Kesan Tidur Terhadap Otak Kanak Kanak Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu


Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.

Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.

Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.

Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amak penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.

Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.

Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.

Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:

⭕ Umur 2 bulan kebawah :12 – 18 jam
⭕ Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam
⭕ Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam
⭕ Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam
⭕ Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam
⭕ Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam


Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?

Tidur yang tidak mencukupi akan menyebab kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.

Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.

Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.

Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.

Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.

Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.

Penggunaan gadget atau membaca buku terlalu lama boleh membuatkan mata letih dan rabun. Tabiat ini juga akan membuatkan mata cepat kering kerana mata akan kurang berkelip jika dibiarkan melihat skrin pada jangka masa lama.

Bagi memastikan kesihatan mata anak, waktu penggunaan gadget perlu dikawal supaya mata mendapat rehat yang cukup.

Screentime yang terlalu lama juga akan memberi kesan kepada kualiti tidur anak.

Cahaya dari skrin gadget adalah sangat tidak baik terutamanya pada waktu malam kerana otak akan memberi tindak balas kepada badan untuk tetap berjaga sehingga boleh mengganggu waktu tidur.

Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?

1. Tidur dapat membantu proses pembelajaran

Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.

Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyk tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.

2. Tidur Membantu Pembelajaran Kemahiran Motor yang Baru.

Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.

Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.

Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.

3. Tidur Mampu Mendorong Otak Lebih Kreatif

Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti.

4. Tidur Membersihkan Toksik Di Dalam Otak

Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.

‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.

5. Tidur Menguatkan Ingatan

Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.

Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.

Kesimpulannya, sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.

Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.

Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/04/kesan-tidur-terhadap-otak-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Makin Sedar Namun Jumlah Kanak Kanak Terima Vaksin Di Sabah Masih Rendah

Ibu Bapa Makin Sedar Namun Jumlah Kanak Kanak Terima Vaksin Di Sabah Masih Rendah

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 186 hits
Menurut kenyataan dikeluarkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun hanya 23 97 daripada 411 400 kanak kanak di Sabah yang layak menerima vaksin sudah mendapatkan sekurang kurangnya dos pertama KOTA KINABALU Masih ramai ibu ...
Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 245 hits
Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini LAPORAN mengenai anak perempuan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli yang mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat ...
Sekolah Laksana Lokar Sewa Ibu Bapa Nutp Terkejut

Sekolah Laksana Lokar Sewa Ibu Bapa Nutp Terkejut

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 166 hits
Gambar memaparkan jenis lokar ditawarkan syarikat di sebuah sekolah di Kuala Lumpur PETALING JAYA Sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur yang mengenakan bayaran RM120 selama lapan bulan bagi sewaan lokar kepada muridnya untuk menyimpan buku ...
Malas Nak Layan Suami Ibu Paksa Anak Kandung Layan Nafsu Bapa Tirinya

Malas Nak Layan Suami Ibu Paksa Anak Kandung Layan Nafsu Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 1321 hits
Malas nak layan suami ibu paksa anak kandung layan nafsu bapa tirinyaSeorang wanita yang dikenali sebagai Neneng berusia 41 tahun tergamak memaksa anak perempuannya berusia 17 tahun melakukan hubungan intim dengan suaminya Syaiful 45 yang j...
Ibu Bapa Yang Tidak Bertanggung Jawab

Ibu Bapa Yang Tidak Bertanggung Jawab

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 181 hits
MOHD AFFENDI ABBASIbu bapa wajib bertanggungjawab sepenuhnya selagi anaknya itu dibawah tanggungan mereka Kalau x nak bertanggungjawab jangan bela mereka Hantar mereka ke rumah anak yatim Boleh x gitu
Air Untuk Kanak Kanak Ibu Hamil Menyusu Yang Patut Di Minum Kalau Nak Bepuasa

Air Untuk Kanak Kanak Ibu Hamil Menyusu Yang Patut Di Minum Kalau Nak Bepuasa

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 221 hits
Ibu hamil dan menyusu memerlukan tenaga dan kalori yang banyak setiap hari lebih lebih lagi jika niat ingin berpuasa pada bulan ramadan Namun diingatkan jika anda tidak kuat untuk berpuasa jangan sampai memaksa diri Bagi yang nak mencuba un...
Pelik Di Dunia Di Syurga Dia Anak Paling Sempurna Luah Ibu Kanak Kanak Autisme

Pelik Di Dunia Di Syurga Dia Anak Paling Sempurna Luah Ibu Kanak Kanak Autisme

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 312 hits
Siti Nadirah Hafidzin berkata ciri pelik pada Hasya Nur Dhuha membuatkannya bersama suami nekad merujuk anak mereka kepada pakar kanak kanak KLANG Dua tahun pertama tumbesaran Hasya Nur Dhuha Hafidzul Hilmi 5 tidak banyak berbeza seperti ka...
Akhirnya Rngka Kanak Perempuan Telah Ditemui Namun Luahan Bapa Kanak Ini Buat Ramai Rasa Sebak

Akhirnya Rngka Kanak Perempuan Telah Ditemui Namun Luahan Bapa Kanak Ini Buat Ramai Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 283 hits
Seremban Polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud di sini pagi tadi selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu
Konsert Justin Bieber Bimbang Ibu Bapa Anak Tak Sempat Bertaubat Sebelum Mati Ustazah Asma Harun

Konsert Justin Bieber Bimbang Ibu Bapa Anak Tak Sempat Bertaubat Sebelum Mati Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 168 hits
Susulan teguran dan nasihat Ustazah Asma Harun terhadap golongan belia bakal menghadiri konsert penyanyi Justin Bieber ramai anak muda termasuk ibu bapa mereka meluahkan rasa tidak puas hati lalu mengecam pendakwah bebas itu Ustazah Asma ba...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport