Tarian Tradisional Melayu Sejarah Jenis Tarian


Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai Tarian Tradisional melayu yang masih diamalkan sehingga hari ini.
Tarian ini menggambarkan masyarakat Melayu kaya dengan budaya dan adat yang ada sejak zaman dahulu lagi.
Mengenai Tarian Tradisional Melayu Tarian tradisional ini ditarikan bagi melambangkan adat resam dan budaya masyarakat Melayu.
Ia memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan semula jadi dan cara hidup masyarakat Melayu terutamanya di Malaysia.
Perkara yang paling unik tentang seni tarian oleh Melayu adalah masyarakat di setiap negeri mempunyai hasil tarian yang beridentitikan negeri masing-masing.
Jenis Tarian Tradisional Melayu Jenis-jenis tarian tradisional ini adalah seperti berikut:
Tarian Kuda Kepang Tarian Inang Tarian Zapin Tarian Mak Yong Tarian Joget Tarian Sarah Tarian Barongan Tarian Ceracap Inai Tarian Piring 1. Tarian Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian tradisi yang dimainkan oleh masyarakat Jawa.
Tarian ini dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg.
Menurut sejarah, tarian ini dicipta oleh Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15 sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di tanah Jawa, di samping mengembangkan Islam di kawasan pedalaman Jawa.
Disebabkan Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana, beliau mendapat idea untuk menari sambil menunggang kuda.
Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.
Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali bagi meniru gerak langkah bala tentera beliau, maka lahirlah tarian kuda kepang.
Peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian.
Untuk melakukan tarian ini, lazimnya, ia ditarikan secara berkumpulan, yang mana di dalam 1 kumpulan terdiri daripada 10-15 orang dan seorang ketua yang di panggil ‘dayang’.
Kebiasaannya, 1 kumpulan terdiri daripada kaum lelaki sahaja. 
Pada peringkat awal, semua gerak penari akan mengikut arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal tarian dan lenggang lenggok dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah
Jenis-jenis tarian yang terdapat dalam tarian Kuda Kepang adalah Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, dan Perjuangan Mempertahankan Diri.
Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah angklong(utama), gendang, gong, kinong, jidor dan bonang. Namun begitu, tidak semua alat-alat muzik ini digunakan secara serentak.
Dari segi pakaian para penari, ia terpulang pada kehendak para penari tetapi ianya perlulah seragam.
2. Tarian Inang Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian Melayu.
Titah ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian
Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial yang mana tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang.
Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. 
Tarian Inang juga diadaptasikan dari tarian pengasuh kerana lengok badan yang lembut dan lemah gemalai.
3. Tarian Zapin Tarian ini dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15, iaitu mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi.
Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.
Pada permulaan, hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini tetapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4.
Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang.
Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian ini digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.
4. Tarian Mak Yong Mak Yong atau Makyung merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari Patani dan Kelantan.
Nama “Mak Yong” ini dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Ia menjadi persembahan harian dan drama tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta sejauh Kepulauan Riau di Indonesia.
Ia dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga sebagai istiadat raja memerintah dan cara perubatan merawat orang sakit. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an.
Ianya merupakan satu jenis seni drama kombinasi nyanyian dan tarian diiringi oleh muzik tradisional Melayu Patani yang tersendiri.
Drama tari ini menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Persembahan ini biasanya dibuka dengan lagu “Mengadap Rebab” diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik.
Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.
Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.
5. Tarian Joget Joget bererti menari atau bertandak dan joget juga salah satu genre tarian dalam kebudayaan Melayu.
Tarian ini juga adalah tarian rakyat yang diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat Malaysia.
Kedatangan Portugis ke Melaka yang membawa tarian ‘branyo’ berjaya menjadikan joget diminati oleh masyarakat tempatan ketika itu.
Mengambil kira latar belakang tarian joget dan sinonimnya kepada Melaka khususnya, tarian ini ditampilkan dalam bentuk baru yang menarik.
Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan dan tempo tarian joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas.
Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan.
Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.
6. Tarian Sarah Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional yang mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira.
Tarian ini terkenal dalam kalangan Masyarakat Johoryang berketurunan Arab di daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja dan mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah.
Pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya.
Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan.
Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
7. Tarian Barongan Tarian lazimnya diamalkan oleh masyarakat terutamanya di daerah Batu Pahat, Johor.
Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke Malaysia apabila kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di sini.
Tarian ini menggambarkan kisah di zaman Nabi Sulaiman dengan haiwan-haiwannya yang boleh bercakap, kononnya seekor Harimau ternampak seekor burung Merak yang sedang mengembangkan ekornya.
Apabila Merak ternampak sang Harimau, Merak terus melompat ke atas kepala Harimau dan kedua-duanya pun menari bersama-sama.
Tiba-tiba, Pamong (juruiring) yang bernama Garong yang sedang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan tersebut.
Apabila ternampak Harimau dan Merak yang sedang leka menari, Pamong juga turut serta menari bersama-sama.
8. Tarian Ceracap Inai Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar.
Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar yang dipercayai berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.
Oleh kerana itu, tarian ini ada unsur-unsur ‘sembah’/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/Pengantin.
Ianya ditarikan dengan membawa prob seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan.
Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja.
Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 hingga 8 orang.
9. Tarian Piring Tarian Piring jugs dikenali sebagai Tari Piriang (dalam Minangkabau) merupakan sebuah seni tad milik orang Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk di Negeri Sembilan.
Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tarian Piring ini, namun ianya dipercayai telah wujud sekian lama di kepulauan Melayu sejak lebih 800 tahun yang dahulu.
Tarian ini dipercayai telah bertapak di Sumatera Barat atau lebih dikenali sebagai Minangkabau dan berkembang hingga ke zaman Srivijaya.
Tarian Piring yang dipersembahkan oleh seseorang penari akan berakhir apabila semua piring telah dipijak dan penari menutup sajiannya dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi.
Kebiasaannya penari tarian ini hanya menari dalam tempoh masa antara tiga hingga lima minit sahaja dengan persembahan antara tiga hingga tujuh orang.
Lebih lagi, sesebuah persembahan tarian ini mestilah disertai oleh penari dengan jumlah yang ganjil sahaja.
Info Lanjut Info lanjut mengenai Tarian Tradisional Melayu di Malaysia, sila layari:
https://heritage.gov.my/en/tarian.html https://portal.jkkn.gov.my/en Baca juga: Tarian Zapin – Sejarah, Jenis, Busana & Keunikan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarian-tradisional-melayu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarian-tradisional-melayu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarian Inang Sejarah Keunikan Dan Busana

Tarian Inang Sejarah Keunikan Dan Busana

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 57 hits
Tarian Inang Sejarah Keunikan dan Busana Tarian tradisional adalah salah satu elemen penting dalam budaya Malaysia yang kaya dengan keunikannya Antara tarian yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu ialah tarian inang Tarian ini bukan s...
Sejarah Menanti Tang Jie Dan Ee Wei Melangkah Ke Final

Sejarah Menanti Tang Jie Dan Ee Wei Melangkah Ke Final

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 73 hits
KUALA LUMPUR Pasangan beregu campuran negara terbaik Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei semakin hampir mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang merangkul gelaran World Tour Finals selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou Chi...
Kampung Baru Sejarah Lokasi Trivia Kampung Ikonik Di Kl

Kampung Baru Sejarah Lokasi Trivia Kampung Ikonik Di Kl

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 114 hits
Kampung Baru merupakan sebuah kawasan perkampungan Melayu yang wujud di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh bangunan bangunan pencakar langit Walaupun banyak tanah di sekitar Kuala Lumpur sudah dijual untuk dibangunka...
Minbape Mencipta Sejarah Dalam Perlawanan Akhir Fifae World Cup 2024

Minbape Mencipta Sejarah Dalam Perlawanan Akhir Fifae World Cup 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 69 hits
MinBape mencipta sejarah dalam perlawanan akhir FIFAe World Cup 2024 yang berlangsung semalam di Riyadh Arab Saudi Kejohanan ini yang diadakan di SEF Arena di BLVD Riyadh City merupakan acara berprestij melibatkan dua kategori utama eFootba...
Usia 4 Tahun Jeimithra Cipta Sejarah Dunia Dengan 5 Rekod Hebat

Usia 4 Tahun Jeimithra Cipta Sejarah Dunia Dengan 5 Rekod Hebat

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 145 hits
Pada usia baru empat tahun Jeimithra Vasagam telah mencipta rekod luar biasa yang sukar ditandingi Dalam masa hanya 1 minit dan 35 saat anak kecil ini berjaya mengenal pasti kesemua 118 elemen dalam jadual berkala satu pencapaian yang menga...
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 26 hits
Assalamualaikum wbt Jom kita baca sejarah lama shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 123 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi tetapi lebih daripada itu Bag...
Ujian Mendengar Bahasa Melayu Spm Format Contoh Soalan Tips Menjawab

Ujian Mendengar Bahasa Melayu Spm Format Contoh Soalan Tips Menjawab

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 303 hits
Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM Format Contoh Soalan Tips Menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu komponen penting dalam peperiksaan SPM bagi subjek Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh semua calon SPM 2024 Uji...
Di Malaysia Lain Yang Bodo Dan Yang Suka Kata Kepala Bapak Dipuja Dan Yang Bodo Sejarah Dipuja Kepala Bapak Punya Bodo

Di Malaysia Lain Yang Bodo Dan Yang Suka Kata Kepala Bapak Dipuja Dan Yang Bodo Sejarah Dipuja Kepala Bapak Punya Bodo

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 86 hits
Tular rupanya sebuah video seorang entah atau di Indonesia yang seorang penjual air Perbuatan itu dilakukan di tengah acara dan disaksikan oleh Hasil dari video yang tular itu ramai yang berminat untuk berikan bantuan kepada si penjual air ...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord