Ibu Bapa Makin Sedar Namun Jumlah Kanak Kanak Terima Vaksin Di Sabah Masih Rendah


 
Menurut kenyataan dikeluarkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, hanya 23.97% daripada 411,400 kanak-kanak di Sabah yang layak menerima vaksin, sudah mendapatkan sekurang-kurangnya dos pertama.KOTA KINABALU: Masih ramai ibu bapa di Sabah tidak membawa anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 walaupun kesedaran dalam kalangan mereka berhubung kepentingan imunisasi itu semakin bertambah.
Menurut kenyataan dikeluarkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, semalam, hanya 23.97% daripada 411,400 kanak-kanak di Sabah yang layak menerima vaksin, sudah mendapatkan sekurang-kurangnya dos pertama.
Katanya, jumlah kanak-kanak lengkap dua dos vaksin setakat semalam hanya berjumlah 2,795 penerima atau 0.68% sahaja.
Seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Nana, 39, berkata dia pada mulanya masih ragu-ragu memberikan vaksin Covid-19 kepada anak-anaknya.

Katanya, keraguan itu susulan maklumat “luar” diterimanya yang mendakwa ada kesan buruk vaksin terhadap kanak-kanak.
Bagaimanapun, hatinya terbuka menghantar anak-anaknya menerima vaksin selepas kesemua mereka dijangkiti Covid-19.
“Saya dan suami bukanlah anti vaksin, kami berdua telah lengkap menerimanya termasuk dos penggalak, namun, kami pada mulanya masih ragu-ragu dengan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak.
“Ibu bapa mana yang tidak risau, lebih-lebih lagi apabila mendapat maklumat daripada saudara sendiri dan kenalan yang mengatakan vaksin Covid-19 memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.
“Pada waktu itu, kami mengambil sikap tunggu dan lihat, tetapi malangnya kami sekeluarga termasuk tiga anak saya diserang Covid-19,” katanya kepada FMT.
Katanya, hasil perbincangan dengan suaminya, mereka akhirnya bersetuju membawa anak mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Syukur setakat ini, tiada kesan buruk berlaku ke atas anak kami,” katanya.
Nana berkata, anaknya berusia 12 tahun telah menerima dos pertama, pada Jumaat lalu, manakala seorang lagi anaknya berusia sembilan tahun menerima dos pertama, keesokan harinya.
Katanya, seorang lagi anaknya belum layak menerima vaksin kerana baharu berusia tiga tahun.
“Syukur juga dua anak saya telah terima vaksin, lebih-lebih lagi risiko untuk dijangkiti semakin tinggi kerana sesi persekolahan kembali seperti sebelum ini iaitu secara bersemuka,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ibu yang mahu dikenali sebagai Zay, 35, berkata, dua anak perempuannya berusia enam dan lapan tahun sehingga kini masih belum menerima vaksin.
Katanya, dia dan suami belum menghantar anak mereka menerima vaksin bukan kerana risau terhadap kesan sampingan, tetapi masa belum “berpihak” kepada mereka untuk berbuat demikian.
“Saya dan suami sebelum ini positif Covid-19, namun syukur tiga anak kami pula negatif tapi kami terpaksa menjalani kuarantin.
“Kami bercadang untuk menghantar anak kami ke PPV selepas selesai menjalani kuarantin namun kerana tugasan sebagai guru, lebih-lebih lagi pada masa sama sesi persekolahan bermula, kami terpaksa menangguhkannya dulu,” katanya.
Zay berkata, dia akan mencari masa sesuai secepat mungkin menghantar anak mereka mendapatkan vaksin.
“Saya ada terbaca, semakin ramai kanak-kanak dijangkiti Covid-19 kerana belum menerima vaksin dan oleh sebab itu vaksin sangat penting.
“Kami bukanlah membelakangkan soal kesihatan anak-anak, tetapi masa sangat tidak berpihak kepada kami.
“Kami akan hantar mereka (anak-anak) dapatkan vaksin dalam masa terdekat ini,” katanya.
Seorang ayah, Lester Lee, 43, berkata, anak-anaknya antara terawal mendapatkan vaksin selepas Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids), dilancarkan pada Feb.
“Ramai kanak-kanak di negara luar telah menerima vaksin dan kehidupan mereka saya lihat sudah kembali normal dan sebab itu bagi saya, vaksin Covid-19 penting untuk semua termasuk kanak-kanak.
“Kalau kita mahu kembali kepada kehidupan normal, kita harus lakukan apa yang disarankan oleh pihak berkaitan tapi saya sedikit “kurang faham” kenapa peratusan kanak-kanak yang telah menerima vaksin di Sabah masih rendah dan lembab.
“Kepada ibu bapa lain di luar sana, saya harap mereka hantarlah anak mereka (untuk mendapatkan vaksin)… jangan terlalu percaya dengan khabar angin,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/ibu-bapa-makin-sedar-namun-jumlah-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Tidur Terhadap Otak Kanak Kanak Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu

Kesan Tidur Terhadap Otak Kanak Kanak Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 213 hits
Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal yang tidak menyediakan jadual rutin anak yang membiarkan anak berj...
Akhirnya Rngka Kanak Perempuan Telah Ditemui Namun Luahan Bapa Kanak Ini Buat Ramai Rasa Sebak

Akhirnya Rngka Kanak Perempuan Telah Ditemui Namun Luahan Bapa Kanak Ini Buat Ramai Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 283 hits
Seremban Polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud di sini pagi tadi selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu
Hiburan Benci Habis Ni Jadi Mangsa Penceraian Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Hiburan Benci Habis Ni Jadi Mangsa Penceraian Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 171 hits
Satu dilaporkan telah tular di media sosial Twitter hari ini apabila ia memaparkan seorang kanak kanak lelaki telah dinafikan haknya untuk berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri akibat penceraian Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu seo...
Dr Kongsi Kes Kanak Kanak Tertelan Syiling 50 Sen Ini Patut Ibu Ayah Buat

Dr Kongsi Kes Kanak Kanak Tertelan Syiling 50 Sen Ini Patut Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 143 hits
Kes tertelan syiling atau benda kecil dalam kalangan kanak kanak antara yang sering berlaku Kadang ia berlaku tanpa ibu bapa perasan pun waktu bila anak memasukkan obejek tersebut Keadaan ini biasanya akan disedari apabila anak mula menunju...
5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0iis Tudvh Gadaikan Tanah Penlnggaian Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 202 hits
Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila lima orang anak kandungnya dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya
Graduan Men1nggal Dunia Ibu Bapa Jadi Wakil Ketika Majlis Konvokesyen Buat Ramai Seb4k

Graduan Men1nggal Dunia Ibu Bapa Jadi Wakil Ketika Majlis Konvokesyen Buat Ramai Seb4k

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 146 hits
Kehilangan insan tersayang yang pergi buat selama lamanya adalah pengalaman pahit dan sedih buat semua orang Tetapi itulah hakikat kehidupan iaitu setiap yang bernafas mesti akan pergi tidak kira cepat ataupun lambat kerana itulah lumrah ke...
Air Untuk Kanak Kanak Ibu Hamil Menyusu Yang Patut Di Minum Kalau Nak Bepuasa

Air Untuk Kanak Kanak Ibu Hamil Menyusu Yang Patut Di Minum Kalau Nak Bepuasa

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 221 hits
Ibu hamil dan menyusu memerlukan tenaga dan kalori yang banyak setiap hari lebih lebih lagi jika niat ingin berpuasa pada bulan ramadan Namun diingatkan jika anda tidak kuat untuk berpuasa jangan sampai memaksa diri Bagi yang nak mencuba un...
Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak

Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 150 hits
TERIMA KASIH Juliana mewakili Allahyarhamah anaknya menerima ijazah daripada Naib Canselor UMS Foto Ihsan Universiti Malaysia Sabah KOTA KINABALU Tiada ungkapan mampu dilafazkan oleh seorang ibu tatkala menerima ijazah Allahyarhamah anak ke...
Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 230 hits
Dalam entry sebelum ni k fiezz ada selitkan adik ipar k fiezz disahkan mengandung anak pertama Jadi k fiezz nak kongsi beberapa info untuk ibu hamil pertama kali macam adik ipar k fiezz ni Ewah macam ada pengalaman je k fiezz ooiii hehe Ala...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian