Kesalahan Dalam Membaca Al Fatihah Perlu Kita Hati Hati Kerana Ramai Yang Silap Rileks Media


Kesempurnaan membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang sangatlah dituntut kerana ianya adalah salah satu daripada rukun yang wajib dalam sembahyang.
Surah ini sangat mulia sehingga dikatakan bahawa seluruh ilmu-ilmu al-Qur’an, iaitu tauhid, ibadah, nasihat serta peringatan terkandung dalam surah yang pendek ini. Antara kemuliaannya lagi ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala membahagikan surah ini kepada dua bahagian; satu bahagian untukNya dan satu bahagian lagi untuk hambaNya, begitu juga ibadah sembahyang tidak akan diterima tanpanya.
Memandangkan surah al-Fatihah ini mudah dihafal dan dibaca, adakalanya faktor inilah yang mengakibatkan sebilangan orang memandang ringan akan kesempurnaannya lalu membacanya tanpa berguru atau didengarkan kepada orang yang dapat memimpinnya sebagai bacaan yang betul.
Kerana pentingnya perkara ini, kita akan cuba mengupas mengenai pembacaan surah al-Fatihah dalam sembahyang sebagai panduan untuk kita semua.
Hukum Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Sembahyang
Ulama mazhab asy-Syafi‘e berpendapat bahawa membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat hukumnya adalah wajib ke atas orang yang bersembahyang sama ada imam, munfarid (orang yang sembahyang sendiri) mahupun makmum menurut pendapat yang paling shahih, sama ada dalam sembahyang sirriyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara perlahan) mahupun sembahyang jahriyyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara nyaring).
Adapun bagi orang yang masbuk pula, hukumnya tetap wajib baginya membaca al-Fatihah sekadar apa yang sempat dibacanya sebelum imam rukuk. Akan tetapi jika imam sudah rukuk, maka tidaklah perlu baginya untuk membaca surah al-Fatihah lagi, kerana bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam dan dikira baginya rakaat tersebut sebagai satu rakaat, dengan syarat makmum yang masbuk itu mestilah sempat thuma’ninah bersama imam ketika rukuk.
Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum juga ditanggung oleh imam jika sekiranya makmum itu tidak mempunyai kesempatan membacanya ataupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskannya semasa qiyam imam (sebelum imam rukuk), sama ada kerana bacaan atau pergerakannya yang lambat, misalnya ketika bangun dari sujud, imam sudahpun rukuk kembali kerana pergerakan makmum yang lambat, ataupun terlupa bahawa dia sedang bersembahyang atau ragu-ragu adakah dia sudah membacanya ataupun belum sedangkan imam sudahpun rukuk.
Maka dalam keuzuran-keuzuran seperti ini, bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam walaupun ianya berlaku pada setiap rakaat dalam sembahyang.
Tuntutan wajib membaca surah al-Fatihah itu dilaksanakan sama ada dengan cara hafalan ataupun ditalkinkan kepadanya (dibacakan kepadanya ketika dia bersembahyang, kemudian dia ikut membacanya) ataupun membacanya dengan cara melihat mushaf, jika dia pandai membaca. Dalam hal ini, mengadakan mushaf itu pula hukumnya adalah wajib, sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun meminjamnya, dan wajib pula mengadakan lampu, jika tempat dia bersembahyang itu gelap.
Tujuannya ialah untuk membolehkannya membaca mushaf tersebut. Jika dia enggan melaksanakan perkara-perkara ini, sedangkan dia sebenarnya mampu, maka wajib ke atasnya mengulang semula semua sembahyang yang dikerjakannya sepanjang keengganannya melakukan perkara-perkara di atas.
Tegasnya, surah al-Fatihah tetap wajib dibaca dengan apa jua cara sekalipun, sedaya upaya yang termampu. Begitu juga usaha-usaha yang membolehkan ianya dilaksanakan, seperti mempelajarinya, mendapatkan mushaf mahupun menyediakan lampu adalah wajib jika ada kemampuan untuk melakukannya.
Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari ‘Ubadah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لمَ ْيَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ.
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah). (Hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kesalahan-Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah
1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”.
5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”.
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.
Mudahan-mudahan dengan maklumat mengenai permasalahan membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang ini akan dapat menambahkan ilmu kita mengenai sembahyang dan sekaligus membantu kita untuk menyempurnakannya sepertimana yang dituntut oleh syara‘ dan meningkatkan lagi kualiti peribadatan kita terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Sumber:karteldakwah
Source link
The post KESALAHAN dalam membaca AL-FATIHAH. Perlu Kita Hati-hati, Kerana Ramai Yang Silap – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Ustaz Dato Abu Hassan Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 458 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 1 Harus sujud dengan 7 anggota badan 2 Harus dengan dahi yang terbuka 3 Kepala harus ditekan 4 Tidak boleh ada hawa lainnya 5 Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud 6 Kepalanya har...
Membaca Ayat Kursi Disaran Pada 3 Waktu Utama Rileks Media

Membaca Ayat Kursi Disaran Pada 3 Waktu Utama Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 293 hits
Seperti yang kita tahu ayat kursi diketahui dapat melindungi kita dari hal hal buruk atas izin Allah Selain itu bacaan ayat kursi menjadi amalan baik bagi kita umat manusia agar lebih dekat dengan Sang Maha Pencipta Ini Dia 3 Waktu Utama Un...
Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 434 hits
Ahad 30 Disember 2018 2 45 petang Nak boleh tak tukar seat bas dengan makcik makcik tak boleh duduk dekat seat 1B ni nampak jalan Nanti makcik sakit dada sepanjang jalan Boleh makcik aku balas dengan senyuman Bas transnasional bergerak menu...
Satu Surah Yang Pendek Ini Senang Bibaca Dan Diamalkan Untuk Menjadi Penawar Hati Dan Penenang Jiwa Rileks Media

Satu Surah Yang Pendek Ini Senang Bibaca Dan Diamalkan Untuk Menjadi Penawar Hati Dan Penenang Jiwa Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 339 hits
Dimanakah hati kita tatkala kita membaca Al Quran Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam Al Quran Atau pernahkah kita terasa seolah olah lidah sukar untuk menyebut bacaan Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang ...
Cara Ambil Hati Isteri Yang Suami Jarang Buat Rileks Media

Cara Ambil Hati Isteri Yang Suami Jarang Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 593 hits
1 Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yg berkerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami 2 Bila isteri bercakap pandanglah mukanya dan buka telinga luas2 Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan tapi tak k...
Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

Doa Mohon Hidayah Allah Swt Agar Hati Lembut Untuk Solat Dan Taat Perentah Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 614 hits
JOM TONTON VIDEO CERAMAH TERKINI Bagaimana Nak Dapat Hidayah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Setiap kali selepas solat Sentiasa berdoalah supaya Allah SWT memberi hidayah kpd kita Jangan kagum dgn amal ibadah yg kita lakukan selama ini ker...
Kesan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Rileks Media

Kesan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 368 hits
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air kosong adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur Jangan bagi alasan and...
Dia Beli Nasi Putih Setiap Hari Sambil Menangis Di Kantin Ini 20 Tahun Kemudian Terjadi Rileks Media

Dia Beli Nasi Putih Setiap Hari Sambil Menangis Di Kantin Ini 20 Tahun Kemudian Terjadi Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 540 hits
Dia Beli Nasi Putih Setiap Hari Sambil Menangis Di Kantin Ini 20 Tahun Kemudian Terjadi Seorang pelajar setiap hari akan beli nasi putih dari kantin ni sambil menangis 20 tahun kemudian ketika pemilik kantin resah kerana gerai akan diroboh ...
Manfaat Mandi Sebelum Subuh Perlu Diketahui Ramai Rileks Media

Manfaat Mandi Sebelum Subuh Perlu Diketahui Ramai Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 479 hits
Mandi adalah perkara wajib dilakukan setiap hari bagi membersihkan kekotoran serta memberi kesegaran pada badan Tetapi mungkin ramai yang belum tahu bahawa salah satu waktu paling ideal untuk mandi adalah sebelum waktu subuh Wah sudah pasti...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai