Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani









1- Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya. Jika diungkap kembali rekod tahun lalu, banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu terutamanya ekonomi dan politik, namun negara di bawah pemerintahan Kerajaan MADANI berjaya mengharungi cabaran tersebut sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.


2- Dalam aspek ekonomi, KDNK negara meningkat kepada 4.2 peratus, 5.9 peratus dan 5.3 peratus bagi tempoh suku pertama, kedua dan ketiga, melepasi jangkaan awal penganalisis ekonomi. Ringgit pula mencatatkan prestasi terbaik di Asia berbanding dolar Amerika pada 2024, dan merupakan satu-satunya matawang utama yang mencatatkan peningkatan. Matawang Singapura, Thailand dan Indonesia pula semuanya menurun berbanding dolar Amerika. Dalam aspek pelaburan pula, Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama, meningkat hampir 11% daripada tempoh sama tahun sebelumnya.


3- Selain itu, dalam aspek dasar luar negara, Malaysia telah menjadi antara negara kehadapan dalam membela Palestin akibat kekejaman regim Zionis di Gaza. Malaysia merupakan negara yang membawa cadangan untuk menggantung sehingga menyingkirkan Israel daripada PBB. Selain itu, Malaysia juga telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi. Perkembangan ini penting bagi membuka ruang ekonomi yang lebih luas kepada Malaysia kerana BRICS menyumbang 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia. 


4- Dalam aspek reformasi pula, sekalipun Kerajaan MADANI sering diserang dalam melaksanakan reformasi, namun jika ianya diteliti dengan lebih telus, Kerajaan MADANI telah melakukan banyak reformasi untuk meningkatkan tatakelola kerajaan pada tahun lalu. Antaranya melaksanakan PMQT di parlimen, pindaan Akta Audit 1957 dan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN). Tidak hanya itu, reformasi turut dilaksanakan terhadap penjawat awam apabila kerajaan memperkenalkan SSPA. Kini penjawat awam lebih selesa apabila menerima kenaikan gaji sebanyak 7-15% bermula 1 Disember yang lalu. 


5- Walaupun kemajuan dan kesejahteraan negara amat membanggakan dalam 2024, namun pihak pembangkang seakan tidak dapat menerima hakikat kejayaan-kejayaan yang ditempa Malaysia. Walaupun di dalam sesebuah negara demokrasi, peranan pembangkang amat diperlukan, namun ia bukanlah dengan cara menabur fitnah dan membangkitkan isu perkauman. Pembangkang yang baik ialah pembangkang yang konstruktif dalam menegur dan mencadangkan dasar dan memperbaiki polisi kerajaan yang ada pada ketika ini. Lebih malang lagi, masih ada usaha untuk cuba ‘menebuk atap’ bagi mengambil alih kerajaan. 


6- Menuju ke tahun 2025, sudah pasti harapan besar rakyat untuk melihat Kerajaan MADANI terus memimpin negara. Tahun ini juga merupakan tarikh penting apabila Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN dan memainkan peranan lebih besar terhadap dasar luarnya. Segala kejayaan ekonomi yang dicapai adalah untuk kesejahteraan rakyat terutamamya dalam membela kekuatan orang Melayu. Sentimen Islam terancam dan Melayu terpinggir hanyalah candu politik yang digunakan untuk kepentingan golongan tertentu yang tidak ikhlas dalam perjuangan. Kestabilan politik yang dipertahankan hari ini sangat penting dalam memastikan pembangunan negara yang mampan. 


7- Sebagai salah satu parti yang mendukung Kerajaan MADANI, Parti Amanah Negara (AMANAH) di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu kekal komited untuk memperkuatkan perjuangan Islam dan menjayakan agenda reformasi yang dibawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuhkan Kerajaan MADANI. AMANAH perlu melakukan lebih banyak anjakan gerak kerja bagi menyedarkan rakyat Malaysia bahawa membangunkan negara ini haruslah berasaskan prinsip perpaduan dan bukannya sentimen. Dengan doa dan dokongan rakyat Malaysia, Insyallah Malaysia akan terus maju dan sejahtera di tahun 2025.


Selamat menyambut Tahun Baharu 2025


MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
1 Januari 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/tahun-baharu-2025-malaysia-maju-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rejab Dan Tahun Baharu 2025

Rejab Dan Tahun Baharu 2025

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 275 hits
Assalammualaikum Dunia Salam Rejab untuk semua kengkawan semoga tahun nie yang baik baik sahaja kejadiannya aminnnCuti 1 hari tak kemana pon ehhh ade pi Mahkota Parade pi jalan jalan dan shopping untuk raya Semoga kita diberikan kesihatan y...
Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 293 hits
Pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya akan diputuskan sama ada permohonan Dato Sri Najib Razak untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakimann...
Tatakelola Basmi Rasuah Jadi Keutamaan Kerajaan Madani Tahun Depan Pm Anwar

Tatakelola Basmi Rasuah Jadi Keutamaan Kerajaan Madani Tahun Depan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 389 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto Facebook Anwar IbrahimSUBANG JAYA 21 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen...
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 406 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 568 hits
Sambutan Tahun Baru 2025 Nikmati Keindahan dan Kesejahteraan Bersama Tahun Baru 2025 bakal tiba membawa harapan baru semangat segar dan impian yang lebih besar Di seluruh Malaysia pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan detik bers...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 476 hits
Selamat datang Tahun Baru 2025 Tahun baru adalah peluang untuk membuka lembaran baru dan memulakan perjalanan hidup dengan penuh harapan semangat dan tekad Kata kata motivasi sering menjadi pendorong semangat untuk menghadapi hari hari mend...
Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 517 hits
nbsp TAKWIM CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2025 2026 Berikut Disertakan dibawah ini jadual takwim persekolahan bagi tahun 2025 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan ibu bapa JADUAL TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 20...
Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 505 hits
Kini telah tiba hari terakhir tahun 2024 yang juga merupakan hari ke 346 Sebelum menjelang tahun baru pastinya semua bersemangat untuk bagi ucapan Selamat Tahun Baru 2025 sama ada kepada keluarga kawan kawan atau kongsikan di media sosial K...
10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 438 hits
BloggerBorneo com Blogger Borneo percaya bahwa keberlanjutan bukan Artikel pertama kali tampil pada
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex