Kesan Surah Ad Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita


Kesan Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita. Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya. Namun, adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad-Dhuha sebenarnya telah memberi pendedahan berupa pengajaran dan kesannya dalam kehidupan seharian kita?
BACA: Tiada Aurat Antara Suami & Isteri, Tapi Bila Bersentuhan Batal Wuduk? Ini Jawapannya!
Kesan Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita
Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.
Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?
Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.
Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk :
Menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.
Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.
1 – (وَالضُّحَىٰ ) – “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)
Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.
2 – ( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى) – “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”
Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.
Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.
Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.
3 – (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ) – “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu”
Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.
4 – (وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ) – “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”
Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?
Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang terbaik.
Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.
Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.
Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik untuk kita.
5 – (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ) – “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”
Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!
Sumber: My Info Maya
The post Kesan Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kesan-surah-ad-dhuha-boleh-mengubah-kehidupan-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scotland Larang Ibu Bapa Pukul Anak Kerana Ia Boleh Mendatangkan Kesan Buruk

Scotland Larang Ibu Bapa Pukul Anak Kerana Ia Boleh Mendatangkan Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 349 hits
Scotland pada Khamis menjadi bahagian pertama di Britain yang melarang ibu bapa memukul anak mereka lapor agensi berita China Xinhua Undang undang baharu itu telah mendapat kelulusan Anggota Parlimen Scotland di Edinburgh Sejumlah 84 anggot...
Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 574 hits
Cara Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan Kemurungan tak boleh dibuat main ya sebab ada banyak sebab kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan kemurungan awal Iaitu kemurungan ringan yang ramai orang pandan...
Lawatan Anda Keblog Ni Mampu Mengubah Kehidupan Keluarga Kami

Lawatan Anda Keblog Ni Mampu Mengubah Kehidupan Keluarga Kami

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 334 hits
Nama Saya Rohaizam Umur 43 Tahun Saya bekerja Sebagai Jaga jer Dengan Ekonomi Sekarang Saya Merasa Terhimpit Dengan Pendapatan Yang Saya Terima Sekarang Bukan Tidak Bersyukur Tapi Anda Pun Tahu Sara Hidup Sekarang Memerlukan Perbelanjaan Ya...
Jika Aku Boleh Putarkan Waktu Kenang 6 Wira Terkorban Abang Bomba Sampaikan Lagu Meruntun Jiwa

Jika Aku Boleh Putarkan Waktu Kenang 6 Wira Terkorban Abang Bomba Sampaikan Lagu Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 397 hits
Niat mahu menyelamat bertukar tragedi apabila enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra ...
10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 403 hits
Setiap wanita menginginkan kerja rumah yang beres dan tidak membuang masa Memang setiap wanita tidak dapat lari dari tugas rumah samada mereka itu seorang pekerja ibu nenek atau masih gadis Untuk menjadi seorang suri rumah yang ideal bukan ...
Bayi Boleh Jadi Pintar Kalau Ibu Yang Menyusu Bijak Pilih Pemakanan

Bayi Boleh Jadi Pintar Kalau Ibu Yang Menyusu Bijak Pilih Pemakanan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 341 hits
Sebarang makanan atau minuman yang anda ambil semasa penyusuan adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal iaitu sewaktu tubuh anda mula menghasilkan susu ibu Bagi menghasilkan susu badan tubuh anda memerlukan b...
Realme X2 Pro Boleh Dicas Sehingga Penuh Dalam Masa 35 Minit Melalui 50w Supervooc

Realme X2 Pro Boleh Dicas Sehingga Penuh Dalam Masa 35 Minit Melalui 50w Supervooc

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 299 hits
Pengeluar pengeluar peranti Android berlumba lumba untuk hadir dengan sistem pengecasan pantas tersendiri Apple pula jauh ketinggalan di belakang dengan sistem pengecasan pantas yang terhad kepada 18W sahaja Terkini peranti akan datang Real...
7 Petua Masak Nasi Lambat Basi Boleh Tahan Sampai 2 Hari Suri Rumah Wajib Tahu

7 Petua Masak Nasi Lambat Basi Boleh Tahan Sampai 2 Hari Suri Rumah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 406 hits
Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi Sedangkan nasi bungkus yang kita beli di warung nasi lambat basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk Apa rahsia mereka agaknya Dengan 7 petua masak nasi lambat basi ini anda juga ...
Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 420 hits
Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan para wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital Pada waktu itu kita akan mengimbas kembali apakah yang kita makan semalam atau sepanjang minggu itu Kenaik...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv