Takutnya Melayu Jadi Kapiaq Masa Jadi Kerajaan Tak Main Lak Isu Ni Sahih Jin Politik Punya Kerja


 
Abu Miskhat
Dari segi undang-undang jelas buku itu terbit dan dijual sebagai sebuah buku biasa yang tidak mengancam keselamatan negara. Sebab ia telah berada dalam pasaran selama 10 tahun tanpa sebarang masalah. 


Cuma ia boleh menjadi masalah ciptaan ahli politik yang ketandusan isu untuk meneruskan naratif ketakutan Melayu.




BECOMING HANNAH


Sehari-dua ini isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey of Hannah Yeoh’ menjadi isu yang makin hangat. Isu ini menjadi hangat setelah Hannah Yeoh gagal dalam saman fitnah yang dibuat olehnya terhadap Musa Hasan, bekas Ketua Polis Negara. 


Selepas itu, terlihat seperti satu gerakan politik dibuat oleh pemimpin dan ahli PAS untuk membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh. Laporan polis itu dibuat kerana dikatakan Hannah ingin berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian. 


Buku ‘Becoming Hannah’ adalah sebuah buku autobiografi yang mengisahkan kehidupan peribadi atau dalam bahasa inggeris sebagai ‘personal journey’ yang dikecapi oleh Hannah Yeoh. Buku itu telah diterbitkan pada tahun 2014.


Terdapat dua isu yang bersangkutan dengan Perlembagaan dalam hal ini. Pertamanya, hak seseorang terhadap dirinya di bawah Perkara 5 dan keduanya berkaitan dengan kebebasan beragama di bawah Perkara 11.


Kontroversi berkaitan buku Hannah Yeoh ini bukannya bermula pada hari ini. Kontroversi berkaitan buku ini pernah berlaku pada tahun 2017 apabila Dr Kamarul Yusof pernah menulis mengenai kontroversi buku ini. Setelah itu, Hannah Yeoh telah membuat laporan polis ke atas Dr Kamarul Yusof. Hannah Yeoh juga telah mengemukakan saman ke atas Dr Kamarul Yusof.


Berkaitan isu pertama, Perkara 5(1) menyatakan ‘(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.’ Kebebasan diri seseorang itu adalah termasuk kebebasan dirinya untuk menulis atau membuat sesuatu ekspresi. Hak ini berkaitan dengan Perkara 10(1) yang menyatakan ‘tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara’. Namun, hak ini adalah tertakluk kepada Perkara 10(2) iaitu ‘ apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.’


Oleh itu, Hannah Yeoh mempunyai hak untuk menulis satu autobiografi berkaitan dirinya sendiri. Tidaklah menjadi kesalahan jika dia menceritakan pengalamannya sebagai penganut agama kristian yang taat atau seorang penganut kristian yang selalu pergi ke gereja untuk menyebarkan ajaran kristian atau dia sendiri mendakwa dia sebagai duta tuhan. 


Sebarang sekatan pula mestilah berlandaskan kepada undang-undang. Setakat ini, buku Hannah Yeoh telah wujud kira-kira sepanjang 10 tahun. Apakah buku itu mendatangkan apa-apa ancaman kepada orang lain. Jika dilihat secara logik dan munasabah jika benar buku itu mendatangkan ancaman ketenteraman awam maka pastikan KDN telah mengharamkan semenjak 10 tahun lepas lagi. Sehingga kini buku tersebut masih bebas dijual dan khabarnya telah diulang cetak sebanyak 18 kali. 


Isu kedua adalah berkaitan kebebasan beragama. Hannah Yeoh adalah seorang kristian dan hak beliau untuk mengamalkan agama kristian adalah dijamin di bawah Perkara 11(1) yang menyatakan ‘Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.’ Perkara 11(4) pula menyatakan negeri boleh menggubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Maksudnya, Perkara 11 ini membenarkan seseorang menganut apa-apa agama dan menyebarkannya kepada orang lain tetapi wujud sekatan di bawah Perkara  11(4).


Di negeri Selangor wujud satu undang-undang berkaitan sekatan pengembangan agama ini iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988. Seksyen 4 Enakmen tersebut menjadikan satu kesalahan kepada sesiapa yang memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan. 


Adakah buku Hannah Yeoh itu adalah satu bentuk usaha untuk mengembangkan agama kristian? Itulah yang didakwa oleh kelompok PAS yang telah membuat laporan polis ke atas Hannah Yeoh? Yang agak pelik adalah kenapa baharu sekarang PAS membuat laporan polis terhadap buku tersebut. Buku itu telah wujud semenjak 10 tahun lepas. Adakah dalam tempoh 10 tahun itu ahli-ahli PAS dalam keadaan tidur dan baharu sekarang bangun mengigau untuk membuat laporan polis ke atas Hannah Yeoh. 


Berapa orang pula orang Islam yang telah menganut kristian atau sekurang-kurangnya mempunyai kecenderungan untuk menganut agama kristian setelah membaca buku Hannah Yeoh. Jika dilihat secara kronologi, laporan polis itu pula hanya dibuat oleh kelompok PAS ini setelah Hannah Yeoh kalah saman terhadap Musa Hasan. Setelah itu, YB Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Srikandi Bersatu telah membuat satu kenyataan berkaitan buku itu dan menyatakan buku itu telah mengancam ketenteraman awam.


Jadi, fahamlah kita bahawa motif sebenar di sebalik isu ini sebenarnya adalah untuk menghangatkan suhu politik negara. Tidaklah salah untuk menghangatkan suhu politik tetapi menggunakan isu agama bagi maksud politik adalah satu perkara yang merbahaya.


Jika dilihat statistik oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan penganut agama Islam di Malaysia berjumlah 63.5% dan penganut kristian pula hanya 9.1%. Selain itu, segala kuasa utama pentadbiran negara ini berada di tangan orang Islam. YDPA, Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Hakim dan Peguam Negara semuanya beragama Islam. Malah, setiap negeri pula mempunyai Majlis Agama Islam masing-masing. Jadi kenapakah kita begitu khuatir terhadap pengembangan agama kristian sedangkan jumlahnya tidak sampai 10% daripada penduduk Malaysia. Apa yang perlu kita khuatir adalah kenapakah umat Islam sendiri gagal untuk melaksanakan tugas dakwah sedangkan Perlembagaan membenarkan umat Islam mengembangkan agama Islam kepada penganut agama lain. Kenapakah umat Islam tidak menjadi duta bagi agama Islam yang menyebarkan ciri-ciri positif yang ada dalam agama Islam. 


Inilah kekhuatiran kita apabila umat Islam suka berceramah berapi-api tetapi hakikatnya mereka sendiri gagal untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Bahaya umat Islam ini apabila mereka cenderung untuk menjadi semakin ekstrem dan melampau dalam segenap segi. Sejarah pembunuhan Saidina Ali r.a itu menunjukkan bagaimana orang yang begitu beragama yang menjadi guru Al-Quran pun boleh membunuh seorang khalifah kerana terpengaruh dengan dakyah ekstremis dan khawarij. 


Akhirnya, jalan terbaik bagi umat Islam adalah bersederhana. Tanganilah sesuatu isu dengan bijaksana dan berhikmah. Tunjukkanlah akhlak yang baik. Jauhilah daripada menjadi batu api sehingga menyebabkan ketenteraman awam terganggu.


Dr Zulqarnain Lukman
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/takutnya-melayu-jadi-kapiaq-masa-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Di Steam Banyak Habiskan Masa Main Game Lama Pada 2024

Pemain Di Steam Banyak Habiskan Masa Main Game Lama Pada 2024

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 112 hits
Setelah Spotify YouTube Music Apple Music dan PlayStation yang sudah melancarkan rangkuman tahunan kini Steam juga tidak ketinggalan berbuat demikian yang dipanggil Steam Replay Walaupun banyak permainan yang dilancarkan pada 2024 tetapi da...
Pusingan Kerja Staf It Kerajaan Tak Masuk Akal

Pusingan Kerja Staf It Kerajaan Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 115 hits
1 Bulan September lepas kerajaan tekankan kewajipan pusingan kerja untuk penjawat awam yang dah lama berkhidmat Katanya nak tingkatkan prestasi elak salah guna kuasa dan cegah rasuah 2 Bagi aku tak ada masalah pun kalau pusingan kerja ni me...
Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 111 hits
Saya yakin anda tentu pernah dengar dari cakap cakap orang berjaya atau baca artikel dan buku motivasi yang berikan panduan dalam memilih pekerjaan atau perniagaan yang anda mahu lakukan Hampir semua dari mereka memberikan nasihat agar anda...
Woii Walaun Hang Bagi Tau Kerajaan Masa Tu Kerajaan Mana

Woii Walaun Hang Bagi Tau Kerajaan Masa Tu Kerajaan Mana

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 81 hits
Ada kata pelajar yang tak cemerlang tapi ada duit boleh masuk universiti Katanya lagi begitu juga Mereka merupakan pelajar di negara mereka Ada yang Dia tahu sebab katanya dia terlibat dalam dulu Ada yang kata dia mantan Ada yang kata Tapi ...
Kerajaan Jamin Bantuan Kerja Pemulihan Banjir Terus Dijalankan Pm

Kerajaan Jamin Bantuan Kerja Pemulihan Banjir Terus Dijalankan Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 117 hits
Tangkap layar Anwar sempena Ucapan Amanat Tahun Baharu menerusi siaran langsung di media sosial pada Selasa SHAH ALAM Kerajaan memberi jaminan bahawa segala usaha bantuan dan kerja pemulihan banjir terus dijalankan di semua negeri secepat m...
Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Resepi Tauhu Begedil


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Restoran Hotel Pen Mutiara Bayan Lepas Pulau Pinang

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Wanna Ali Feat Aiman Ismail Bukan Sekadar Lafaz Chord

Adik Waniey Keney Ko Demo Chord

Karnival Haji Umrah Pelancongan Kembali Lagi

Baby Blue Whale A Quirky Yamaha Sr150 Bobber From Taiwan