Barisan Nasional Kalah Pru15 Sebab Perikatan Nasional Merasuah Pengundi Kata Umno



(Berita Harian) – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu ini, aura dan keghairahan suasana perkumpulan orang UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sangat berbeza selepas Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Boleh dikatakan apabila BN tidak lagi menjadi kerajaan Pusat selepas 2018, semangat kemelayuan pada perhimpunan UMNO agak hambar walaupun pucuk kepemimpinan parti berusaha menaikkan kembali jiwa orang UMNO yang agak murung ketika itu.
Atas semangat mahu bangkit kembali untuk menghadapi PRU15, UMNO gigih melakukan pembaharuan, transformasi, meningkatkan aktiviti perkaderan ahli baharu, mengadakan pelbagai kem bina dan pulih semangat serta merancang pelbagai strategi bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada parti itu.
Usaha dilakukan UMNO itu membuahkan hasil apabila beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) pasca PRU14 menunjukkan pengundi mula kembali menyokong BN dan parti itu. Kemuncaknya boleh dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor apabila BN menang majoriti selesa.
Keputusan diperoleh BN pada dua PRN itu menjadi tonik baharu kepada UMNO untuk kembali bangkit bagi mendepani cabaran PRU15 dalam misi untuk menakluk kembali persada kerajaan Pusat.
Namun, impian UMNO itu berkecai apabila BN sekadar menang 30 kerusi dan UMNO sekadar menang 26 kerusi. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendakwa antara punca kekalahan BN dan UMNO itu disebabkan parti lawan khasnya Perikatan Nasional (PN) merasuah pengundi dan dakwaan ini tidak dinafikan pimpinan PN.
Bekas calon BN bagi Parlimen Shah Alam itu turut mendakwa, UMNO tewas selepas dilabel sebagai parti mengamalkan rasuah oleh PN yang katanya secara terang-terangan merasuah pengundi.
Katanya, sepanjang 60 tahun menjadi parti dominan, UMNO sering menjadi sasaran diserang dengan isu rasuah sehingga ideologi itu berjaya ditanam dalam fikiran orang ramai. Atas faktor itu, beliau menegaskan UMNO kena membuang stigma negatif selain perlu melakukan pembaharuan selain bermuhasabah.
Ironinya, UMNO sebenarnya turut dibayangi sebagai parti tamak kuasa terutama jika melihat kepada gerakan disertai parti itu bersama parti lain termasuk lawan yang mana ia dapat dilihat menerusi Langkah Sheraton, disusuli langkah menumbangkan kerajaan campuran diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021.
Persepsi itu masih melekat pada pemikiran rakyat walaupun pada hakikatnya bukan UMNO saja parti terbabit dalam gerakan itu kerana kerajaan tertubuh selepas itu yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut disertai PAS dan wakil BERSATU. Namun disebabkan propaganda bertali arus dimainkan musuh UMNO, maka imej negatif itu tidak dapat lari daripada parti berkenaan.
Pasca PRU15, rakyat termasuk orang UMNO turut keliru dengan pendirian parti itu apabila menjadi sebahagian daripada parti membentuk Kerajaan Perpaduan walaupun hakikatnya, keputusan itu dibuat kerana akur dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.
Masih tidak terima hakikat
Namun sehingga hari ini, masih ada orang UMNO yang tidak dapat menerima hakikat parti yang disertainya itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya dengan bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan.
Sekali lagi, keputusan UMNO ini terus menjerut parti kerana bagi ahli UMNO totok, tindakan diambil ini dilihat melanggar sumpah dan janji ‘No Anwar, No DAP’ yang disepakati pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum PRU15.
Bermakna, isu seumpama ini antara perkara perlu diberikan perhatian perwakilan serta pucuk pimpinan parti pada Perhimpunan Agung UMNO bermula Jumaat ini, bagi meredakan dan memberi kefahaman kepada ahli akar umbi mengapakah keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan dibuat.
Akan tetapi, belum sempat UMNO hendak menarik nafas bagi meredakan sentimen dan persepsi negatif ini, pemimpin UMNO Sabah pula melakukan Langkah Kinabalu bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
UMNO dan BN Sabah pada Jumaat menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak PRN pada September 2020, sekali gus menggugat kestabilan politik di Sabah.
Keputusan dan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan BN di Sabah ini seolah-olah mengesahkan lagi persepsi rakyat yang ‘orang UMNO’ ini ‘gila kuasa’ walaupun gerakan itu turut disokong Parti Warisan (WARISAN).
Tingkah-laku seumpama ini sebenarnya menyukarkan lagi usaha UMNO melakukan pembaharuan dan pemulihan serta membersihkan imej parti, selain boleh dijadikan ‘peluru hidup’ musuhnya untuk terus melemahkan pengaruh UMNO terutama pada PRN di enam negeri nanti.
‘Kenakalan’ sikap pemimpin UMNO ini yang sebenarnya menjatuhkan semangat ‘orang UMNO’ untuk memulihkan parti. Ketika ada pemimpin UMNO mahu melakukan pembaharuan dan pemulihan imej, ada pula pemimpin yang ‘menconteng arang’ pada batang tubuh UMNO itu sendiri.
Amalan politik tidak sihat seperti inilah yang mungkin menjadi penyebab orang ramai enggan menyokong UMNO selain menyebabkan ‘orang UMNO’ sendiri ‘letih’ untuk menjawab dan mempertahankan parti daripada diperlekehkan musuhnya.
Perkembangan yang berlaku ini pasti menyukarkan iltizam dan misi Isham untuk melakukan transformasi bagi menjadikan UMNO kembali diterima serta disokong rakyat pada PRN nanti serta PRU16, terutama dalam kalangan pengundi yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/01/08/barisan-nasional-kalah-pru15-sebab-perikatan-nasional-merasuah-pengundi-kata-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kestabilan Apa Kalau Kalah Teruk Masa Pru 15 Kata Ketua Umno

Kestabilan Apa Kalau Kalah Teruk Masa Pru 15 Kata Ketua Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 123 hits
agendaily com05 01 2023Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail Alasan bagi mewujudkan kestabilan untuk menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang adalah...
Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

Usul Tak Tanding Top 2 Langgar Perlembagaan Kata Umno Johor

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 136 hits
agendaily com15 01 2023Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad Kenyataan Naib Presiden I UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa usul tambahan berkaitan kerusi presiden dan timbalan presiden melanggar perlembagaan...
Tutup Saja Umno Jika Terus Ditolak Rakyat Kata Ku Li

Tutup Saja Umno Jika Terus Ditolak Rakyat Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 184 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 15 2023 12 12 PMUmno dilihat perlu melakukan perubahan untuk terus relevan atau berdepan risiko terus ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang Perkara itu dinyatakan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah ...
Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 188 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 7 46 PMTengku Razaleigh Hamzah berkata mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan KUALA LUMPUR Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandi...
Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 146 hits
AHLI Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini boleh merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran...
Pemuda Dan Puteri Umno Bedah Siasat Kekalahan Parti Pada Pru15

Pemuda Dan Puteri Umno Bedah Siasat Kekalahan Parti Pada Pru15

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 118 hits
PERGERAKAN Pemuda Umno dan Puteri akan membuat bedah siasat mengenai kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi tujuan tersebut sayap itu menubuhkan satu pasukan yang diketuai Ahli...
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 231 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025