Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 7 Jan 2011, mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 juta.
Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmaludin Abdullah, 35, berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Saksi pertama pendakwaan itu berkata syarikat persendirian yang mempunyai nombor pendaftaran syarikat 928868-V turut melantik beberapa individu termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yassin sebagai pengarah SRC International.
“Bagaimanapun, Che Abdullah@Rashidi Che Omar dilantik sebagai pengarah pada 22 Ogos 2011,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya.
Muhamad Akmaludin, yang bertugas di Unit Pengurusan Akaun Pengguna Bahagian Pemasaran dan Pembangunan SSM turut memaklumkan pada 7 Jan 2011, SRC mempunyai dua unit saham, masing-masing dipegang oleh Nik Faisal dan Vincent Beng Huat Koh yang mana setiap unit saham itu bernilai 100 sen.
“Semakan terhadap pemegang syer juga mendapati semua 1 juta syer dipegang oleh Menteri Kewangan (diperbadankan). Malah, maklumat gadaian juga menunjukkan terdapat tiga gadaian dengan jumlah cagaran tidak dinyatakan,” katanya.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, saksi itu turut mengesahkan beberapa dokumen asal berhubung pendaftaran syarikat SRC dengan SSM.
Beliau juga mengesahkan dokumen pendaftaran syarikat lain yang akan dirujuk pada perbicaraan kes itu antaranya syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Terdahulu semasa membacakan penyataan saksinya, Muhamad Akmaludin berkata modal terbitan SRC adalah RM1 bilion, bagaimanapun beliau telah membetulkan jumlah itu kepada RM1 juta.
Ditanya Manoj, bagaimana beliau memperoleh jumlah RM1 juta, saksi itu berkata ianya berdasarkan salah satu borang syarikat yang menyatakan nilai sebenar modal itu adalah RM1 juta.
Manoj: Adakah jumlah RM1 bilion itu betul?
Muhamad Akmaludin: Tidak
Manoj: Apa jumlah sebenar?
Muhamad Akmaludin: RM1 juta
Semasa pemeriksaan balas peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib berhubung bidang tugasnya, saksi itu memaklumkan tugasnya adalah membekalkan dokumen berkenaan syarikat kepada agensi kerajaan dan orang awam.
Harvinderjit: Berapa lama kamu bekerja di SSM?
Muhamad Akmaluddin: Saya mula berkerja di SSM pada 2007.
Harvinderjit: Adakah kamu tahu tentang pemfailan atau penyerahan dokumen kepada SSM?
Muhamad Akmaludin: Sekadar tahu.
Harvinderjit juga turut meminta saksi berkenaan supaya membuat carian berhubung Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bagi mendapatkan buxtir-butir semua pengarah yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat itu dan Muhamad Akmalaudin menjawab,”boleh”.
Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 15 April hingga 10 Mei.
Terdahulu sebelum mahkamah menetapkan tarikhnya, Thomas mencadangkan supaya perbicaraan disambung pada 15 April atau pada mana-mana tarikh bebas di mana mahkamah memiliki ruang masa bagi tujuan itu.
Muhammad Shafee kemudiannya membacakan jadualnya yang ketat pada bulan April dan memaklumkan bahawa beliau ada beberapa kes di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, yang tidak boleh ditangguhkan.
“Diari saya ditulis dengan dakwat hitam dan merah, tapi banyak dalam dakwat merah yang bermakna kes-kes ini tidak boleh ditangguh,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.
Beliau berkata Peguam Negara tidak seharusnya meminta mahkamah menetapkan satu tarikh yang dia sendiri (Thomas) boleh hadiri, tetapi ia tidak dapat dihadiri oleh pasukan pembelaan.
“Peguam Negara seharusnya lebih tahu, kerana sebelum dia menjadi Peguam Negara, dia juga adalah peguam biasa,” kata Muhammad Shafee.
Thomas kemudiannya bangun dan berkata “Ya, saya adalah pengamal undang-undang yang tidak pernah meminta sebarang penangguhan”.
Hakim Mohd Nazlan selepas mendengar hujah kedua-dua pihak berkata selepas membuat pertimbangan bahawa kes ini berkepentingan awam, dan bagi memastikan kecekapan prosiding, mahkamah menetapkan 15 April sehingga 10 Mei untuk meneruskan perbicaraan. – Bernama
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Perbicaraan Najib: Mahkamah diberitahu SRC hanya ada modal RM1 juta appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191410/perbicaraan-najib-mahkamah-diberitahu-src-hanya-ada-modal-rm1-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 347 hits
PUTRAJAYA Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta belum dapat diteruskan Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan...
Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 440 hits
Tiga lagi termasuk permohonan untuk perintah larangan perbincangan awam berkenaan perbicaraan itu ditolak panel tiga hakim
Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 338 hits
Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Mahkamah Tinggi Putrajaya 21 Mac 2019 Foto oleh Miera Zulyana Projek MMPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib...
Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 400 hits
Najib Razak disambut penyokongnya yang melaunngkan BoosKu ketika hadir perbicaraan hari pertama Foto BBC News KUALA LUMPUR Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di ...
Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 430 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 419 hits
Sebanyak 100 keping pas telah disediakan untuk pengamal media tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi ...
Src Trial Starts Tomorrow Najib Goes From Pm To Accused In A Decade

Src Trial Starts Tomorrow Najib Goes From Pm To Accused In A Decade

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 278 hits
On April 3 2009 Najib Abdul Razak became the sixth prime minister replacing Abdullah Ahmad Badawi who had succeeded Dr Mahathir Mohamad five years earlier Mahathir played an instrumental role in removing Abdullah after a single term in offi...
Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 413 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang di...
Najib Makes Another Bid To Postpone Src Trial

Najib Makes Another Bid To Postpone Src Trial

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 305 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak today filed a judicial review application against the Federal Court s refusal to grant him an order to stay the trial of his corruption cases involving SRC International Sdn Bhd funds The matter was d...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak