Kesan Hukuman Najib Di Malaysia


Najib dikatakan sebagai satu signifikan yang mengagumkan kepada kaum Melayu dan budaya politik Malaysia  

PEMENJARAAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu signifikan yang mengagumkan kepada kaum Melayu dan budaya politik Malaysia.
Sejak merdeka pada tahun 1957, Perdana Menteri digambarkan sebagai pelindung utama sebahagian besar penduduk.
Sebagai pelindung, beliau bukan sahaja menjadi pemegang jawatan yang paling penting dalam sistem politik Malaysia.
Beliau juga pewaris pihak berkuasa politik yang berakar umbi sejak pemerintahan politik tradisional Kesultanan Melayu selama berabad-abad.
Ekoran melindungi kepentingan rakyat terutama Melayu, beliau berhak untuk tidak dipersoalkan.
Tidak mempersoalkan kesetiaan, tanpa mempedulikan sama ada tindakan Sultan betul atau salah, adalah sifat terpuji dalam hubungan antara pemimpin dengan pihak yang dipimpin.
Walaupun ia sudah terhakis melalui pendidikan, amalan demokrasi dan seumpamanya, sifat tersebut masih kekal melalui UMNO) seperti hujah saya dalam buku berjudul Protector pada tahun 1979.
Buku itu adalah kajian tentang pemimpin dan orang yang dipimpin dari zaman Kesultanan Melaka hingga kini.
UMNO sudah memakai jubah pelindung Melayu selama berdekad-dekad bagi menentang ancaman sebenar dan khayalan sehinggalah 9 Mei 2018 apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Walaupun mengalami kekalahan, UMNO masih sebuah gerakan politik yang mengagumkan. Ia masih kekal sebagai parti politik paling berkuasa dalam kalangan orang Melayu.
Ketidakmampuan musuhnya, Pakatan Harapan (PH) yang memerintah dari bulan Mei 2018 hingga Februari 2020, untuk menunjukkan ia lebih berkemampuan daripada UMNO dalam melindungi kepentingan orang Melayu mempermudahkan UMNO memperkukuhkan kedudukannya.
Tambahan pula, dua pemain utama dalam PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terlibat dalam permainan wayang kulit berhubung persoalan bilakah seorang daripada mereka sepatutnya digantikan.
Hasil keputusan daripada wayang kulit itu, PH dan sekutunya tidak dapat mengumpulkan tenaganya untuk mengekang dan mengurangkan pengaruh UMNO.
Chandra berpendapat UMNO masih sebuah gerakan politik yang mengagumkan dan ia masih kekal sebagai parti politik paling berkuasa dalam kalangan orang Melayu.
Keputusan mahkamah terhadap Najib yang dituduh melakukan penipuan, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram hakikatnya melibatkan seseorang yang pernah menjadi pelindung yang utama tersebut.
Adakah seseorang sepatutnya mempersoalkan kesetiaan kepada seorang pemimpin? Pastinya, kesetiaan hanya kepada kebaikan. Mana boleh berlaku kesetiaan terhadap kejahatan?
Tidak bolehkah majoriti pemimpin UMNO dan tiga juta anggota akar umbi melihat keputusan terhadap Najib dan perbicaraan melibatkan tokoh-tokoh besar UMNO lain sebagai satu peringatan kepada parti untuk menghapuskan rasuah dan penipuan?
Dengan perkataan lain, tidakkah kejadian yang tidak pernah berlaku itu iaitu bekas Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri dipenjarakan atas tuduhan rasuah mendorong parti itu memeriksa diri sendiri sekali gus melakukan pembersihan jiwa raganya?
Bukan sahaja UMNO yang perlu melakukan pembersihan. Berdasarkan kepada kurangnya ketelusan dalam dana pilihan raya dan pembiayaan politik di negara ini, semua parti politik sepatutnya melakukan pembersihan masing-masing.
Justeru, itulah sebab mengapa cadangan mengenai undang-undang pembiayaan politik dan elektoral yang belum dilihat pada masa ini sepatutnya diberikan perhatian paling tinggi oleh para penggubal undang-undang dan rakyat.
Kita perlu menggalakkan perkara tersebut atas dua sebab. Pertama, sabitan kes Najib mengingatkan kita bahawa badan kehakiman telah mendapati tokoh kenamaan bersalah melakukan penipuan dan menghukum mereka. Tidak banyak sistem kehakiman di dunia yang melakukan perkara itu tanpa rasa bimbang atau memihak.
Kedua, adalah sesuatu yang luar biasa bahawa pihak eksekutif terutamanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendukung ikrarnya tidak campur tangan dalam proses kehakiman walaupun lelaki yang berada di dalam kandang pesalah masih lagi seorang ahli politik yang dianggap tokoh besar dalam UMNO, komponen utama dalam Perikatan Nasional yang memerintah.
Tambahan pula, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dilihat bergantung kepada sokongan daripada parti Najib.
Ia adalah satu langkah berani untuk membenarkan pelaksanaan kedaulatan undang-undang dan keadilan seperti yang diperkatakan Muhyiddin. Beliau mampu melakukannya.
*Dr Chandra Muzaffar ialah seorang cendekiawan sains politik
SH
The post Kesan hukuman Najib di Malaysia appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/02/kesan-hukuman-najib-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sebalik Hukuman Ke Atas Najib Razak

Di Sebalik Hukuman Ke Atas Najib Razak

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 393 hits
PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara Semoga reformasi ini akan ...
Najib Dijatuhkan Hukuman Sahabat2 Pas Datang Ziarah Beri Sokongan

Najib Dijatuhkan Hukuman Sahabat2 Pas Datang Ziarah Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 3484 hits
Semalam pastinya satu hari yang sangat meletihkan buat seorang bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak apabila seharian berada di mahkamah Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan berhubung pertuduhan yang dihadapinya Namun ...
Hukuman Ke Atas Najib Menjadikan Umno Murah Dan Sudah Boleh Dibeli

Hukuman Ke Atas Najib Menjadikan Umno Murah Dan Sudah Boleh Dibeli

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 353 hits
UMNO bagai kehilangan ibu ayam kucar kacir dan bapak ayam yang ada gagal mententeramkan Kini musuh dalam selimut sudah mula mencucuk jarum suka atau tidak akhirnya umno kena tarik hidung Akan ramai pemimpin perlu memilih jalan selamat denga...
Rakaman Sidang Media Najib Razak Shafie Selepas Dijatuhkan Hukuman Video

Rakaman Sidang Media Najib Razak Shafie Selepas Dijatuhkan Hukuman Video

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 449 hits
Sidang Media Datuk Seri Najib Tun Razak Dan Peguam Tan Seri Datuk Seri Shafee Abdullah Di Lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur The post appeared first on
Hukuman Penjara Najib Ditangguh Jaminan Rm2 Juta

Hukuman Penjara Najib Ditangguh Jaminan Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 377 hits
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sehingga rayuan diputuskan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaiman...
Pendakwa Raya Mahu Hukuman Paling Berat Dijatuhkan Ke Atas Najib

Pendakwa Raya Mahu Hukuman Paling Berat Dijatuhkan Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 345 hits
Kes penyelewengan wang SRC International Sdn Bhd mencalar imej negara dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menanggung kesan akibat perbuatan itu Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram berkata ia adalah pertama kali Perdana Menteri...
Mahkamah Benarkan Najib Tangguh Hukuman Penjara Dengan Jaminan 2 Juta

Mahkamah Benarkan Najib Tangguh Hukuman Penjara Dengan Jaminan 2 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 312 hits
Baru je sebentar tadi Ohmedia naikkan artikel yang menyatakan Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta Terkini Pihak pembelaan telah berjaya mendapatkan kebenaran pihak Mahkamah Tinggi...
Hukuman Penjara 12 Tahun Najib Di Tangguhkan Hingga Rayuan Di Dengar Dan Di Putuskan

Hukuman Penjara 12 Tahun Najib Di Tangguhkan Hingga Rayuan Di Dengar Dan Di Putuskan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 657 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya sehingga rayuan didengar dan diputuskan Bagaimanapun hakim Mohd Nazlan Mohd G...
Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 272 hits
Hari ini jam 10 pagi adalah hari yang penting untuk DS Najib Razak kerana keputusan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes SRC International akan diketahui Disamping datang memberi sokongan di mahkamah atau mengikuti kes dari ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali