Di Sebalik Hukuman Ke Atas Najib Razak

PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil  tinggi wajar dipuji. Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan  institusi kehakiman negara. Semoga reformasi ini akan berjaya  direalisasikan sepenuhnya.
Namun kecekalan bekas Perdana Menteri ke enam negara, Datuk Seri  Najib Razak dalam usaha membersihkan namanya di mahkamah wajar dikagumi.  Sikap beliau yang tidak mengheret rakyat kejalanan untuk membantah  keputusan mahkamah wajar dipuji.
Benar, tidak mudah buat Najib untuk mendepani saat-saat sukar ini.  Mereka yang rapat dengan beliau dahulu kini ramai yang telah menjauhkan  diri.
Hanya sahabat sejati yang masih bersama dan kakitangan kerajaan serta  rakyat bawahan yang pernah beliau bantu atau menerima manfaat secara  langsung dan tidak langsung iaitu melalui dasar-dasar yang beliau  perkenalkan semasa era kepimpinan beliau dahulu masih setia bersama  ketika susah dan senang.
Apapun itulah hakikat kehidupan yang berat untuk ditelan tetapi amat  bermakna kerana ia mendewasakan lagi mematangkan. Sesungguhnya Allah  jualah sebaik-baik tempat mengadu. Buat pemimpin lain malah semua kita,  sedarlah bahawa tidak semua yang ada di sekeliling kita akan bersama  kita ketika kita susah.
Buat barisan kepimpinan UMNO, bertenanglah. Jangan terburu-buru dalam  membuat keputusan. Izinkan Najib lengkapi segala proses perundangan  yang ada. Tenanglah dalam membuat keputusan dan dalam melangkah.
Kembali kepada keputusan yang telah dibuat oleh tuan hakim terhadap  Najib, pastinya ia telah sedikit sebanyak merenggut semangatnya, harapan  para penyokongnya dan mereka yang bersimpati dengannya.
Tidak sedikit yang mendirikan solat hajat memohon pertolongan Allah  agar diberi kemenangan kepada beliau dan begitu juga yang menitis air  mata kerana sedih dan kesal dengan hukuman yang dijatuhkan. Allah pasti  bersama orang-orang yang sabar.
Ada antara mereka itu tidakpun pernah bersua muka dengan beliau  apatah lagi mendapat apa-apa manfaat besar seperti sesetengah pihak.  Namun kasih mereka adalah atas kenangan terhadap budi baik  Najib yang  pernah membantu mereka menerusi dasar atau program mesra rakyatnya.
Tidak dinafikan juga bahawa ramai yang gembira dalam menyambut  hukuman yang dijatuhkan kepada beliau. Contohnya, lawan politik atau  musuh beliau melihat perkara ini sebagai satu kemenangan buat mereka.
Begitu juga kepada mereka yang tidak sehaluan dengan beliau baik  secara langsung mahupun tidak langsung. Malah ada juga segelintir  masyarakat yang tidak ambil kisah sama sekali.
Walau apapun keadaannya,  Najib memang dekat dihati rakyat khususnya  orang Melayu dan rakyat bawahan. Walaupun beliau anak seorang bangsawan  dan bekas Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak sombong malah dianggap  sebagai seoarang yang mesra, mueah didekati dan benar-benar prihatin  kepada kebajikan rakyat. Tidak ramai pemimpin yang mempunyai sifat  seperti beliau.
Tidak dapat dinafikan bahawa banyak jasa-jasa beliau kepada rakyat  dan negara. Lebih separuh usianya dikorbankan untuk berkhidmat buat  rakyat dan negara. Lihatlah bagaimana beliau menjaga kebajikan anggota  tentera ketika menjadi Menteri Pertahanan dahulu atau lebih menyeluruh  lagi ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menerusi  program membela rakyatnya yang berteraskan konsep 1 Malaysia.
Namun, apakan daya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Di sangka  panas hingga ke petang, rupanya hukan ditengahari. Itulah hakikat  kehidupan.
Berbalik kepada sistem kehakiman negara, diharapkan ia benar-benar  menjadi entiti yang dibanggai oleh seluruh rakyat dan dikagumi oleh  dunia dalam ketelusan menegakkan keadilan seadil-adilnya buat semua  rakyat negara ini.
Semoga panel hakim di mahkamah rayuan kelak menjalankan tugas mereka  dengan sebaik-baiknya. Hatta jika sampai ke mahkamah persekutuan  sekalipun kes ini diharap diadili dengan seadil-adilnya.
Kepada mereka khususnya pemimpin yang ‘memusuhi’ DS Najib, berjiwa  besarlah dengan memberi sokongan moral kepada beliau dan berdoalah agar  beliau berjaya membersihkan namanya.
Berpuluh tahun kalian mewarnai politik negara, bersahabat, bermusuh  dan sebagainya. Pasti ada disudut hati kalian satu ruang rasa simpati,  maka zahirkanlah ketika ada teman dalam kesusahan. Hari ini harinya,  esok lusa mungkin kita pula.
Mudah-mudahan contoh baik yang kalian tunjukkan akan membawa kepada  Malaysia yang lebih sejahtera baik dalam berpolitik mahupun hidup  bernegara.
Semoga keadilan dan kemanusiaan subur di bumi Malaysia ini.
Prof. Dr. Haim Hilman
# https://malaysiagazette.com
MR :  Allah menguji dan kita tak terlepas... harap ujian itu tidak membenankan
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/di-sebalik-hukuman-ke-atas-najib-razak.html