pembesar tersebut mempunyai fungsi dan tugas mereka yang jelas seperti yang dinyatakan di bawah:
Bendahara Menjadi penasihat diraja dan wakil raja jika baginda tiada ketika itu. Penghulu Bendahara Mengawal perbendaharaan negara, memungut cukai dan hasil negara dan menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar Temenggung Ketua undang-undang peraturan negeri dan keselamatan. Laksamana Pahlawan yang menjaga keamanan laut Institusi seperti Majlis Raja-Raja dan Mahkamah Syariah juga ditubuhkan untuk menguruskan urusan pentadbiran, keadilan, dan sosial. Pendekatan ini memastikan kestabilan dan keamanan dalam pemerintahan.
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka Pada 24 Ogos 1511, Kesultanan Melayu Melaka telah tumpas dalam peperangan melawan penjajah dari Portugis. Kejatuhan ini menandakan berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan membuka jalan kepada penjajahan asing yang lebih luas di Asia Tenggara.
Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan kekalahan ini:
Serangan Portugis Kekayaan bahan mentah dan lokasi yang strategik menyebabkan Melaka mendapat perhatian kuasa asing. Perkara ini menyebabkan terdapat kuasa-kuasa jahat yang ingin menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka, dan antara kuasa tersebut ialah Portugis. Kelemahan Pertahanan Melaka Walaupun mempunyai sistem ketenteraan yang kuat dan terlatih, kerajaan ketika itu tidak mampu menandingi teknologi dan kekuatan tentera laut Portugis yang lebih maju.  Perpecahan dan Perebutan Kuasa Perpecahan dalam kalangan pembesar dan persaingan kuasa di dalam negeri juga melemahkan kestabilan kesultanan. Ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Sultan Mahmud Shah dan konflik dalaman menyebabkan rakyat dan pembesar kurang bersatu dalam mempertahankan kesultanan. Baca juga: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kesultanan-melayu-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesultanan-melayu-melaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Kanun Melaka Sejarah Intipati Undang Undang

Hukum Kanun Melaka Sejarah Intipati Undang Undang

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 91 hits
Hukum Kanun Melaka merupakan undang undang yang digunakan di Melaka bermula era pemerintahan Sultan Muhammad Shah Ianya mengandungi pelbagai undang undang dan peraturan yang diwujudkan bagi kesejaheraan rakyat Melaka Tambahan pula ia juga m...
Tarian Tradisional Melayu Sejarah Jenis Tarian

Tarian Tradisional Melayu Sejarah Jenis Tarian

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 87 hits
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai Tarian Tradisional melayu yang masih diamalkan sehingga hari ini Tarian ini menggambarkan masyarakat Melayu kaya dengan budaya dan adat yang ada sejak zaman dahulu lagi Mengenai Tarian Tradis...
Takutnya Melayu Jadi Kapiaq Masa Jadi Kerajaan Tak Main Lak Isu Ni Sahih Jin Politik Punya Kerja

Takutnya Melayu Jadi Kapiaq Masa Jadi Kerajaan Tak Main Lak Isu Ni Sahih Jin Politik Punya Kerja

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 75 hits
Abu MiskhatDari segi undang undang jelas buku itu terbit dan dijual sebagai sebuah buku biasa yang tidak mengancam keselamatan negara Sebab ia telah berada dalam pasaran selama 10 tahun tanpa sebarang masalah Cuma ia boleh menjadi masalah c...
Pegawai Kerajaan Nak Apa Lagi Ini Data Melayu Tak Hilang Pun Kuasa

Pegawai Kerajaan Nak Apa Lagi Ini Data Melayu Tak Hilang Pun Kuasa

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 87 hits
Semoga penjawat awam khasnya bangsa Melayu tau bersyukur dan bantu tuk memperkasakan pentadbiran Kerajaan PH Jika semak komen ahli dalam mana2 page penjawat awam pesara kerajaan dan pesara tentera lebih ramai kutuk dari sokong
Kerajaan Jamin Bantuan Kerja Pemulihan Banjir Terus Dijalankan Pm

Kerajaan Jamin Bantuan Kerja Pemulihan Banjir Terus Dijalankan Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 117 hits
Tangkap layar Anwar sempena Ucapan Amanat Tahun Baharu menerusi siaran langsung di media sosial pada Selasa SHAH ALAM Kerajaan memberi jaminan bahawa segala usaha bantuan dan kerja pemulihan banjir terus dijalankan di semua negeri secepat m...
Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 90 hits
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara KUALA LUMPUR 31 Dis Tahun 2024 menyaks...
X Dr Zul Diserang Netizen Kenapa Tidak Tambah Petugas Kkm Kenapa Selalu Salahkan Pegawai Kerajaan

X Dr Zul Diserang Netizen Kenapa Tidak Tambah Petugas Kkm Kenapa Selalu Salahkan Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 86 hits
Perkara ini tidak wajar berlaku dimana pegawai yang telah ditugaskan tidak menjalankan tugas seperti yang di arah demi kemaslahatan awam Namun begitu ini tidak menjejaskan operasi atas panggilan atau operasi harian kerana pegawai perubatan ...
Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 146 hits
1 Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya Jika diungkap kembali rekod tahun lalu banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu ter...
Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Tahukah Anda Fasal Pelancong Ke Tuvalu

Majlis Perkahwinan Dan Majlis Bertandang

Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025