Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang


Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil ‘simpuh katak’ atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak-anak yang masih kecil. Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begitu akan mengakibatkan jalan mengengkang.
Anak-anak terutamanya memang suka duduk dengan kedudukan seperti yang dikatakan simpuh katak itu. Kedudukan seperti ini sememangnya sangat selesa untuk mereka bermain, menulis, membaca mahupun ketika makan.
Namun, ibu mahupun orang lebih dewasa menganggap duduk dalam keadaan tersebut agak tidak sopan dan manis dipandang. Apa lagi pada anak kecil terutamanya anak perempuan.

Struktur Tulang Paha ‘Terubah’ bentuk Melihat kepada tabiat ‘unik’ ini, pasti ada ibu bapa yang ingin tahu sejauh mana tabiat berkenaan akan memberikan kesan kepada kesihatan anak-anak jika ia berlarutan sehingga usia dewasa mereka.
Memetik laporan portal Harian Metro yang menemubual seorang Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Hospital Columbia Asia Setapak Dr Shamsul Iskandar Hussein untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Menurut pakar itu tidak dinafikan tabiat duduk berkenaan lebih selesa sejak di peringkat awal usia lagi dan lebih ketara pada kalangan anak-anak menginjak prasekolah.
“Kebiasaan kanak-kanak yang mempunyai tabiat ini adalah dalam kalangan usia umur 18 bulan hingga enam tahun. Pada peringkat awal inilah biasanya struktur tulang paha kanak-kanak ‘terubah’ bentuk (femoral anteversion) menyebabkan posisi duduk simpuh katak lebih selesa untuk kanak-kanak berbanding duduk bersila.
“Kita faham kedudukan simpuh itu berlaku ketika duduk di lantai dalam posisi W. Bahagian yang mana lutut dalam keadaan bengkok, punggung terletak di lantai sementara kaki berlipat setiap sisi. Kaki ini juga sama ada akan terkuak atau rapat pada sisi.”

Boleh Beri Kesan Kepada Kesihatan Tulang Menurut Dr. Shamsul meskipun tabiat itu normal sahaja akibat dipengaruhi fisiologi atau pertumbuhan kanak-kanak, untuk jangka masa yang panjang, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang.
“Seiring dengan peningkatan usia kanak-kanak, mereka juga akan berubah kerana di peringkat kanak -kanak antara lapan hingga 10 tahun ke atas, akan lebih selesa untuk duduk secara bersila.
“Dalam kanak-kanak terlalu asyik bermain sehinggakan mereka duduk dalam postur itu terlalu lama, dikhuatiri ia boleh memberi komplikasi terhadap perkembangan otot teras badan.
“Organ seperti otot abdomen, tulang belakang dan pelvis memainkan peranan penting dalam pengimbangan badan. Kalau ia berterusan, tabiat ini boleh memberi implikasi terhadap masalah pergerakan,” katanya.

Kanak-kanak Alami Masalah Kesihatan, Impak Lebih Buruk Tambah Dr Shamsul Iskandar lagi untuk kanak-kanak mengalami masalah kesihatan tertentu, impak dialami mereka lebih buruk.
Ini merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Ehler Danlos dan kondisi seperti Cerebral Palsy dan Spina Bifida.
Andai kanak-kanak menghidapi penyakit terbabit mempunyai tabiat duduk simpuh W, tona otot kanak-kanak ini akan berubah, sama ada menjadi terlalu keras atau lemah.
Terutama untuk kanak -kanak yang mempunyai Cerebral Palsy atau Spina Bifida, mereka boleh mengalami masalah gangguan pertumbuhan tulang.
Dalam merawat komplikasi akibat tabiat duduk berkenaan, kata Dr Shamsul Iskandar, doktor boleh membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak termasuk saringan dalam memastikan kanak-kanak berkenaan tiada mempunyai penyakit yang berkait seperti Spina Bifida.

Ibu Bapa Perlu Didik Anak Supaya Duduk Cara Betul Namun ditekankan Dr Shamsul Iskandar ialah peranan ibu bapa dalam memastikan mereka lebih peka dalam mencegah memiliki tabiat duduk sedemikian.
“Ibu bapa perlu memastikan anak supaya duduk secara bersila atau menggunakan kerusi untuk duduk ketika membaca buku atau membuat kerja rumah untuk menggantikan posisi duduk simpuh katak,” katanya.
Antara penyelesaian berkaitan komplikasi tabiat simpuh W:
1) Rawatan lebih menjurus kepada pemantauan kerana biasanya masalah ini akan pulih dengan sendiri.
2) Bagi segelintir kanak-kanak, mungkin memerlukan pembedahan pembetulan tulang paha (Derotational Osteotomy) untuk pulih seperti sedia kala.
3) Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit seperti Sindrom Down dan Cerebral Palsy, ahli fisioterapi dan jurupulih tata kerja boleh membantu kanak-kanak berkenaan dengan menyediakan posisi lain, sokongan fisio dan tempat duduk supaya mereka dapat duduk dalam keadaan yang sesuai.
Sumber: Harian Metro
 
The post Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/didik-anak-duduk-cara-betul-elak-tabiat-simpuh-katak-pakar-jelaskan-boleh-beri-kesan-pada-kesihatan-tulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 466 hits
Apabila anak mengamuk ada yang kata biar je ada pula yang kata pujuk Mana satu sebenarnya ibu bapa nak ambil pendekatan Macam ni Anak anak ni ada banyak aspek kemahiran dalam diri dia yang berkembang seiring dengan usia dan pengalaman yang ...
Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak Anak Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak Anak Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 380 hits
Biasa kita lihat anak anak lebih rapat dengan ibu Tetapi ada kajian yang dilakukan mendapati pengaruh ayah turut memainkan peranan penting mendidik anak genius Bila si ayah suka mengambil tahu tentang perkembangan anaknya ia sebenarnya memb...
Cara Didik Anak Supaya Rajin Solat

Cara Didik Anak Supaya Rajin Solat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 448 hits
Cara didik anak rajin solat 5 waktu Malam tadi layan cerita Door to Door Ebit Liew kat astro Prima tak silap Ustaz jalan jalan tengah malam jumpa anak anak muda beri peringatan tentang solat Rajin betul ustaz ni berkali kali ustaz kata jang...
Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

Pegang Phone Waktu Dukung Anak Kata Pakar Tabiat Ini Dapat Cederakan Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 300 hits
Ibu ayah menyedari bahaya sekiranya anak anak terdedah secara berlebihan pada skrin gajet Jika anak anak minta untuk pinjam sebentar pun banyak syarat yang kita kenakan Bimbang anak anak terlalu obses dengan gajet Namun pernahkah anda terfi...
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 363 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Jangan Buang Bubble Wrap Ni Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

Jangan Buang Bubble Wrap Ni Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 342 hits
Setiap kali membeli barangan yang dibungkus dalam kotak bubble wrap tidak terkecuali ada malah ia bersifat melindungi barangan yang dibungkus Kita biasanya akan terus buang sahaja ke dalam tong sampah kerana merasakan ia semak Jangan buang ...
2 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Dengan Menggunakan Lampu Suluh

2 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Dengan Menggunakan Lampu Suluh

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 413 hits
Ramai sudah tahu sebelum ini ada kes dimana kamera tersembunyi dijumpai di dalam bilik penginapan atau hotel yang pastinya boleh menyebabkan privasi dalam situasi berbahaya kerana boleh disebarkan kepada umum atau dijadikan bahan ugutan Ole...
Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 420 hits
Pada usia berapa bayi mula duduk Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar Bergelar ibu bapa pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik Antara salah sat...
Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 328 hits
Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba tiba Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab