Kestabilan Apa Kalau Kalah Teruk Masa Pru 15 Kata Ketua Umno


agendaily.com05/01/2023
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail.Alasan ‘bagi mewujudkan kestabilan’ untuk menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang adalah paling memualkan, kata pemimpin UMNO bahagian.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail menegaskan pihak yang menyokong supaya kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan memberi pelbagai alasan, termasuk kononnya ahli perlu wala dan setia kepada pemimpin.

Menurutnya semakin dekat Perhimpunan Agung UMNO (PAU), ramai yang memberi pendapat menyokong dan menyanggah supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sambil masing-masing memberi alasan tersendiri.

“Yang tidak mahu pemilihan punyai pelbagai alasan. Walak kepada pemimpin lah, setia kepada Presiden lah. Paling mual, nak pastikan kestabilan untuk hadap pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Alasan sama sebelum PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15). Konon untuk pastikan parti kuat dan menang.

“Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah. (Menang) 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi (pada) PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan menurut laporan Utusan.

Mohd Yusof berkata sebelum PRU-15 UMNO menguasai kerajaan apabila Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Namun beliau menjelaskan desakan supaya PRU-15 diadakan kononnya atas alasan kestabilan telah menyebabkan parti terus porak-peranda.

“Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ni. Jutaan lagi ahli UMNO tahu sangat agenda masing-masing.

“Kalau betul dua jawatan ni tidak dipertandingkan, tunggu lah UMNO akan ditimpa mudarat lebih besar. Bukan ahli UMNO sahaja hilang kepercayaan tetapi rakyat juga akan berpaling muka dari UMNO.

“Mana kita lagi sanggup tengok? UMNO kekal dihormati ahlinya sendiri walaupun segelintir akan menyalak kerana hilang kuasa, atau UMNO dikuburkan rakyat buat selama-lamanya?,” soal beliau


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/kestabilan-apa-kalau-kalah-teruk-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barisan Nasional Kalah Pru15 Sebab Perikatan Nasional Merasuah Pengundi Kata Umno

Barisan Nasional Kalah Pru15 Sebab Perikatan Nasional Merasuah Pengundi Kata Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 226 hits
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu ini aura dan keghairahan suasana perkumpulan orang UMNO di Pusat Dagangan Dunia sangat berbeza selepas Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Boleh dikatakan apabila BN tidak lagi menja...
Dakwaan Tubuh Parti Baharu Berniat Jahat Kata Adun Umno Sabah

Dakwaan Tubuh Parti Baharu Berniat Jahat Kata Adun Umno Sabah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 256 hits
FMT Reporters Shahelmey Yahya Jasnih Daya James Ratib Yusuf Yacob dan Arsad Bistari menafikan mereka akan menubuhkan parti baharu jika ditunjukkan jalan keluar oleh Umno Sabah PETALING JAYA ADUN Tanjung Keramat Shahelmey Yahya menyangkal da...
Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 264 hits
freemalaysiatoday com January 9 2023 7 00 PMTengku Maimun Tuan Mat berkata dalam kes melibatkan tokoh tertentu komen yang ditujukan kepada badan kehakiman agak keterlaluan berat sebelah dan berbaur politik PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara Tengk...
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 380 hits
freemalaysiatoday com January 11 2023 11 41 PMAhli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Pen...
Pau 2022 Umno Tidak Jemput Parti Lain Kata Ahmad Maslan

Pau 2022 Umno Tidak Jemput Parti Lain Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 244 hits
TIADA sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional dan Friends of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung Umno 2022 yang bermula Rabu ini Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata perhimpunan kali ini ju...
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 289 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Kekal Zahid Umno Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu Kata Kadir Jasin

Kekal Zahid Umno Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 323 hits
freemalaysiatoday com January 12 2023 1 30 PMKadir Jasin PETALING JAYA Seorang wartawan veteran berkata Umno ibarat hidup segan mati tak mahu jika mengekalkan Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin lain yang toksik dalam parti itu A Kadir Jasin be...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bunga Telang Putih


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna

Suntikan Kurus Dibeli Online Undang Padah Wanita Di China Kritikal