Kes Murid Lelaki Tersangkut Zip Seluar Doktor Kongsi Tip Selesai Masalah Tanpa Sakit


Kes murid lelaki tersangkut zip seluar bukan perkara luar biasa terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah.
Mungkin disebabkan tak biasa berseluar zip atau kelam-kabut selepas buang air kecil di tandas sekolah menyebabkan insiden ini kerap berlaku.
Panik, takut dan sakit menyebabkan ramai murid lelaki yang mengalami kes tersangkut zip seluar akan menangis. Tetapi bukan murid je boleh panik, guru sekolah atau ibu bapa sendiri boleh jadi panik bila ia berlaku ke atas anak murid atau anak sendiri.
Apa patut dilakukan? Nak kena tarik zip atau bawa ke hospital atau klinik?
Ini penjelasan oleh Dr Zek yang berpengalaman melepaskan zip seluar tersangkut di kalangan murid lelaki sekolah rendah ya!
Tersangkut zip seluar, ini patut buat “Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.
“Nape ni cikgu?” Tanyaku.
“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.
“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.
“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”
“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”
“Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
Ibu bapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah. Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar di bawah untuk tahu anatomi zip.
Anatomi zip KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit. Cuba buka zip perlahan-lahan. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera. KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’

Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar di atas)
Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas. Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar di bawah).

Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap. KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP

Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar). Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar). Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap. Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.
Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Dr Zek
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Kes Murid Lelaki Tersangkut Zip Seluar, Doktor Kongsi Tip Selesai Masalah Tanpa Sakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kes-murid-lelaki-tersangkut-zip-seluar-doktor-kongsi-tip-atasi-tanpa-sakit-selesai-masalah-tanpa-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Ruam Lampin Pada Bayi Doktor Kongsi 10 Tip Mudah Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

Elak Ruam Lampin Pada Bayi Doktor Kongsi 10 Tip Mudah Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 109 hits
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu ibu menguruskan si kecil Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang ...
Lepas 2 Tahun Anak Masih Hisap Jari Jangan Biarkan Boleh Ganggu Pertumbuhan Gigi Doktor Kongsi Tip Hilangkan Tabiat Ni

Lepas 2 Tahun Anak Masih Hisap Jari Jangan Biarkan Boleh Ganggu Pertumbuhan Gigi Doktor Kongsi Tip Hilangkan Tabiat Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 163 hits
Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil Jika kecil dahulu mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gi...
Pakar Kongsi Anak Asyik Nak Dukung Tinggal Kejap Menangis Cuba Tip Ini

Pakar Kongsi Anak Asyik Nak Dukung Tinggal Kejap Menangis Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 131 hits
Mama perasan tak seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan bayi mula menjadi lebih 3C Crying Cranky Clingy Fasa keresahan pemisahan adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ...
Dah Dekat Due Mira Filzah Kongsi Kaki Makin Bengkak Mula Sakit Belakang

Dah Dekat Due Mira Filzah Kongsi Kaki Makin Bengkak Mula Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 146 hits
Usia kandungan pelakon jelita Mira Filzah sudah memasuki lapan bulan Biarpun sudah memasuki trimester akhir Mira masih aktif bekerja dan akan berehat bermula pada bulan Ramadan Mula sakit belakang dan kaki bengkak Menerusi laporan Oh Bulan ...
Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

Asyik Lesu Wajah Tak Bermaya Dr Che Hafiz Kongsi Tip Sentiasa Cergas Kulit Sihat Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 132 hits
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga Sudah pasti setiap daripada kita inginkan fizikal yang sihat dan kesihatan mental dalam keadaan optimum agar dapat menjalani i...
Bila Rawatan Ivf Tak Berjaya Ikut Tip Disaran Doktor Pakar Kesuburan Ini

Bila Rawatan Ivf Tak Berjaya Ikut Tip Disaran Doktor Pakar Kesuburan Ini

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 116 hits
Rawatan IVF tak berjaya tentu sahaja membuatkan pasangan suami isteri yang mencubanya rasa kecewa dan sedih Maklumlah kos rawatan IVF bukan murah harganya Belum lagi ditambah perasaan sedih kerana telah sekian lama menantikan kehadiran caha...
Kes Saman Fitnah Ketua Hakim Syarie Ke Atas Lokman Selesai

Kes Saman Fitnah Ketua Hakim Syarie Ke Atas Lokman Selesai

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 102 hits
Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai Bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam telah memohon maaf dan menyatakan rasa kekesalan berhubung kenyataannya terhadap Ketua Hakim Syarie Mohd Na im Mokhtar Ini adalah s...
Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 157 hits
Setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu bermula usia anak 2 tahun atau awal sikit disebabkan bakal dapat adik atau masalah tertentu Bagaimanapun kebanyakan ibu tak sanggup nak tengok anak menangis ...
Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 149 hits
Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk Ada sahaja keletahnya Namun bagi p...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst