Kesan Dan Implikasi Ekoran Najib Terhukum


ULASAN
PEMENJARAAN bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Mohd Najib Razak, 69 kerana bersalah menyalahgunakan dana SRC Internationl RM42 juta memberi kesan dan implikasi politik yang besar. 

Najib RazakKesan dan implikasi itu automatik menimpa dan dirasai segera oleh parti Umno dan BN. Parti itulah yang menghadapi bahana (dampak) yang kurba ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Jadi tidak hairan, kalau ada pemimpin Umno termasuk dari kalangan pemimpinnya menjadi "gila" dan "naik angin" dengan
tindakan Mahkamah Persekutuan itu, sehinggakan terbit prejudis kononnya keadilan tidak diberikan kepada Najib Razak. 
Mereka meletakkan masalah yang terpaksa ditanggung Najib atas dosa-dosanya itu kepada proses keadilan negara ini. Mereka menafikan secara membuta tuli terhadap proses keadilan yang telah diberi dan dilalui Najib sama seperti narapidana lain. Malang lagi, mereka yang membela Najib dengan melihat bekas PM itu lebih suci daripada kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang kita junjung tinggi selama ini.  
Bukan sahaja mahkamah menjadi mangsa golongan "isin" ini, tetapi perdana menteri Ismail Sabri Yaakob juga terheret sama dengan amarah orang-orang Umno yang simpati secara dangkal dan merasakan Umno terkesan dengan tindakan ke atas Najib itu, sampai ada yang menganggap pemenjaraan Najib itu atas restu Ismail Sabri, Perdana Menteri itu tidak membantu lantas mendesak PM itu meletak jawatan. Alasan itu benar-benar gila. 
Seorang laskar maya (cybertrooper) Umno yang juga orang kuat Najib, misalnya tanpa menjaga mulut mendesak Ismail Sabri diambil tindakan disiplin serta dipecat daripada Umno. Bagi penyokong Najib itu, Ismail Sabri bukan lagi pemimpin (rakan) dalam Umno, tetapi musuh dalaman Umno. 
Siang malam penyokong kuat Najib itu menggunakan air liur basi sebagai peluru membela Najib dengan membedal Ismail Sabri dan para pemimpin Umno yang bersikap tawakuf dengan apa dialami Najib bersama Ismail Sabri.   
Lagak pendokong nombor wahid Najib itu menunjukkan saking marahnya beliau yang juga bekas pegawai Najib di PMO itu. Situasi dan keadaan terdesak inilah menunjukkan Umno sedang dilanda masalah. 
Walaupun langkah dan lagak laskar maya itu lebih bersifat peribadi yang berasaskan kadar upah, tetapi itulah gambaran dan hakikat dalam kubang Umno waktu ini. Pemenjaraan Najib membuat mereka hilang akal, terdesak dan berpecah belah. 
Orang Umno seperti itu dapat merasakan Umno berhadapan dengan kesulitan apabila langkah Najib sudah diikat dan badannya ditambat di sebalik tirani. Kerana Najib selepas ini tidak lagi boleh berjoget dan menari ronggeng seperti biasa lagi. 
Sebelum ini, walaupun sudah tersangkut dengan hukuman atas kesalahan salah guna kuada, rasuah dan pemindahan wang haram kepadanya, Najib masih bebas bergerak ke sana ke sini dan kebebasan itu memberi keuntungan kepada Umno. Najib telah dijatuhi hukuman bersalah sejak tahun 2018 lagi. 
Dalam dua Pirane (pilihan raya negeri), Melaka dan Johor, Najib berkempen dan popularitinya sebagai bekas PM menyebabkan beliau mendapat sambutan. Sambutan itu ditafsirkan bahawa Najib masih menjadi daya tarikan kepada orang ramai sekaligus menunjukkan beliau seakan tidak bersalah. 
Disebabkan Najib dikira aset itulah apabila Najib kini disendur (ditambat) maka ia tidak menjadi aset menyebabkan ada orang Umno jadi gila meroyan dengan memperhitungkan ia merugikan Umno. 
Keadaan kian menjadi lagi tegang apabila pilihan raya umum hampir tiba. Kerana mempercayai batang tubuh Najib dapat menjadi aset dan modal ampuh kepada Umno, menjadikan mereka beriya-iya berkokok siang malam meminta pilihan raya diadakan segera. 
Siang malam, pagi dan petang beberapa kerat tukang bual Umno yang memihak kepada Najib dan Zahid atau tepatnya kluster mahkamah mendesak Ismail Sabri agar menghadapi Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan segera parlimen. 
Mengenai isu Najib disimpan dalam penjara ini, paling merujakan apabila setengah daripada pendokong Najib belum sampai seminggu bekas PM itu menikmati hukuman itu, sudah mengadakan demonstrasi menyerahkan memorandum mohon Najib diberikan pengampauan. 
Tindakan itu sebagai "kebudak budakan" dan tidak beretika serta menggambarkan betapa mereka melihat Najib sebagai dewa dari kalangan bangsawan. Mereka seumpama ini tidak siuman dan rasional serta itu tidak tahu menghargai nilai dan martabat diri sendiri. 
Tidak dapat tidak proses mahkamah itu dihadapi oleh parti kebangsaan itu seadanya mengikut perlembagaan dan konvensyen. Mereka kena terima hakikat kerana bukan pertama kali pemimpin besar daripada parti itu terpidana demikian. 
Sebelum ini sudah ada tokoh Umno, seperti bekas MB Selangor Harun Idris, bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, maupun Anwar Ibrahim sendiri yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan daripada parti itu telah dipenjara.
Kesimpulannya tindakan terhadap Najib dan bahana dihadapinya menerbitkan beberapa kesan dan implikasi politik bukan sahaja kepada Umno tetapi senario politik negaara juga. 
 Ada dua faktor utama.
1. Umno berpecah menjadi dua kumpulan. Satu yang bersimpati dan menganggap Najib sebagai aset dan satu kumpulan lagi yang menerima proses undang-undang dengan sedar dan sambiri itu mereka mendapat untung dengan apa yang berlaku ke atas Najib kerana Najib tidak lagi menjadi rival (saingan) lagi kepada mereka.
Pemenjaraan Najib dikira dapat membersihkan Umno daripada dikotori pemimpin yang korup seperti Najib dan mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kini.
2. Kesan kedua ialah kepada pembangkang. Pembangkang juga mendapat dampak tersendiri  daripada apa yang berlaku itu. Pertamanya ia boleh menguntungkan dan kedua boleh merugikan. Ia bergantung sejauh mana pembangkang pandai mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Untung kerana mereka sudah tidak perlu melayani kerenah Najib, dan rugi kerana lawan mereka UBN sudah tercabut daripada kebusukan dibawa oleh Najib.
Kesimpulan atas apa yang diterima Najib itu, ialah Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai perdana menteri yang tidak mencampuri urusan mahkamah. Beliau benar-benar berdiri atas prinsip sebagai perdana menteri yang cuba membawa perubahan daripada sistem lama yang diamalkan oleh kerajaan UBN dan juga PH sebelum ini yang bersikap berat sebelah atau membuat pendakwaan terpilih. 
Setidak-tidaknya apa yang berlaku dan dialami Najib itu menjadikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang tegas, berprinsip dan tidak mudah tunduk dengan tekanan politik orang berkepentingan dan tidak memilih bulu. [wm.kl.11:00 am 05/09/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/09/kesan-dan-implikasi-ekoran-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditukar Ubat Najib Alami Kesan Sampingan Teruk Akan Dirujuk Ke Hospital Kajang

Ditukar Ubat Najib Alami Kesan Sampingan Teruk Akan Dirujuk Ke Hospital Kajang

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 196 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak 69 dilaporkan mengalami kesan sampingan yang teruk akibat dari pengambilan ubat darah tinggi baharu Menurut Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Ahli Parlimen Pekan itu akan dirujuk ke Ho...
Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 169 hits
Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha me...
Tandatangani Petisyen Kepada Kdymm Yang Di Pertuan Agong Jika Anda Setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan

Tandatangani Petisyen Kepada Kdymm Yang Di Pertuan Agong Jika Anda Setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 222 hits
Tandatangani petisyen kepada KDYMM Yang di Pertuan Agong jika anda setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan Sign this petition to the YDP Agong if you agree that Najib should not be pardoned https www change org p petisyen kepada kdymm yang di p...
Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 254 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memfailkan permohonan semakan dan permohonan untuk pengampunan diraja namun beliau perlu terlebih dahulu menjalani hukuman penjara dan denda setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan...
Ingat Macai Najib Ada Lagi 4 Kes Yang Akan Dibicarakan

Ingat Macai Najib Ada Lagi 4 Kes Yang Akan Dibicarakan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 219 hits
4 lagi kes lain akan terus berjalan 1 Rasuah 1MDB RM2 82b 2 Pecah amanah RM6 6b bersama Ts Irwan Serigar 3 Meminda laporan akhir audit 1MDB bersama Arul Kanda 4 Pengubahan wang haram RM27 Juta Mereput la dalam penjara
Siaran Muka Depan Akhbar Tempatan Tentang Datuk Seri Najib Razak Ke Penjara

Siaran Muka Depan Akhbar Tempatan Tentang Datuk Seri Najib Razak Ke Penjara

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 187 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Foto Izzul Ahmad BERNAMAAkhbar akhbar tempatan hari ini memaparkan rakaman gambar pautan berita di muka had...
Najib Mangsa Politik Tapi Salah Siapa

Najib Mangsa Politik Tapi Salah Siapa

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 387 hits
Kesilapan budak budak Najib adalah punca Umno kalah PRU14 Disebabkan itu hari ini Najib duduk di Penjara Kajang
Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 206 hits
agendaily com24 08 2022Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Jho Low Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low perlu dikesan dengan segera bagi membawanya ke muka pengadilan gesa Lim Guan Eng Pengerusi DAP itu berkata tidak adi...
Ngo Penyokong Najib Desak Supaya Najib Diberi Pengampunan Diraja Dalam Masa 1minggu

Ngo Penyokong Najib Desak Supaya Najib Diberi Pengampunan Diraja Dalam Masa 1minggu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 189 hits
Baru sehari Najib dipenjara NGO tuntut PM mohon pengampunan dirajaFaiz Zainudin dan Shahrul ShahabudinPresiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu memulak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah