Tempoh 3 4 Hari Anak Belum Membuang Mungkin Sembelit Buat Cara Ni Sangat Berkesan


Sebagai ibu bapa, kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.
Simptom sembelit Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibunya sahaja, tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien dari susu ibu akan diserap.
Namun berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.
Malah masalah sembelit dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.
Memahami tanda sembelit, pastinya dapat membantu mengatasi masalah kesihatan bayi sebelum ia bertukar menjadi masalah yang lebih besar.
Buang air besar
Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru. Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.
Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.
Menahan
Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.
Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.
Darah
Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.
Perut keras
Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.
Tidak mahu makan
Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.


Rawatan
Beberapa strategi dan kaedah yang boleh anda cuba untuk melegakan keadaan sembelit yang dihadapi oleh bayi anda. Ini termasuk:
Menukar susu
Jika anda memberi bayi anda susu ibu, anda mungkin perlu untuk menyeimbangkan diet anda. Ini kerana bayi anda mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan dan mengakibatkan sembelit, walaupun kes seperti ini jarang berlaku.
Bagi bayi yang diberikan susu formula, anda boleh menukar kepada susu yang lain. Alahan kepada bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit.
Makanan pejal
Sesetengah makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, tetapi hal ini boleh diperbaiki. Jika anda baru mencuba memberikan makanan pepejal kepada bayi anda, cuba tambahkan beberapa makanan serat tinggi seperti:
Brokoli Buah pear Buah prun Buah peach Epal tanpa kulit Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.
Puri
Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di aras dalam bentuk puri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.
Kuantiti air
Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda dari terhidrat. Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.
Jika jus terlalu manis atau kuat rasanya untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya. Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.
Banyakan pergerakan
Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan benda di dalam usus. Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.


Urutan
Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda ada membuang air besar.
Masih tidak berjaya Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. Namun jika masih tidak berjaya, terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda gunakan.
Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah, walau bagaimanapun jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.
Teknik-teknik ini termasuk:
Glycerin suppository
Jika bayi anda mempunyai tanda najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.
Ia boleh dibeli di farmasi dan digunakan di rumah. Ikuti arahan pada pakej jika ia untuk bayi anda yang berusia 2 tahun ke atas atau bertanyakan kepada doktor sebelum menggunakannya jika ia adalah untuk bayi anda dibawah usia 2 tahun.
Laksatif
Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi. Berbincang dengan doktor anda sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.
Pakar pediatrik Sekiranya anda keliru atau merasa bimbang, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor kepada bayi anda. Dalam kebiasaan kes, masalah sembelit bayi anda akan dapat di atasi dengan sendirinya atau dengan rawatan semula jadi.
Jika strategi tersebut masih tidak berfungsi, sila dapatkan nasihat atau cadangan dari doktor anda untuk bantuan. Doktor anda juga akan dapat membantu melihat simptom atau tanda lain (seperti demam) yang boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih besar yang mungkin memerlukan rawatan perubatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Tempoh 3-4 Hari Anak Belum ‘Membuang’ Mungkin Sembelit. Buat Cara Ni Sangat Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tempoh-3-4-hari-anak-belum-membuang-mungkin-sembelit-buat-cara-ni-sangat-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan 9 Hari Hilang Fauzi Nawawi Bimbang Anak Saudara Masih Belum Ditemui

Hiburan 9 Hari Hilang Fauzi Nawawi Bimbang Anak Saudara Masih Belum Ditemui

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 612 hits
Bimbang selepas sembilan hari tidak temui anak saudaranya Siti Najiha yang masih hilang dan tiada khabar berita pelakon Fauzi Nawawi dedah kembali bagaimana gadis tersebut hilang dari kediamanan kakak sulungnya di Pantai Remis Perak selepas...
Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 356 hits
Apa beza marah dengan berleter pada anak Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak Ada pula yang jenis berlembut Apa saja pendekatan yang d...
Hari Terakhir Kirim Foto Meteran Listrik Ke Pln Begini Cara Lapor Tagihan Listrik Yang Naik

Hari Terakhir Kirim Foto Meteran Listrik Ke Pln Begini Cara Lapor Tagihan Listrik Yang Naik

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 294 hits
Masyarakat masih bisa mengirimkan foto meteran listrik kepada PLN PT PLN memberikan layanan laporan terkait tagihan listrik yang membengkak Laporan tersebut berupa foto yang dapat dikirimkan melalui WhatsApp Layanan ini diberlakukan PLN sej...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 381 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Hukum Anak Belum Baligh Jadi Imam

Hukum Anak Belum Baligh Jadi Imam

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 352 hits
Apakah hukum anak belum baligh jadi imam Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Adakah boleh saya dan suami saya menjadi makmum kepada anak kami yan...
Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 628 hits
Biarpun anak anak masih kecil tetapi mereka juga mempunyai perasaan Jika dimarahi dengan herdikan atau jeritan ia akan membawa kesan terhadap emosi dan tumbesaran mereka Secara automatiknya mereka akan membesar menjadi individu yang kasar j...
Mendikbud Orang Tua Berhak Tak Izinkan Anak Ke Sekolah Jika Dirasa Belum Aman

Mendikbud Orang Tua Berhak Tak Izinkan Anak Ke Sekolah Jika Dirasa Belum Aman

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 261 hits
Keputusan terakhir ada di tangan orang tua peserta didik Orang tua boleh mengizinkan anaknya kembali ke sekolah atau tetap belajar di rumah
Anak Yang Lambat Bercakap Mungkin Ada Masalah Pendengaran Biasanya Anak Kurang Berat Pra Matang

Anak Yang Lambat Bercakap Mungkin Ada Masalah Pendengaran Biasanya Anak Kurang Berat Pra Matang

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 334 hits
Masalah kurang pendengaran di kalangan bayi tidak nampak di mata kasar Bayi boleh mendengar sejak dalam rahim ibu Bunyi yang didengar akan dihantar ke otak dan ditafsir Proses ini amat kompleks Otak bayi yang baru lahir ibarat span yang men...
Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 323 hits
Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba tiba Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit m...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi