Tiada Tiga Penjuru Muafakat Nasional Yakin Menang


Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 6:16 pm


Muafakat Nasional telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) sekiranya ia diadakan dalam masa terdekat ini berdasarkan kepada situasai politik semasa negara.

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, berkata Umno dan PAS sentiasa bertemu bagi mebincangkan isu semasa membabitkan politik negara.

"Kita sentiasa berhubung dan berjumpa, mesyuarat jawatankuasa perundingan (Muafakat Nasional) diadakan semalam.

"Parti politik...macam-macam isu politik dibincangkan," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi hari ini.
Dua hari lalu, di tengah-tengah keadaan politik negara yang tidak stabil, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15.
Kesediaan itu dinyatakannya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya.

"Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?" katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan itu di saat kemelut peringkat Persekutuan yang masih berterusan, dengan PH, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan mendakwa memiliki majoriti untuk merebut kembali kuasa dari Perikatan Nasional (PN).

PN mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari PH untuk membentuk kerjasama baru dengan Umno, BN dan PAS, dengan sokongan GPS.

Menurut sumber parti itu, pertemuan Zahid dan Najib berkisar tentang kesedian menghadapi PRU ke-15 dan persiapan pilihan rsya kecil Dun Chini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman pula menyifatkan Mufakat Nasional telah lama melakukan persiapan bagi menghadapi PRU-15.
Kesediaan muafakat itu untuk menghadapi PRU diterjemahkan apabila memenangi lima pilihan raya kecil sebelum kerajaan persekutuan bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN).

"Kita telah bersedia dari awal lagi, menang lima pilihan raya kecil bermula di Cameron Highlands dan terakhir di Kimanis.

"Malah kita yakin boleh menang besar dalam PRU-15 ini dan kita lihat peluangnya cukup cerah.

"Rakyat juga berpuas hati dengan kerajaan (PN) hari ini yang turut disokong oleh Umno dan PAS," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, peluang untuk Muafakat Nasional menguasai Putrajaya tampak jelas asalkan masing-masing parti memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

Katanya lagi, soal agihan kerusi telah pun dibincangkan dan ia akan dimuktamadkan bila tiba masanya, namun parti-parti dalam Muafakat Nasional akan memastikan tiada pertembungan tiga penjuru.
Sementara itu Ketua Dewa Pemuda Parti Ikatan, Shahir Adnan menyokong PRU-15 diadakan lebih awal bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

Tambahanya, mandat baru amat penting bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik yang direncanakan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

"Tiada isu dalam pembahagian kerusi kerana masing-masing patuh kepada keputusan pucuk pimpinan Muafakat Nasional. Keutamaan haruslah diberikan kepada rakyat.

"Kita berdoa agar Muafakat Nasional diberikan kemenangan besar agar negara dapat keluar daripada kemelut politik Dr Mahathir dan Anwar.

"Calon-calon muda perlu diberikan tempat agar politik Malaysia diberikan nafas baru," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/tiada-tiga-penjuru-muafakat-nasional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Muafakat Nasional Says Ready For Ge15

Umno Pas Muafakat Nasional Says Ready For Ge15

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 362 hits
Umno and PAS Muafakat Nasional collaboration is prepared to face the 15th general elections if called anytime in the near future Umno vice president Mohamed Khaled Nordin told Malaysiakini the two parties have regularly met to discuss curre...
Muafakat Nasional Bincang Strategi Pertahan Pn Hingga Pru15

Muafakat Nasional Bincang Strategi Pertahan Pn Hingga Pru15

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 441 hits
SHAH ALAM Muafakat Nasional akan terus memastikan kerajaan Perikatan Nasional dapat dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan situasi politik semasa negara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Waj...
Umno Patut Fokus Memperkukuhkan Muafakat Nasional

Umno Patut Fokus Memperkukuhkan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 493 hits
UMNO Bahagian Batu Pahat sebulat suara menolak UMNO menjadi komponan Perikatan Nasional jika didaftarkan sebagai badan formal seperti Barisan Nasional atau Pakatan Harapan Justeru ia mendesak supaya pemimpin UMNO menjarakkan diri daripada s...
Hello Hello Presiden Umno Muafakat Nasional Harus Diperkasa

Hello Hello Presiden Umno Muafakat Nasional Harus Diperkasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 358 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional harus dimantapkan dan diperkasa demi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Jelas beliau kerana itulah sesuatu yang berbeza harus dilakuk...
Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 508 hits
Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas 8 Jun yang lalu Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat...
Perikatan Nasional Mohon Sokongan Rakyat

Perikatan Nasional Mohon Sokongan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 316 hits
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Pakatan Nasional merayu sokongan rakyat Malaysia Ini ditegaskan oleh Muhyiddin sebentar tadi Kata beliau Kami berhasrat melakukan yang terbaik demi negara dan menyelamatkan negara dari k...
Tuan Rondahaim Saragih Diusulkan Jadi Pahlawan Nasional

Tuan Rondahaim Saragih Diusulkan Jadi Pahlawan Nasional

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 264 hits
Melihat perjuangan yang mempunyai skala yang luas serta kesungguhan membela bangsanya Tuan Rondahaim dinilai patut dikenang dan diberi apresiasi tinggi oleh pemerintah dan masyarakat negeri ini
Tulahan Maufakat Nasional Bukan Pilihan Terbaik Pas

Tulahan Maufakat Nasional Bukan Pilihan Terbaik Pas

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 371 hits
Assalam Apabila tersebar berita Tun dan PH sudah cukup kerusi mengatasi PN hanya menunggu parlimen bersidang untuk mengemukakan usul tak percaya kepada TS Muhyiddin Ramai pemimpin terutama pemimpin Umno meminta TS Muhyiddin segera mengadap ...
Perikatan Nasional Perlu Jauhi Dan Jauhkan Tun Dr Mahathir

Perikatan Nasional Perlu Jauhi Dan Jauhkan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 380 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad dua bulan telah berlalu Perkembangan yang berlaku di kebelakangan ini menunjukkan rencana ini masih relevan Maka saya menaikmuatkan rencana ini tanpa apa apa pindaan Sepanjang kerjaya politiknya Tun Dr Mahathir ...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down