Kesan Handphone Terhadap Mak Ayah


Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَاْلأَمِيْرُ رَاعٍ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
إِنَّ اللهَ سَائِلٌ كُلَّ رَاعٍ عَمَّا اسْتَرْعَاهُ أَحَفِظَ ذَلِكَ أَمْ ضَيَّعَ؟ حَتَّى يَسْأَلَ الرَّجُلَ عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ.
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Kredit: Ahmad Hisyam Sabrani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/kesan-handphone-terhadap-mak-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 424 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sud...
Mak Ayah Tak Sihat Pemuda Sebak Keluarga Angkat Sudi Raikan Majlis Konvo

Mak Ayah Tak Sihat Pemuda Sebak Keluarga Angkat Sudi Raikan Majlis Konvo

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 332 hits
Setiap pelajar lepasan universiti atau kolej pasti mengimpikan majlis konvokesyen yang diraikan bersama ahli keluarga dan sahabat handai untuk dijadikan momen terindah Namun lain pula yang berlaku terhadap seorang lelaki ini apabila keluarg...
Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 506 hits
Gigi susu anak dah mula goyang goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik P...
Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 423 hits
Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi Kajian menunjukkan kebanyakan kanak kanak akan mengalami infeksi ini sekurang kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELING...
Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 408 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
Ubat Gegat Kacang Parang Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6pd Seumur Hidup Mak Ayah Kena Selalu Peka

Ubat Gegat Kacang Parang Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6pd Seumur Hidup Mak Ayah Kena Selalu Peka

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 516 hits
Ubat gegat kacang parang ubat nyamuk lingkaran antara 6 pencetus hemolisis anak kurang G6PD Mama papa mesti tahu dan peka sentiasa Perkongsian daripada ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD yang di m...
Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

Cakap Tak Berhenti Asyik Bertanya Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bantulah Anak Talkative

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 265 hits
Peningnya berhadapan dengan anak talkative Tanpa seminit pun masa tidak diisi dengan pertanyaan demi pertanyaan dari mulutnya Habis idea mama dan papa untuk menjawab setiap pertanyaan si anak Awas jangan dek kerana pening menjawab mama papa...
Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak Sekelip Mata Macam Mimpi Mak Pergi Untuk Selamanya

Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak Sekelip Mata Macam Mimpi Mak Pergi Untuk Selamanya

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 293 hits
loading Ibunya tak ada tanda tanda sakit cuma sakit perut tiba tiba Kemudian anak ini Umira Morad bawa ibunya ke klinik Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu
Mak Buat Trueyou Dna Prime Test

Mak Buat Trueyou Dna Prime Test

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 333 hits
Ya betul Mak buat Ujian DNA Tujuannya BUKAN sebab mak nak determine whether mak ni anak Tan Sri Nordin ke bukan macam dalam drama tu Tapi this DNA called TrueYou DNA Profiling test membolehkan kita meneroka serta mengenali diri kita sendiri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching