Allahyarham Muhammad Adib Patah Empat Tulang Rusuk Paru Paru Kempis


ISMA WEB
SHAH ALAM – Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya, selain patah empat tulang rusuk.
Dr M Nantha Kumeran, 39, yang bertugas di jabatan kecemasan Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) sejak 2013, berkata laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan).
“Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).”
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai pengendali inkues kematian Muhammad Adib.
Doktor berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas, berkata beliau mula memeriksa Muhammad Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal pagi 27 November lepas.
Zhafran: “Bagaimanakah pemerhatian kamu?”
Dr Nantha Kumeran: “Dia (Adib) mengalami kesukaran untuk bernafas, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan membuat bunyi yang tidak dapat difahami. Saya memeriksa (kadar denyutan) nadinya, ia kira-kira 145 denyutan seminit, tekanan darahnya adalah 85/46… tahap maksimum oksigen sekitar 48 peratus.”
Zhafran: “Apa lagi?”
Dr Nantha Kumeran: “Tiada baju, kasut atau sarung kaki. Dia (Adib) memakai seluar (seragam) Bomba.”
Doktor itu berkata beliau tidak boleh berkomunikasi dengan Muhammad Adib ketika itu kerana anggota Bomba berkenaan hanya membuat bunyi yang tidak dapat difahami manakala dan tahap kesedarannya pula rendah.
Dr Nantha Kumeran berkata, beliau kemudian mengarahkan supaya dibuat pemeriksaan X-ray, yang dilakukan pada 1.35 pagi, 27 November di dalam bilik pemulihan itu.
Mengenai laporan X-ray, doktor itu berkata beliau dapat melihat dengan jelas bahawa Muhammad Adib mengalami kontusi paru-paru.
“(Saya dapat lihat) tulang rusuk yang patah (dalam X-ray) tetapi lebih banyak kontusi atau lebam (paru-paru). Kecederaan paru-paru adalah lebih daripada tulang rusuk. Kontusi paru-paru adalah kecederaan pada paru-paru,” katanya.
Zhafran: “Apakah penyebab kontusi paru-paru?”
Dr Nantha Kumeran: “Trauma tumpul boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru.”
Doktor itu berkata laporan X-ray menunjukkan terdapat tompokan putih di seluruh paru-paru Muhammad Adib, yang bermakna kecederaan paru-paru atau kontusi paru-pasu.
Beliau berkata sebelum pemeriksaan X-ray, intubasi iaitu proses memasukkan tiub menerusi mulut dan kemudian terus ke tenggorok, dilakukan ke atas Muhammad Adib.
Katanya selepas merawat Muhammad Adib selama sejam, beliau berjumpa tiga lelaki India yang membawa Muhammad Adib ke SJMC untuk bertanya apa yang berlaku kepadanya.
Ketiga-tiga mereka menyatakan Muhammad Adib mungkin terjatuh daripada jentera Bomba atau mungkin telah dipukul, katanya.
Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/allahyarham-muhammad-adib-patah-empat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 567 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190218 inkues adib kesan tapak kasut jpg fit 600 2C400 ssl 1Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan ang...
Kesan Tapak Kaki Pada Rusuk Adib Persoalannya Siapa Yang Memukul Adib

Kesan Tapak Kaki Pada Rusuk Adib Persoalannya Siapa Yang Memukul Adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 289 hits
Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia R Na...
Pelik Adib Hanya Cedera Bahagian Rusuk Doktor Pakar Pula Dedah Sesuatu Selepas Rawat Adib

Pelik Adib Hanya Cedera Bahagian Rusuk Doktor Pakar Pula Dedah Sesuatu Selepas Rawat Adib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 681 hits
Ada beberapa faktor boleh menyebabkan keced3raan pada bahagian dada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 dipercayai akibat objek tumpul ketika rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya pada 27 November tahun la...
Khasiat Merawat Tulang Patah Dari Tok Batin Yang Mudah Tapi Power

Khasiat Merawat Tulang Patah Dari Tok Batin Yang Mudah Tapi Power

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 477 hits
Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit Masa tu...
Laporan Perubatan Adib Meninggal Sebab Kegagalan Teruk Paru Paru

Laporan Perubatan Adib Meninggal Sebab Kegagalan Teruk Paru Paru

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 307 hits
Laporan perubatan Adib meninggal sebab kegagalan teruk paru paru INKUES Ketua dan Pengarah Operasi Institut Jantung Negara Dr Mohamed Ezani Md Taib saksi ke 14 berkata demikian di mahkamah hari ini
Inkues Kematian Muhammad Adib

Inkues Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 336 hits
BANGI 17 Jamadilakhir 1440H Jumaat Sejak awal lagi kita sudah jangka apa akan berlaku kalau dibuat inkues Mereka akan cuba merubah naratif kematian Muhammad Adib kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya Beliau berkata de...
Sekolah Agama Gelang Patah 20190216 Sesi Pertemuan 6 Darjah Khas

Sekolah Agama Gelang Patah 20190216 Sesi Pertemuan 6 Darjah Khas

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 889 hits
Sekolah Agama Gelang Patah 20190216 Sesi Pertemuan 6 Darjah Khas Yok Macam biasa setiap Sabtu Cuma Sabtu depan ni ja tengah dok mikir lagi sebab ada anugerah cemerlang kat Nusa Perintis hari yang sama Hehehe Tolong jangan tanya lebih lebih ...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier Di Tokyo Ini Perjalanan Cinta Mereka

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains