Kesan Tapak Kaki Pada Rusuk Adib Persoalannya Siapa Yang Memukul Adib


Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama.

Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R Narresh, 30, berkata dia melihat kesan itu meneliti badan Muhammad Adib ketika mereka berada di bahagian belakang trak Mitsubishi Storm semasa dalam perjalanan ke hospital.

Jelas R Narresh, kesan lebam itu dilihat pada bahagian luar rusuk kanan anggota itu kerana ada tanda kemerahan di bahagian sama.

"Dia (Muhammad Adib) tu (berkulit) putih. Tapi dekat dia punya ribs (rusuk) bahagian kanan lebam, kemerahan. Sebab dia berkulit cerah jadi boleh nampak.

"Bila tengok merah, saya ingat ada pendarahan dan saya terus bersiap sedia dengan mengambil baju anggota bomba untuk diikat pada badannya.

"Saya juga nampak ada kesan garisan tapak kasut pada rusuk kanan (Muhammad Adib). Saya kemudian lap dan ia (kesan tapak kasut) hilang," kata Narresh yang merupakan saksi kesembilan inkues ketika menjawab pertanyaan pegawai pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.

Narresh berkata, dia datang ke lokasi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada malam itu dengan enam rakannya yang lain selepas mengetahui tentang perkembangan kejadian di kuil melali Facebook.

Menjawab soalan lain dari Hamdan berhubung keadaan Muhammad Adib ketika itu, Narresh berkata anggota bomba berkenaan mengalami kesukaran bernafas, mata tertutup, tidak responsif dan denyutan nadi perlahan.

"Saya periksa dia punya nadi, sedang menurun. Memang tak boleh buat CPR sebab risiko tinggi," katanya.

Narresh berkata, dia mula-mula melihat anggota bomba yang tercedera itu lengkap berpakaian seragam celoreng jingga dan dikelilingi sekumpulan 10 hingga 15 individu yang kebanyakannya mengambil gambar dan merakam video.

Tambah Narresh, dia kemudian cuba mencari sesiapa yang dapat membawa anggota bomba itu ke hospital, namun gagal pada mulanya.

Dia kemudian kembali untuk memeriksa anggota bomba itu semula dan mendapati kumpulan lebih besar dalam 10 hingga 30 individu berhampiran anggota bomba itu yang ketika itu hanya memakai seluar seragamnya.

Pada ketika itu, jelas Narresh, dia meminta kira-kira enam hingga tujuh individu mengangkat anggota bomba berkenaan sementara dia berlari di hadapan dan akhirnya menemui pemandu Mitsubishi Storm yang sanggup membantu membawa Muhammad Adib ke hospital.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN).

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/02/kesan-tapak-kaki-pada-rusuk-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 568 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190218 inkues adib kesan tapak kasut jpg fit 600 2C400 ssl 1Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan ang...
Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 903 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata mangsa...
Saya Disepak Ketika Terjatuh Di Atas Kaki Adib Saksi

Saya Disepak Ketika Terjatuh Di Atas Kaki Adib Saksi

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 468 hits
dan Astro Awan Allahyarham Mohd Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara Gambar fail SHAH ALAM Mahkamah Koroner hari ini diberitahu saksi ke 8 dalam prosiding inkues kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd K...
Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari Rileks Media

Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 454 hits
Beberapa kajian dijalankan mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Diambil petikan dari laman stylecraze com terdapat banyak manfaat melakuka...
Apa Jadi Kalau Letak Hirisan Bawang Bawah Tapak Kaki Ketika Tidur Rileks Media

Apa Jadi Kalau Letak Hirisan Bawang Bawah Tapak Kaki Ketika Tidur Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 669 hits
Kaedah ini sentiasa diamal oleh orang China malah perubatan China juga mengesyorkan orang ramai mengikut kaedah ini Kenapa Sebenarnya cara ini berkait rapat dengan sistem saraf Telapak kaki ada banyak saraf yang berbeza Lebih kurang 7000 uj...
Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr Diy Tampil Beri Penjelasan

Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr Diy Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 359 hits
Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr DIY Tampil Beri Penjelasan Sejak semalam tular di media sosial Facebook dan Twitter dengan satu video mengenai aksesori pelekat kenderaan yang mempunyai cetakan ...
Allahyarham Muhammad Adib Patah Empat Tulang Rusuk Paru Paru Kempis

Allahyarham Muhammad Adib Patah Empat Tulang Rusuk Paru Paru Kempis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 398 hits
ISMA WEB SHAH ALAM Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya selain patah empat tulang rusu...
Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 266 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan turut menyertai Mahkamah Koroner lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Zuraida tiba pada jam 10 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam bersama Pengarah Ja...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100