Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi


 

Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi, hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara.
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi, hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara.
Antara inisiatif ditonjolkan ialah melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang memberi fokus kepada pelaburan strategik, pembangunan tenaga kerja dan sokongan kepada industri berteknologi tinggi untuk mencapai visi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Provos Malaysia University of Science and Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata pelaksanaan NIMP 2030 setakat suku kedua 2024 terus membuahkan hasil dengan pelbagai pencapaian penting direkodkan, antaranya peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 0.9 peratus.
Lebih 900,000 pesara yang mengharapkan Kerajaan MADANI berbuat sesuatu berkenaan pelarasan pencen, akhirnya terlaksana dengan keputusan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengubat keluh-kesah mereka. Foto Facebook Anwar IbrahimBeliau berkata, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan itu mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pekerjaan dalam sektor berteknologi tinggi.
“Pastinya peluang pekerjaan baharu dapat bantu rakyat, tetapi kita perlu bersedia dengan perubahan sektor pekerjaan, dengan majikan dan industri tertumpu kepada pekerja separuh mahir dan mahir selari dengan usaha kerajaan yang sedang berhijrah kepada ekonomi kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran pendigitalan.
“Kita ada lebih 17 juta pekerja dan 70 peratus daripadanya tidak mahir, yang memerlukan latihan serta-merta, dan ini juga memberi isyarat penting agar Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF Corp) melabur lebih banyak untuk meningkatkan kemahiran pekerja ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam usaha meningkatkan kemahiran, Kerajaan MADANI juga membuktikan komitmen untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi, selaras dengan keperluan industri moden apabila 1,057 pakar teknikal telah menerima latihan.
Barjoyai berkata, perkara itu adalah langkah permulaan yang baik dan berani oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghantar kumpulan pekerja negara mendapatkan latihan, sekali gus meningkatkan kemahiran pekerja tempatan.
“Sebenarnya kita perlu lebih cepat untuk menghantar pekerja kita menjalani latihan selama sebulan atau tiga bulan melalui ‘micro-credential’ yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi, khususnya kursus AI dan data raya,” katanya.

Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan pula ketika dihubungi Bernama berkata, antara pencapaian ketara Kerajaan MADANI tahun ini dapat dilihat menerusi jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen yang diumumkan pada 24 Disember lalu.
Malah, beliau berkata, kedudukan ringgit yang semakin mengukuh berbanding dolar Amerika turut mencerminkan kestabilan ekonomi serta keyakinan pelabur asing terhadap negara ini kerana Kerajaan MADANI berjaya mewujudkan kestabilan politik sepanjang lebih dua tahun pentadbiran.
“Kestabilan poilitik ini yang mencerminkan bahawa pelabur mempunyai keyakinan dengan struktur ekonomi yang kukuh, jadi dividen ASB yang memberangsangkan dan kedudukan ringgit mengukuh itu adalah kerana kestabilan politik.

“Jadi, saya lihat ia merupakan hadiah Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara itu berkata, apabila negara mencapai kestabilan politik, maka barisan Kabinet Kerajaan MADANI dapat menumpukan seluruh perhatian dalam membentuk dasar untuk
kepentingan rakyat seperti kemajuan NIMP 2030 yang antaranya bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan.
“NIMP lebih beri perhatian untuk menambah peluang pekerjaan, seperti latihan teknikal, kerana Perdana Menteri menekankan dalam konsep MADANI supaya mementingkan teknologi baharu dan terkini dalam pembangunan ekonomi, sebab itu diuar-uarkan setiap rakyat memahami apa dimaksudkan dengan kecerdasan buatan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/imbasan-2024-kerajaan-madani-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mustahil Rating Penerimaan Pm Anwar Kerajaan Madani Terus Meningkat Abul Jais

Tak Mustahil Rating Penerimaan Pm Anwar Kerajaan Madani Terus Meningkat Abul Jais

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 282 hits
Pemimpin KEADILAN Perak Abul Jais Ashfaq Ahmed menyeru seluruh rakyat terus berganding bahu menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan usaha dan ikhtiar kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka Foto Abul JaisIPOH 25 Dis Tidak mustahil r...
Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 310 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto BernamaSUBANG JAYA 21 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan Kerajaan MAD...
Recap Kejayaan Dan Aktiviti 2024

Recap Kejayaan Dan Aktiviti 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 201 hits
Tahun 2024 meninggalkan kami dengan pelbagai perkara Alhamdulillah tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan juga kejayaan Malah tahun 2024 masih lagi tahun rehat untuk anak anak sebabnya tahun 2025 mereka bakal menduduki peperiksaan akhir ya...
Cerminan Kejayaan Bersama Dilihat Dalam Pemulihan Ekonomi Pm Anwar

Cerminan Kejayaan Bersama Dilihat Dalam Pemulihan Ekonomi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 161 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama para menteri pada Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyu...
Kerja Keras Kerajaan Madani Untuk Kemakmuran Negara Dan Rakyat

Kerja Keras Kerajaan Madani Untuk Kemakmuran Negara Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 240 hits
Alhamdulillah Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan untuk terus melonjakkan ekonomi negara sepanjang tahun ini bagi melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun tahu...
Alhamdulillah Kerajaan Madani

Alhamdulillah Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 227 hits
Zainuddin Omar Alhamdulillah Kerajaan Madani Itu pun ada puak yang ingin porak perandakan keamanan yang kita kecapi sekarang dengan ugutan tebuk atap Bersyukurlah Sebuah kajian baru baru ini oleh BookRetreats com sebuah agensi pelancongan g...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Klang River Water Level Exceeds Danger Level


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum