Kes Tiga Beradik Yang Hilang Secara Misteri


Ini cerita disonglap daripada geng X Mastika (bekas wartawan majalah Mastika)
__________________________


Masih ingat kes Acap yang hilang di Gua Tempurung lebih setahun yang lalu? Ada yang mengatakan kononnya Acap diculik makhluk yang tinggal di hutan itu. Jika berdasarkan teori itu, agaknya makhluk apa yang menghuni hutan Gua Tempurung?

Bunian?

Kalau bukan bunian, makhluk apa?

Kisah begini mengingatkan saya kepada satu kejadian aneh yang berlaku pada penghujung tahun 2004. Begini ceritanya...

Sekitar pukul 10.30 pagi pada 6 November 2004, Baharudin Sallehuddin, 6, bersama adiknya, Budin, 5, dan Asmira, 3, dilaporkan hilang ketika bermain berhampiran pondok di ladang getah Felcra Mambang Seberang, Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Pondok berdinding buluh dan beratap nipah itu dibina oleh bapa mereka.

M1sterinya ialah ketiga-tiga beradik ini ditemui semula 5 hari kemudian di sebuah pulau kecil dipenuhi belukar dan dikelilingi paya, 6 kilometer dari pondok tempat kali terakhir mereka dilihat.

Apa yang berlaku kepada mereka?

Kisah yang diceritakan oleh tiga beradik ini sangat pelik. Kata Baharudin, akibat leka bermain, mereka telah berjalan hingga 1.5 kilometer dari pondok tersebut. Ketika itulah mereka terserempak dengan seorang lelaki berbadan sasa, badan dipenuhi bulu serta berambut panjang yang membawa seekor anjing hitam.

Lelaki itu mengarahkan Baharudin, Budin dan Asmira duduk di belakang anjing tersebut, lalu haiwan itu membawa mereka bersiar-siar. Sampai di suatu tempat, anjing tersebut melompat melepasi sebatang parit selebar 10 meter yang memisahkan Felcra Mambang Seberang dengan kawasan sekitarnya.

Tiga beradik tadi terus dibawa bersiar-siar melihat kawasan kebun dan hutan, sehingga sampai di Tanjung Cempaka, Lepar, enam kilometer dari Felcra Mambang Seberang. Lewat petang, lelaki berbadan besar dan dipenuhi bulu itu mengarahkan anjingnya berenang merentasi sebuah paya.

Sambil membawa tiga beradik tadi di atas belakangnya, anjing tersebut berenang sehinggalah sampai di sebuah pulau yang dipenuhi belukar. Sekeliling pulau itu hanyalah paya yang sedalam 1.2 meter. Baharuddin dan adik-adiknya diturunkan dari belakang anjing tersebut.

Kisah aneh ini tidak berakhir di situ...

Menjelang senja, datang seorang nenek. Sejurus nenek itu muncul, anjing hitam tadi berlari menyusup di balik pokok menerung serta lalang setinggi satu meter dan terus hilang. Begitu juga dengan lelaki berbadan besar tadi, juga hilang.

Nenek yang berbaju dan berkain batik kelabu itu memujuk tiga beradik ini supaya jangan menangis. Dia kemudian menjamu Baharuddin, Budin dan Asmira dengan buah-buahan. Antaranya epal merah dan hijau, anggur, pisang serta betik. Malam itu mereka tidur di atas busut, ditemani nyamuk dan serangga.

Dalam masa yang sama, kehilangan tiga beradik tadi dilaporkan oleh ibu bapa mereka kepada pihak polis. Operasi mencari segera dilakukan, tetapi gagal menemui tiga beradik itu.

Sepanjang hari di situ, Asmira sentiasa menangis. Dia mahu pulang, tetapi paya itu terlalu dalam. Kalau meredahnya, mereka akan lemas. Nenek itu pula hanya muncul selepas senja sambil membawa buah-buahan. Apabila siang menjelma, nenek itu hilang entah ke mana.

Hanya lima hari setelah kehilangan mereka, barulah pihak polis menemui tiga beradik ini pada pukul 5.45 petang 10 November 2004. Mereka ditemui di pulau yang dikelilingi paya tadi, tempat di mana nenek m1steri itu menjamu mereka dengan buah-buahan setiap senja.

Pembaca sekalian, apa yang berlaku ini memang aneh. Akal yang waras tidak dapat menjawab persoalan bagaimana tiga beradik itu boleh sampai di pulau berkenaan.

Mustahil juga mereka boleh pergi ke tempat sejauh itu (enam kilometer) dan melintasi parit selebar 10 meter serta paya sedalam 1.2 meter, kalau tidak dibantu oleh `sesuatu.’

- ZULKARNAIN ZAKARIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/06/kes-tiga-beradik-yang-hilang-secara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Slim Man Rajalawak Berjaya Hilang 30kg Dalam Masa Tiga Bulan

Makin Slim Man Rajalawak Berjaya Hilang 30kg Dalam Masa Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 395 hits
Berpenampilan sihat dengan memiliki berat badan yang ideal sememangnya menjadi impian setiap orang Lebih lebih lagi insan yang bergelar anak seni kerana penampilan mereka kerap kali menghiasi kaca televisyen Susulan daripada itu beberapa ar...
Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 341 hits
Kuching Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID 19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata kes positif yang dilaporka...
Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 807 hits
Siapa yang lahir tahun 70an 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu Tentunya ketika masih kanak kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal usul ...
Jenazah Pesakit Covid19 Dilaporkan Hilang Secara Misteri Di Indonesia

Jenazah Pesakit Covid19 Dilaporkan Hilang Secara Misteri Di Indonesia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 402 hits
Jenazah seorang pesakit COVID 19 di Nusa Tenggara Timur Indonesia didakwa hilang dari kubur pada Sabtu 30 Mei lalu Jenazah telah dikebumikan di sebuah tapak perkuburan di Desa Tanjung Boleng Mukim Komodo Menurut Setiausaha Harian Wilayah Ka...
Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 327 hits
Seringkali ada yang menulis Tun dengan Anwar mesti berbaik dan bersatu jika mahu ambil kembali mandat rakyat dari kerajaan pintu belakang Saya tidak nampak bagaimana lagi Anwar mahu tunjukkan bukti dia terlalu baik bahkan terlebih baik deng...
Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 738 hits
Durian raja buah disukai lapisan masyarakat tak kira Melayu Cina India Iban mahu pun pelancong asing Musimnya umpama pesta perang harga di antara penjual kita jangan tahu makan je ilmu memilih durian kena ada kalau tak kena ketuk la dengan ...
Tiga Bandar Ganja 219 Kilogram Dituntut Hukuman Mati

Tiga Bandar Ganja 219 Kilogram Dituntut Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 284 hits
Ketiganya melakukan menyuruh melakukan dan turut serta melakukan perbuatan tanpa hak atau melawan hukum menawarkan untuk dijual menjual membeli menerima menjadi perantara dalam jual beli menukar atau menyerahkan barang haram tersebut
Tiada Tiga Penjuru Muafakat Nasional Yakin Menang

Tiada Tiga Penjuru Muafakat Nasional Yakin Menang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 423 hits
Diterbitkan Hari ini 6 16 pmMuafakat Nasional telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 15 sekiranya ia diadakan dalam masa terdekat ini berdasarkan kepada situasai politik semasa negara Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin b...
Tiga Gaya Masak Kuey Teow Popular Adik Adik Pun Boleh Belajar Masak

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Popular Adik Adik Pun Boleh Belajar Masak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 671 hits
Nak masak apa hari ini asyik nasi aje bosan gak Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan Jom kita cuba tiga resipi ini Adik adik dan anak anak pun boleh cuba belajar masa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor