Kesatuan Politik Melayu Enjin Kestabilan Negara



SEJAK Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu, dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan, politik Malaysia mula mencorakkan bentuk baru. Ianya banyak melibatkan kesedaran dan perubahan sikap pimpinan politik Melayu khususnya yang sedar dan akur akan kehendak rakyat serta perubahan yang perlu dicetuskan untuk mengembalikan kestabilan politik dalam negara.

Kestabilan politik suka tak suka banyak bergantung kepada kepuasan dan keselesaan kelompok rakyat terbesar dalam negara iaitu orang-orang Melayu. Mana sahaja parti politik atau blok yang mahu memerintah negara dan negeri-negeri perlu mengambil kira sentimen orang-orang Melayu selain kaum yang lain, itulah realiti politik di Malaysia sejak Merdeka.

DAP contohnya satu parti yang cukup faham akan kehendak ini. Setelah bergelut dalam politik negara sejak 1969, mereka sedar tanpa sokongan dan dukungan pengundi Melayu, mustahil mereka dapat merangkul kuasa di peringkat Persekutuan. Kerana itu DAP mengambil beberapa langkah antaranya menonjolkan calon-calon Melayu dan kemudiannya apabila ia kurang berjaya kecuali di kawasan campuran, mengusahakan pula pakatan politik dengan parti-parti lain khususnya yang punya pengaruh Melayu.Ternyata PRU ke-14 lalu setelah menunggu hampir 50 tahun, formula DAP ini berjaya apabila Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan bersama PKR, BERSATU dan PAN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN). DAP dengan pendekatan politik perkauman dan Cauvinis mereka telah berjaya menggembleng sokongan masyarakat bukan-Melayu hingga hampir 90 peratus, manakala dengan bantuan PKR, BERSATU dan PAN, mereka berjaya mengutip kira-kira satu pertiga sokongan pengundi Melayu, apabila BN-Umno dan PAS turut bertanding 3 penjuru menentang PH.PH menyapu bersih kesemua kerusi majoriti bukan-Melayu, selain kerusi-kerusi campuran termasuklah beberapa kerusi majoriti Melayu.Kemunculan Kerajaan baru PH ini pada awalnya rata-rata melegakan rakyat termasuklah orang-orang Melayu yang percayakan janji-janji lunak dan enak yang terkandung dalam Manifesto PH. Namun apabila PH mula mentadbir negara dan kebanyakan negeri-negeri, wajah DAP mula terserlah.Kerajaan baru PH rupanya didominasi wakil-wakil bukan-Melayu dengan DAP memegang saham terbesar. Lalu dengan pengaruh itu rakyat mula melihat satu demi satu dasar dan program Kerajaan dibentuk dan dilaksana berdasarkan acuan perjuangan DAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Negara Sekular’.Rakyat khususnya orang-orang Melayu termasuklah kakitangan Kerajaan dan orang awam mula merasa curiga dan kacau apabila DAP mula menerobos dan masuk campur dalam urusan yang selama ini dianggap sebagai lapangan eksklusif orang-orang Melayu. Tiada sudut yang tidak diusiknya termasuklah hal melibatkan kontrak sosial, bahasa, budaya termasuklah agama dan Raja-raja Melayu. Dalam pada itu janji-janji manifesto tidak ditepati.Menyedari kesilapan dan kerugian ini, bangkit keinsafan bahawa tanpa kuasa politik nasib dan masa depan umat Melayu dan negara terancam dan tidak mustahil boleh tergadai.Lantas dimulakanlah langkah segera, dua buah parti politik Melayu terbesar dalam negara iaitu PAS dan Umno telah memeterai Piagam Muafakat Nasional, menyatakan kesediaan untuk bersatu demi menghadapi ancaman ini.Dan dari situ politik negara terus memasuki fasa baru, Pilihan Raya – pilihan raya Kecil bermula dari Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjong Piai dan terakhir di Kimanis, Sabah membuktikan rata-rata umat Melayu Bumiputera bersedia bangkit bersatu menolak PH dan mendukung usaha penyatuan ini.Kemudian ditakdirkan PH berbalah sesama mereka sehingga Pengerusinya Tun Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri meletak jawatan, mengambil kesempatan dari peluang runtuhnya Kerajaan ini Presiden BERSATU melalui inisiatif politik berbagai pihak telah mendapatkan sokongan PAS, BN, GPS dan beberapa parti Borneo sehingga membentuk Kerajaan baru peringkat Persekutuan dikenali PN.Kesedaran politik semakin membuak-buak selepas itu yang mendorong wakil-wakil rakyat Melayu Islam khasnya dari PKR dan BERSATU termasuklah DAP beralih-arah. Ternyata politik kesatuan ummah, iaitu penyatuan kuasa politik umat Melayu diingini rakyat kebanyakan dan ia apabila terjalin mampu membawa kestabilan politik dan rakyat Malaysia keseluruhannya boleh berasa lega dan tenteram.Maka dari situ satu demi satu Kerajaan Negeri milik PH roboh. Bermula di Johor, bukan hanya ADUN Melayu Islam malah yang bukan-Melayu juga turut menyedari perlunya landskap politik baru dibentuk menggantikan PH. Johor menjadi pemangkin kepada kebangkitan baru diikuti Melaka, Perak dan terbaru di Kedah.Terbukti kesatuan kuasa politik Melayu menjadi kunci kestabilan, bukan bermakna hak masyarakat bukan-Melayu dinafikan tetapi mematikan politik perkauman dan Cauvinis menjadi tuntutan. Masyarakat bukan-Melayu di Malaysia sejak dahulu telah mendapat limpahan keadilan dan kesejahteraan tanpa perlu hadir kuasa politik rasis dan Cauvinis untuk memperjuangkannya dengan melemahkan kuasa politik Melayu. Hatta di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Terengganu nasib mereka terus terbela, tiada yang terpinggir apa lagi didiskriminasi.Hakikatnya hari ini rakyat boleh terima dan tidak protes apabila Tan Sri Muhyiddin bangkit sebagai PM baru, demikian juga di Johor, Melaka dan Perak serta terbaru Kedah, perubahan ini dianggap sebagai satu langkah yang menyelamatkan masa depan mereka.Semoga kesedaran ini terus dipupuk dan perubahan seluruh negara dapat dilaksanakan demi Malaysia yang lebih kukuh, sejahtera dan selamat.Mungkinkah akan berlaku juga selepas ini perubahan di Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor pula? Sama-sama kita tunggu dan doakan, ianya tidak mustahil.Mungkinkah juga ramai lagi wakil rakyat dari PH di peringkat Parlimen yang akan akur dan bersama perubahan landskap politik yang diterajui PN dan MN ini?Marilah kita meletakkan nasib dan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. Politik peribadi, dinasti dan rasis serta Cauvinis perlulah dihapuskan. Malaysia perlukan pimpinan yang mewakili semua kaum dan yang dapat memberi jaminan keadilan dan kesejahteraan buat semua. Ini bukan masanya untuk berbalah dan berebut jawatan, tetapi pasca COVID-19 ini, ia masa untuk membina dan memperkasakan kembali politik, ekonomi dan masa depan negara.Bersama kita membina Malaysia yang baru.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat semua, maaf zahir dan batin.ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/kesatuan-politik-melayu-enjin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Masih Sibuk Main Politik Ketika Negara Diancam Covid 19 Thinalan

Ph Masih Sibuk Main Politik Ketika Negara Diancam Covid 19 Thinalan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Ketika negara masih lagi sedang bergelut dengan pandemik Covid 19 ternyata pembangkang masih sibuk dengan agenda sendiri untuk kembali berkuasa Malah sejak kebelakangan ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu l...
Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Al Habs...
Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 322 hits
Selepas sekian lama tidak bersidang hari ini merupakan hari Istiadat Pembukaan Parlimen untuk kerajaan baru di bawah parti Perikatan Nasional dan ia merupakan mesyuarat kali pertama penggal ketiga Parlimen ke 14 Seperti biasa istiadat ini a...
Kemelut Politik Negara Akibat Sandiwara Tun M

Kemelut Politik Negara Akibat Sandiwara Tun M

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 261 hits
Tiada siapa boleh menafikan bahawa politik negara kita hari ini sangat dinamik sekali kerana tiada yang dapat menduga apa bakal terjadi keesokan harinya segalanya boleh berubah secara drastik dalam sekelip mata dan amat unpredictable Kita t...
Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Sekali Lagi Agong

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Sekali Lagi Agong

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 369 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID 19 Baginda bertitah wakil rakya...
Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat Pusat untuk kembali bersama Pakatan Harapan menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepimpinan di tah...
22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 333 hits
May 16 2020KUALA LUMPUR Parti Islam Se Malaysia bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama sama rakan kerjasama UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad PAS meny...
360 Gelandangan Di Ibu Negara Diberi Kursus Latihan Untuk Mula Kerja

360 Gelandangan Di Ibu Negara Diberi Kursus Latihan Untuk Mula Kerja

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 406 hits
360 gelandangan di ibu negara diberi kursus latihan untuk mula kerja nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 24
Agong Solat Sunat Aidilfitri Di Istana Negara

Agong Solat Sunat Aidilfitri Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 464 hits
Agong solat sunat Aidilfitri di Istana Negara nbsp Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 May 2020 3 33PM
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner