Tudia Najib Faraid Duit Src Didedah Di Mahkamah





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu menerima pembayaran melalui cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM300,000 daripada akaun Ambank milik bekas perdana menteri Najib Razak pada 2015.

Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrul Hisam Mohamad, 45, berkata kesemua cek itu telah berjaya ditunaikan berdasarkan kepada maklumat yang lengkap dan mengesahkan tiada kesalahan terdapat pada kesemua cek berkenaan.

Badrul Hisam berkata kedua-dua transaksi itu dikeluarkan melalui cek daripada akaun AmIslamic bernombor 2022011906.

Melalui pertuduhan pengubahan wang haram, dinyatakan bahawa nombor akaun 2022011906 adalah milik bekas perdana menteri itu.

Badrul Hisam, yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pemprosesan cek turut mengesahkan sebuah parti dari Sabah iaitu Upko juga menerima pembayaran melalui cek bernilai RM1 juta manakala Trustee of Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerima bayaran RM400,000 melalui cek daripada akaun sama.

Semasa pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta saksi itu membuat pengesahan ke atas kesemua cek berkenaan pada hari kelima perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Badrul Hisam juga mengesahkan sebanyak 13 lagi cek telah dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank bernombor 2022011906 (akaun Najib) kepada beberapa individu dan syarikat.

Saksi pendakwaan kelima itu mengesahkan juga pengeluaran cek dari akaun yang sama berjumlah RM240,000 kepada Syarikat Vital Spire Sdn Bhd; Zulqarnain & Co. berjumlah RM2.5 juta; Centre of Strategic Engagement Sdn Bhd sebanyak RM300,000, sejumlah RM238,914 kepada penerima bernama Lim Soon Peng; ABS Trend Master Sdn Bhd berjumlah RM100,000; Solar Dhine Sdn Bhd (RM1 juta); Asmadi Abu Talip (RM50,000); Manisah Othman (RM13,800); MOZ Malaysia Sdn Bhd (RM56,500) dan Syadilah Enterprise (RM77,300) antara 30 Jan dan 26 Feb 2015.

Badrul Hisam turut mengesahkan sekeping cek berjumlah RM3.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun penerima atas nama Hafarizam Wan & Aisha Mubarak melalui akaun bernombor 2022011898 pada 21 Jan 2015.

Beliau juga turut mengesahkan dua keping cek dikeluarkan oleh syarikat SRC International Sdn Bhd melalui dua transaksi kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM20 juta dan RM103,361.17 pada 12 Dis 2014 dan 9 Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini.

- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/04/tudia-najib-faraid-duit-src-didedah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tak Payahlah Suasana Kecoh Di Mahkamah Najib Tengking Polis Sebab

Video Tak Payahlah Suasana Kecoh Di Mahkamah Najib Tengking Polis Sebab

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 383 hits
Seperti mana yang semua tahu prosiding kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berlangsung sekarang dan semalam merupakan hari yang keempat Pun begitu sebaik saja prosiding semalam selesai Najib tengking anggota polis Semuan...
Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 386 hits
Astro Awani Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015 yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015 Foto Astro AWANI S...
Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular

Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 499 hits
Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular di media sosial facebook Rakaman berkenaan dimuat naik menerusi akaun bekas pegawai khas Najib Isham Jalil dan ditonton sebanyak 189 000 kali serta mendapat lebih 1 700 komen selain dikongsi oleh...
Najib S Src Trial Unsure Bnm Officer Exasperates Defence

Najib S Src Trial Unsure Bnm Officer Exasperates Defence

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR The defence lawyers in former prime minister Datuk Seri Najib Razak s corruption trial faced an exasperating time confirming facts with a Bank Negara Malaysia s officer who was part of a raid for evidence against their client B...
Saksi Beritahu Mahkamah Najib Beri Rm240k Untuk Malaysian Digest

Saksi Beritahu Mahkamah Najib Beri Rm240k Untuk Malaysian Digest

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 254 hits
Portal berita Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek berjumlah RM240 000 daripada Najib Razak yang ketika itu merupakan perdana menteri pada 2015 kata saksi pendakwaan ke 16 Onn Hafiz Ghazi Saksi memberitahu hal ini kepada Mahka...
Najib S Appeals In Src Case Apex Court To Decide Next Week

Najib S Appeals In Src Case Apex Court To Decide Next Week

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 337 hits
The Federal Court will deliver its decision next Wednesday on the four appeals by former prime minister Najib Abdul Razak in relation to his SRC International Sdn Bhd case The seven member panel led by Chief Justice Richard Malanjum heard s...
Kes Bicara Najib Mahkamah Larang Edar Dan Muat Naik Video Di Facebook

Kes Bicara Najib Mahkamah Larang Edar Dan Muat Naik Video Di Facebook

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 338 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengingatkan semua pihak supaya tidak mengedar dan memuat naik rakaman transkrip prosiding mahkamah membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri...
Malaysia Najib Baca Buku Dunia Tanpa Tembok Di Mahkamah

Malaysia Najib Baca Buku Dunia Tanpa Tembok Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 593 hits
Najib Razak berdepan hukuman disebalik tembok penjara maksimum 55 tahun jika didapati bersalah kesemua tuduhan kes SRC International anak syarikat 1MDB Foto NSTKUALA LUMPUR 15 April Tidak seperti hari pertama perbicaraannya bekas Perdana Me...
Najib Tiba Di Mahkamah Bawa Dua Buku

Najib Tiba Di Mahkamah Bawa Dua Buku

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 312 hits
foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 16 April Datuk Seri Najib Razak tiba di kompleks mahkamah di sini kira kira jam 8 45 pagi hari ketiga perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd Seperti semalam bekas perdana menteri membawa dua buku di ta...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban